Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
Alisya ketika demam panas |
Ketika saya menaip entri ini, saya mengalami batuk teruk... Suara pun dah serak dan makin hilang... malah suara saya ni jadi bahan gelak anak-anak.. :P Tak pe la, asalkan mama kuat nak memasak dan mengemas... Itu yang penting...
Bila bercakap tentang SAKIT saya teringat rancangan Tanyalah Ustazah bersama Dr Robiah K Hamzah, di TV9 yang saya tonton seminggu dua yang lalu. Tajuknya "Mahalnya Sakit". Antara kupasan dalam rancangan itu, adalah hikmah sakit dan ganjaran yang akan diterima oleh seseorang yang sakit.
Hikmah sakit ada dua... yang mana pertama adalah Allah menghapuskan dosa-dosa orang yang ditimpa sakit dan yang kedua Allah meninggikan darjatnya... Dan ganjaran bagi orang yang sakit adalah SYURGA... Subhanallah, sayangnya Allah kepada kita... Diberinya kita sakit, dan dioffer pula ganjaran SYURGA... Dengan syarat kita REDHA dengan penyakit yang diterima itu...
Ketika saya menjalani pembedahan membuang hempedu |
1. Malaikat pertama akan mengambil selera makannya
2. Malaikat kedua akan mengambil rezekinya
3. Malaikat ketiga akan mengambil kecantikan wajahnya (menjadikan muka pucat)
4. Malaikat keempat akan mengambil dosa-dosanya
Dan apabila seseorang yang sakit itu diizinkan Allah untuk sihat/sembuh semula, maka Allah akan mengutuskan malaikat pertama, kedua dan ketiga untuk memulangkan semula apa yang telah diambil dari seseorang yang sakit tadi. Allah tidak pula meminta malaikat keempat untuk memulangkan semula dosa-dosa yang telah diambil... Allah benar-benar sayangkan kita! Cuma kita yang tidak sedar dan sentiasa rasa terbeban apabila kita jatuh sakit...
Malah, menurut Dr Robiah, sesiapa yang diberikan kesakitan dan dia redha, malah menemui ajal akibat penyakitnya itu, syurga adalah tempat untuknya... Allahu akbar!
Sewajarnya kita bersyukur dan redha apabila dilanda kesakitkan kerana Allah ingin memberikan ganjaran yang hebat untuk kita...
Semoga cepat sembuh ye. Jaga makan tu...
ReplyDeleteSi Matatajam: Amin... Tq... :D
ReplyDeletebetul tu... moga dah sihat
ReplyDeleteAdzrien: tq... :D suara saya dah hilang bila bgn pagi ni... hm...
ReplyDeletehope cepat sembuh..=)...saya baru je wat entry sambungan yang cikgu tuh..jemput la bace..=)
ReplyDeleteAzee Hana: tq... oo ye ke? tak sabar nak baca :P
ReplyDeletesakit dapat mencuci dosa..itu jugak yang saya baca. Kena redha dan anggap setiap yang diberikan Allah kpd kita, sudah terselit sesuatu yang penuh hikmah utk kita.
ReplyDeleteape2pun..mudah2an cepat sembuh. i pun dlm keadaan tak berapa sihat..sakit kepala..tekak pun rasa tak best..
siti murni: betul tu.. kena redha.. maka ganjarannya tak ternilai untuk kita... take care juga ya... makan ubat... supaya cepat sembuh...
ReplyDeleteada hikmahnya di sebalik sesuatu...itulah keindahan Islam :)
ReplyDeleteTihara: betul.. betul.. betul... setuju sangat!
ReplyDeleteget well soon ok :)
ReplyDeleteMiss Purple Ungu: tq... harap2 cepat la batuk ni reda... amin...
ReplyDeleteSalam Nora, selamat berkenalan.
ReplyDeleteSangat baik entry ni, buat muhasabah diri...tima kasih.
Tima kasih singgah blog akak!
P.S Moga segera sembuh yaa.
ReplyDeleteMoh Kembara: Akak selamat berkenalan... tq singgah blog saya... tq akak... :D
ReplyDeleteyup...selalunya kita nih bila dah sakit atau susah bru nk ingat Allah...huhu
ReplyDeletesalam perkenalan kak..semoga cepat sembuh :)
ReplyDeleteUngu Violet: betul, siap salahkan takdir... kenapa bukan org lain yang sakit... hm...
ReplyDeleteFana|Akim: salam perkenalan... tq :D
semoga cepat sembuh kak nora, aminn ;)
ReplyDeletesalam ukhwah kak ^^
Cik Humairah: terima kasih... amin... doa kawan-kawan harap-harap cepat la sembuh batuk ni...
ReplyDeletesalam ukhuwah... :D
moga cepat sihat.. insyaallah..
ReplyDeleteamin... terima kasih zureen...
Deletecepat sembuh ye :) jgn lupe makan ubat..
ReplyDeleteacik teyha... dah 20 hari... masih batuk lagi... :-(
Deletesmoga cpt smbuh...Tuhan berikan sakit krn dia sygkan kite =)
ReplyDeletebetul... saya redha... dah 20 hari... masih batuk... alhamdulillah... :)
Delete