Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Tuesday, January 12, 2016

Hanya 57 Entri Pada Tahun 2015 (T_T)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Teruk juga pencapaian saya dalam berblog sepanjang tahun 2015 yang lepas. Kalau tengok di sidebar, jumlah entri yang diterbitkan hanyalah 57 entri, berbanding 2012-2014 yang mana melebihi 100 entri. Kalau ditanya kenapa?, mengapa?... hm, saya memang tiada jawapan. Nak kata sibuk, saya pun tak tahu apa yang saya sibukkan. Atau mungkin betul, mood pasang surut dalam blogging itu wujud! :p

Bukan tiada cerita yang hendak dikongsikan, tetapi saya rasa ada beberapa perkara yang membuatkan saya letakkan blog dalam susunan yang agak bawah untuk diuruskan. Bila disemak dalam draft, saya ada lebih kurang 114 entri tertunggak. Setiap entri hanya ada tajuk dan beberapa perenggan setiap satu. Nampaknya saya perlu selesaikan entri-entri tertunggak dalam draft.  

Pada yang sudi bertanya khabar, terima kasih banyak-banyak. Ada juga beberapa orang pembaca blog saya yang akan dan sudah menjalani pembedahan membuang hempedu. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya blog saya ini berfungsi untuk membantu pesakit-pesakit batu karang hempedu seperti saya. Saya doakan anda semua makin sihat dan sentiasa dilindungi Allah. 

Er, sempat lagi tak nak ucap Selamat Tahun Baru 2016? (^_^)y Moga kita semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat dan sentiasa dalam rahmat Allah... Amin...
 

10 comments:

  1. Selamat tahun baru, moga baik-baik semua :)

    ReplyDelete
  2. Salam 2016 NK....Apa khabar? Taunya awak sihat sekarang ni. Tengok ajelah kat FB, tgh kencang berbisnes tasbih mini nampaknya hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha Alhamduilllah sihat2 saja OKje... busy ke lain pulak... hehehe

      Delete
  3. Huhuhuu.. banyak la tu 57 entry.. kita nak up pun dah segan silu.. k moga 2016 akan lebib aktif :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhuhu ye la kan dari takde ok lah 57 tu... tapi kalau ikut thn2 lepas 100+- huhuhu tu yg rasa sikit sangat tu...

      Delete
  4. assalamualaikum kak nora
    maaf lama tak jengah

    samalah pencapaian kita pun kak
    tulah kan, nak kata takde idea tu idak juga
    tak tahulah nak kata apa kan
    apapun saya doakan moga urusan akak dipermudahkan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam...

      Orang kata dunia blogging ni ada ada pasang surut... hehehhehe

      Delete
  5. Bila dah lama berblogging, mulalah mood pasang surut tu munculkan, Nora ^_^ Saya ni jenis yang tak kering idea. Saya ingatkan takdalah terkena mood kedaung menulis entri ni ke apa tapi kena juga. Ada masa-masanya kita rasa macam malas nak berkongsi cerita. Padahal cerita bukan main banyak lagi nak dikongsi. Saya ni setakat nak suruh membebel, memang mudah sangat kerja tu. Tapi bila mood tak sampai, memang kerja mudah pun jadi susah sangat tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. betul.. betul... mmg setuju... idea ada... tapi mood tu tak tau la pi mana... huhuhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...