Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Friday, January 22, 2016

Dalam Kenangan: Adik Ajmal

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Jika ada yang terlihat akan entri saya tentang adik Ajmal sebelum ini... Saya cuma nak memanjangkan informasi bahawa adik Ajmal telah kembali ke rahmatullah pada 21 Januari 2016, jam 11.45 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat anak syurga ini. 

Ketika The Telekung Project giat menjalankan kutipan dana segera bagi membolehkan pihak hospital menjalankan pembedahan pemindahan hati di India, adik Ajmal dalam keadaan yang sangat kritikal. 

Berbekalkan doa agar Allah mencukupkan dana supaya pembedahan adik Ajmal dapat dilakukan segera. Namun ini semua aturan Allah, Dia telah menggerakkan hati-hati kita untuk membantu... Pun begitu, cukup masanya Dia "panggil" adik Ajmal untuk "pulang".

Biarpun sedih dengan berita ini, namun inilah yang terbaik kehendak Allah. Buat ibu dan ayah adik Ajmal, moga kalian tabah dengan ujian ini. Moga Allah bekalkan kekuatan, ketabahan dan meningkatkan darjat di sisiNya. 

Pada semua yang telah membaca entri saya tentang adik Ajmal sebelum ini dan telah memberikan sumbangan, moga Allah melimpahkan rezeki dan memberikan kesihatan kepada anda semua. Terima kasih banyak-banyak di atas keprihatinan anda. Hanya Allah yang akan membalas jasa baik anda semua.

 

Adik Muhammad Ajmal Nawfal b. Muhd Riza
19/1/2015 - 21/1/2016
(Penyakit: Kegagalan fungsi hati)
Al-Fatihah

13 comments:

  1. Innalillah..Salam takziah buat keluarga arwah...

    ReplyDelete
  2. perginye seorang anak syurga...bergembira la Ajmal di sana tinggalkan kesakitan dan penderitaan....darinye kite datang dan kepadanya la kite kembali...moga seluruh keluarga anak syurga ini tabah...

    ReplyDelete
  3. INNALILAH... menanti ayah ibu di sana.

    ReplyDelete
  4. innalillahi wainnailaihi rajiun..

    ReplyDelete
  5. al - fatihah buatmu anak syurga ...

    ReplyDelete
  6. Innalillahi wainnailaihi rajiun...

    Setahun aje dipinjamkan untuk ibubapanya! Semoga tenang hendaknya di sana.

    Tak boleh baca kisah macam ni, cepat benar hati tersentuh!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...