Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Friday, October 05, 2012

Doakan Ibubapa...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Salam penghulu segala hari buat bloggers sekalian... Moga semuanya berada dalam keadaan yang sihat walafiat... Diberikan kesihatan dan kemudahan dalam menguruskan segala perkara. Amin... InsyaAllah...

Ini adalah peringatan ringkas buat saya dan juga anda, yang bergelar anak... Saya petik dari rancangan Tanyalah Ustazah...

Seorang anak yang tidak mendoakan kedua ibubapanya (baik ibubapanya masih hidup atau telah meninggal dunia), dia tidak akan dapat keredhaan dari kedua ibubapanya serta hidupnya akan sentiasa berada dalam kesulitan/kesusahan



Sentiasalah mendoakan kedua ibubapa kita, setiap hari... tanpa jemu... Moga dengan doa itu, kita akan menjadi anak yang sentiasa dalam redha mereka. Ingat, kita yang akan membantu kedua ibubapa kita... sama ada ke syurga mahupun sebaliknya.

Rasulullah s.a.w berpesan, kepada mereka yang ibubapanya telah meninggal dunia, lakukanlah tiga perkara ini:

1. Seorang anak itu perlulah berusaha untuk menjadi anak yang soleh/solehah - menjaga solat, membaca Al-Quran, memperbanyakkan solat sunat, beristighfar dan berzikir dan melakukan kebaikan.  


2. Menghubungi kawan-kawan rapat/baik ibubapa - tanyakan khabar dan ziarahlah mereka jika berkesempatan, bagi mengekalkan silaturrahim.

3. Banyakkan sedekah atas nama kedua ibubapa - sedekahkan Al-Quran, telekung, duit dan lain-lain atas nama kedua ibubapa.


Moga dengan ketiga-tiga amalan ini, kita boleh memimpin tangan kedua ibubapa kita untuk ke syurga. 

Berikut adalah dua doa yang saya petik dari rancangan Semanis Kurma. Doa moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan juga dosa kedua ibubapa kita...

Surah Ibrahim: ayat 41
Surah Al-Baqarah: ayat 127 


Moga dengan amalan yang sedikit akan memberikan ganjaran yang besar di akhirat kelak... Moga entri ini bermanfaat buat semua... InsyaAllah...

20 comments:

  1. Doa anak yang soleh pasti akan diberkati. InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. Doa yg saya amalkan setiap kali lepas solat. Thanks for sharing sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome... moga bermanfaat buat kita semua...

      Delete
  3. inshaAllah doakan setiap selesai solat

    ReplyDelete
  4. salam sis..
    Ta tak pernah putus berdoa..
    Thanks sis sudi kongsikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam TA... sama2 kita doakan mereka... :)

      Delete
  5. InsyaAllah sentiasa doakan mereka.. moga berbahagia hendaknya.. mereka adalah segalanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu syiela... sesiapa yang masih ada kedua ibubapa... untungnya mereka...

      Delete
  6. Bagus doa ni Puan, thanks puan sebab share :)

    ReplyDelete
  7. Kak nora, doa untuk ibu bapa ni juga rutin setiap kali berdoa untuk sesuatu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... bagus buat gitu... moga kita jadikan amalan...

      Delete
  8. + pernah ustaz saya menyebut."Jika kita berdoa tanpa mendoakan kedua ibubapa,maka doa kita tidak akan diangkat."



    tengkiu kak nora mengingtkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah betul... doa kita lambat Allah nak makbulkan selagi kita tak mendoakan kedua ibubapa...

      ni peringatan tuk akak juga...

      Delete
  9. Replies
    1. moga bermanfaat buat semua... insyaAllah...

      Delete
  10. insyaallah selagi hayat dikandung badan akan mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin... moga kita menjadi anak2 yang soleh/ah... insyaAllah...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...