Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
Oh ya... 3 hari lepas saya sempat ber'whatsapp' dengan seorang rakan, Nad namanya... asalnya anak sulungnya yang terhantar mesej ni (NnnjZjzjzbHHz) kepada saya... (dah sah-sah bukan kerja kawan saya tu... heheh)
Panjang juga kami bermesej... macam-macam cerita juga yang keluar... maklum la lama tak jumpa... Dalam banyak-banyak cerita tu, Nad ada bertanya saya, sama ada saya ada tips/ayat untuk melembutkan hati anak... Sebab katanya Tihaj, anak sulungnya agak menguji kesabarannya sekali sekala... Spontan je saya balas, "Tihaj nak perhatian, sebab dia baru je dapat adik baru :p" (biasalahkan... dia dah tahu dia ada saingan, so dia "buat perangai" untuk dapatkan perhatian... heheh Faris pun macam tu juga...)
Hari ni baru saya berkesempatan nak taip entri ni untuk Nad dan rakan-rakan bloggers yang lain.
Tips Melembutkan Hati Anak:
1. Rajin-rajinlah memeluk anak - tak kisah la anak nombor 1 ke, 2 ke, 3 ke, 4 ke, 5 ke, 6 ke dan seterusnya sebab dengan pelukan anak-anak sebenarnya akan rasa lebih tenang. Ini kerana degupan jantung ibu merupakan irama pertama yang didengari oleh anak-anak ketika mereka di dalam kandungan.
2. Sentiasalah bergurau dengan mereka - jangan sebab anak no 3 tak berapa comel macam anak nombor 1 dan 2 maka anda tidak bergurau dengannya... dalam erti kata lain, jangan bahagikan kasih sayang anda kepada anak-anak mengikut kecomelan, keupayaan dan lain-lain.
3. Doa depan anak-anak sambil sebut namanya - bila anak buat sesuatu yang mencabar kesabaran, pegang anak tu, renung matanya then baca doa lebih kurang macam ni dengan agak kuat... "Ya Allah ya Tuhanku... Aku bermohon kepadaMu agar anakku Adam Faris, mendengar cakap mama dan abah, jauhkanlah Adam Faris dari kedegilan... Semoga Adam Faris menjadi anak yang soleh... Amin". Kaedah ini saya ada terbaca melalui FB Wardina Safiyyah. Bila buat dekat Faris atau Alisya, mereka akan terkebil-kebil tengok saya baca doa sebut nama mereka.
4. Ajarkan zikir dan surah-surah yang mudah - ajarkanlah surah-surah lazim kepada anak-anak (surah Al-Fatihah, 3 Qul dan lain-lain) tak perlulah sampai bertaranum bagai... Memadai mereka boleh ikut membacanya (walaupun dengan pelat mereka sendiri) atau ajarkan zikir-zikir yang mudah macam Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar...
5. Dengarkan bacaan Al-quran - Kalau boleh setiap malam masa nak tidur tu... bukakan CD bacaan Al-Quran... biarkan ia terbuka sehingga anak terlelap. Bacaan Al-Quran akan beri ketenangan kepada anak-anak yang mendengarnya.
Setakat ni itu la yang saya buat pada anak-anak saya... So, saya kongsikan juga beberapa ayat/doa bagi melembutkan hati anak-anak syurga kita yang kadang-kadang menguji kesabaran kita... Doa-doa ini saya ambil dari beberapa rancangan TV... (Semanis Kurma, Tanyalah Ustaz/Ustazah, Al-Kuliyyah) Moga bermanfaat buat semua...
1. Surah Toha: Ayat 1-6
2. Surah Al-Imran: Ayat 200
3. Surah An-Naml: Ayat 30-31
4. Bacalah zikir 'Ya Latiff' (Yang Maha Lembut)
Psst: Pernah dengar tak orang tua-tua kata, jangan cium anak masa mereka tidur? Orang tua-tua cakap la.. bukan saya cakap... bila kita cium anak waktu mereka tidur, anak tu akan jadi degil...!
- Tapi betul juga.. kenapa nak SOROK ciuman sayang anda kepada mereka (ketika mereka tidur...) sebaliknya TUNJUKlah ciuman sayang tu ketika mereka sedar/berjaga... agar mereka tahu anda sayangkan mereka...-

wahhh tips yg begitu baik ^^
ReplyDeleteni yang akak buat... rasanya mommies lain mesti ada kaedah lain juga... boleh la kita sharekan?!
Deletea'aa betoi tu kak.. bab peluk n cium n gurau tu, hari2 saya buat dkt alisha... alisha pun sama gak, tgh2 saya duduk saja2.. dtgnya cium.. hbs melekat air liur... ahhahah
ReplyDeletebab bergurau tu, sampai penat dgr alisha menjerit.. yela, kita konon bergurau dia ni pulak seronok sampai jerit2.. jeritan dia dah la kuat.. hihi
dlm bab menguji kesabaran tu pulak, saya tak pernah buat lagi.. insyaAllah akn buat jika perlu di ms akn dtg... alisha setakat ni jenis yg xbyk ragam sgt.. senang nak jaga.. lagipun jenis yg dgr cakap.. tu yg blh bersabar... :-)
ina, alisha ina tu budak baik... lagipun dia belum ada saingan... tak lama lagi ada baby abis la... hahahha
Deletehihii sama2lah kita tunggu apa reaksi n perubahan alisha bila dpt adik nanti... time tu, sy akn story dkt blog.. hihi
ReplyDeletebetul ina... cerita semuanya... seronok tengok gelagat anak2 ni sebenarnya... (^_^)
Deletesalam kenal.. terima kasih kongsikan tips² ni... anak makin makin membesar ade jer ragamnya...
ReplyDeletesalam kenal juga... biasalah anak2 mmg gitu... kita sebgi ibu kena byk sabar...
Deletenice sharing
ReplyDeletemoga bermanfaat buat semua :D
Deletememang selalu buat kak peluk cium masalahnya bila peluk yg ni yang ni pulak nak peluk cium dah tu asyik dok ulang peluk cium depa je la :)
ReplyDeletetime maghrib saya ajarkan depa baca Iqra :)
syiela... kalau dah macam tu... peluk lah beramai2... sambil cakap BIG HUGGG.... macam Teletubies tu... heheh
Deletebagus syiela ajar iqra... akak pun ajar waktu maghrib juga...
Tips yang bagus.Time kasih.
ReplyDeletetq juga sebab sudi baca... ^_^
Deletesalam, nk kena amalkan tips akak bg ni sbb dua hero ayu ni betul2 menguji kesabaran. Diorg beza setahun je,abg selalu nk perhatian,suka buat benda pelik2,adik ms kecik2 dulu selalu mengalah ngn abg,skrg dah besar masing2 nk tunjuk hebat.syukran kak sbb sudi berkongsi,bagus skali. nnti blh pnjgkan pd kawan2 plk;)
ReplyDeletealhamdulillah... moga entri ni sedikit sebanyak akan bantu ayu dan rakan2... InsyaAllah...
Deletenice sharing..bile dh tau ni sy akn cube amalkan..anak sorg adekale menguji jg..mgkn tuhan nak tgk sejauh mn kesabaran kite..
ReplyDeletebanyakkan bersabar azie... apa pun yang kita buat... semua tu Allah dah janji ganjarannya... InsyaAllah... yang penting kita ikhlas dan bentuk anak2 syurga kita dgn baik... ^_^
Deletesangat berterima kasih dengan perkongsian ini....
ReplyDeletesama-sama ^_^ thanks juga sebab sudi baca...
Deleteilmu bermanfaat.syukran jazilan
ReplyDeleteafwan... :D
DeleteThanks for sharing this info.. akn cuba amalkan. Sebelum ni fikir ank2 kecil biasalah nakal n degilnya. Tp bila mak sndri ckp cucu-cucunya degil n tak dgr kata terus rasa sedih.. tmbh plk tgh dlm pntg no 3,kakak n abg agk mencari perhatian atok n nenek. Mmg tak terlayanlah semua.. :(
ReplyDeletebanyakkan bersabar... in sha Allah, Allah akan permudahkan urusan... rajin2lah peluk dan cium anak... moga dengan pelukan dan ciuman, hatinya mudah tersentuh (lembut hatinya)...
Delete