Nuffnang Ads

Agoda Ads

Thursday, October 25, 2012

Manisnya Menjadi Surirumah! (^_^)

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Ketika nak approvekan komen dari blogger dashboard ni, saya sangat tertarik dengan satu komen yang ditinggalkan oleh NAD. Komennya seperti berikut:   


Betapa saya juga merasakan apa yang Nad rasakan... Dulu ketika awal perkahwinan, saya dan encik hubby berlainan negeri hingga hampir setahun lamanya. Lebih memburukkan keadaan apabila saya cuti Sabtu dan Ahad, manakala encik hubby tidak tentu cutinya... (sebab encik hubby wartawan yang cutinya 2 hari seminggu, dan memang jarang kena hari Sabtu dan Ahad

Satu hari ketika saya menziarah makcik saya di Sentul, dia ada menasihatkan saya... bahawa tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya... walau di mana suami berada, di situlah sepatutnya isterinya juga... Ketika itu juga saya sedang mengandungkan anak sulung saya, Faris (maklum sajalah sejak saya berkahwin, pakcik dan makcik lah tempat saya menumpang kasih sayang dan mendapatkan nasihat... Mak dan ayah saya tak sempat pun melihat saya naik pelamin... :( Moga mereka ditempatkan bersama golongan yang soleh... Amin) 

Bila saya menjadikan kewangan sebagai alasan... makcik saya kata... "Allah akan permudahkan apa juga yang kita rancangkan... Jika kita sentiasa redha untuk berada di sisi suami dan menguruskan sendiri anak-anak. Anak-anak tu amanah Allah untuk kita." 

Atas nasihat itu, akhirnya terbuka juga pintu hati saya mengikut suami ke Kuantan, Pahang. Alhamdulillah ada rezeki saya di bumi Kuantan, apabila dapat menjadi salah seorang tenaga pengajar di sebuah kolej swasta. Hidup makin menyeronokkan bila saya dan encik hubby boleh membesarkan Faris bersama-sama.

Akhir tahun lepas, sekali lagi saya diuji... Encik hubby mendapat arahan untuk bertukar biro ke Melaka (di mana tempat saya berada sekarang...) Mula-mula berat juga rasa hati... lebih-lebih lagi bila saya tahu saya akan menjadi surirumah sepenuh masa... Walaupun berat hati... saya redha juga mengikut encik hubby berhijrah... Lagipun, perkahwinan jarak jauh sebenarnya memerlukan pengorbanan MODAL DAN MASA YANG LEBIH BANYAK. 

Sekarang saya dah pun jadi suri rumah sepenuh masa... Saya akui 3 bulan yang pertama, saya memang stress... Mungkin sebab nak serasikan masa dan tanggungjawab dengan situasi. Dah 10 bulan saya menjadi suri rumah... saya rasa sangat seronok! Manisnya menjadi suri rumah bila:
 
Origami - love
bookmark
1. Saya boleh luangkan sepenuh masa saya bersama anak-anak - Melihat perkembangan anak-anak dari sehari ke sehari benar-benar menyeronokkan. Oh ya... setiap hari juga kita boleh belajar benda baru dari mereka. Bila mereka bercakap, menyanyi, menari, menangis, merajuk... semuanya mengasyikkan...! Tambahan lagi bila anak-anak berjaya membuat sesuatu yang kita ajarkan pada mereka dalam masa yang singkat.

2.  Saya boleh masak untuk encik hubby dan anak-anak - makanan yang baik bermula dari rumah... Masakan seorang isteri adalah pengerat kasih sayang antara suami isteri dan anak-anak. Sila baca entri tentang air tangan isteri di sini...

3.   Saya boleh tumpukan sepenuh perhatian pada keluarga - ini yang sangat susah nak  buat masa bekerja dulu... Masa saya banyak dihabiskan untuk kerjaya saya... Sekarang mereka semua (keluarga), sangat dekat dengan saya \(^o^)/


4. Masa yang fleksibel boleh diluangkan untuk hobi saya  - sekarang, saya boleh buat semua benda yang saya minat... membaca novel dan buku-buku motivasi, membuat cross stitch, lipat-lipat kertas (baca sebagai origami), berblog dan macam-macam lagi... (^_^)

5. Saya boleh turut serta bila encik hubby kena outstation - saya tak perlu minta cuti dari majikan apabila encik hubby kena outstation. Saya boleh ikut sekali dan bercuti!! (buat masa ni Faris belum bersekolah lagi... so... ok la...) 

6. Banyak masa untuk perbaiki diri - saya bukanlah sempurna... saya masih lagi belajar banyak perkara... untuk menjadi isteri dan ibu yang baik, saya banyakkan membaca buku-buku yang berunsurkan keibubapaan/kekeluargaan. Begitu juga untuk jadi muslimah yang baik, saya pertingkatkan amalan dan membaca buku-buku islamik. 

Ish... banyak lagi nak taip... kena buat part 2 la rasanya ni... Buat masa ni saya simpulkan dulu ya... (adeh... penat taip)

Saya mengaku saya hidup dalam kesederhanaan. Tak boleh la bermewah sebab encik hubby seorang je bekerja... (kesian juga pada encik hubby bila ada bulan-bulan yang kami agak sesak... mujur ada ahli keluarga yang sangat memahami dan membantu kami...) Namun saya rasa sangat seronok dan bahagia... Apa yang orang nak cakap, kita tolak tepi je... Jika mereka berada di tempat kita suatu hari nanti, mereka akan tahu betapa manisnya menjadi suri rumah...!! Lebih-lebih lagi... jika mereka tahu kerjaya apa yang lebih mulia bagi wanita di sisi Allah... So suri rumah semua... Jangan pernah menyesal dengan keputusan yang telah dibuat... Chill!! (^_^) 

Nota kaki: Buat NAD, (saya rasa Nad bukan blogger sebab meninggalkan komen sebagai Anonymous, sayangnyakan? kalau Nad blogger mesti lagi seronok...) terima kasih singgah dan meninggalkan komen di blog saya... saya bersyukur, sekiranya entri-entri saya di sini dapat memberikan idea dan mungkin sedikit sebanyak memberikan anda kekuatan... (^_^)

16 comments:

  1. Nieza baru berenti kerja..sebab nak jaga anak..so far..memang ralat sebab biasa kerja kan..tapi sekarang tak dah sebab suke dpt luang masa dengan anak2..tengok diaorg depan mate..belajar sesuatu yg baru..seronokk sgt..lagi seronok dari bekerja...satu kepuasan yang tak reti nak bgtau la..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan nieza?! masa mula2 mmg stress... tapi insyaAllah.. lama-lama akan rasa seronok... biarpun kita tak semewah mereka yang bekerjaya... yang penting kita happy (^_^)

      Delete
  2. saya pernah decide nak benti kerja nak ikut suami tapi tup2 my hubby dpt tukar ker kl balik.. jadik tak jadi benti...saya ambil unpaid leave jer... time ddk berjauhan sangat susah terpaksa berdikari dan jaga nak2 sendiri..sedih sangat time tu..tapi skang dah ok...alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kalau duduk berjauhan... banyak benda kena buat sendiri... walaupun dah berumahtangga... at least bila duduk sama2, semua benda boleh buat sama2... yang paling penting tang didik anak2... :D

      Delete
  3. Alhamdulillah...

    saya pun bersituasi sama dengan akak nak berhenti takut masalah kewangan namun tak kisah sebab kami masih bersama dan jika hb kena transfer rasanya saya pun berkeputusan yang sama dengan akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam apa juga keadaan... family first... kemudian2 tu moga Allah permudahkan... :D

      Delete
  4. Sharing yang baik ^_^
    Wilma suka sanga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... moga bermanfaat buat yang lain2 juga (^_^) thanks wilma..

      Delete
  5. Betul tu.... lenih baik bersama suami walaupun kena korbankan keje...biar sama-sama rasa membesarkan anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?! besarkan anak pun bukan perkara yang mudah kan OKje...

      Delete
  6. betul pun saya setuju.. anak yang dijaga oleh ibunya sendiri tidak sama dengan dibesarkan dari tangan orang lain.. duit memang penting tapi keluarga lebih penting dari segalanya.

    ReplyDelete
  7. Dalam mencari maklumat di internet, banyak yang menyimpang dari isu sebenar...
    tahniah kepada admin... pos awak memang menarik dengan idea yang tulin...
    tahniah sekali lagi..

    Here is my homepage: Angelia

    ReplyDelete
  8. Tahniah, anda benar2 wanita yg diberi hidayah oleh allah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...