Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Wednesday, September 16, 2015

Tutorial: Widget Top Komentator (Bulanan)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ok ini kelakar... Sebenarnya saya tak boleh nak panggil ni tutorial. Sebab blog saya ni tak boleh di copy dan paste. Eh ke boleh?! Sebab seingat saya, dulu saya pernah masukkan coding agar entri-entri saya tidak boleh di copy paste. Tapi saya tak sure sama ada anda boleh copy paste entri saya atau tak? Acer try... (^_^) 

Saya cuma nak panjangkan ilmu yang saya ambil dari Azhafizah. Saya sebenarnya dah lama cari widget tukang komen secara bulanan. Ada tutorial yang saya dapat dari blogger-blogger lain hasil carian di Google, tapi kebanyakkannya akan menyebabkan blog saya lambat loading. Sampailah saya jumpa widget yang dikongsikan Fiza ni.

Tutorial ni sangat mudah. InsyaAllah blog pun tak ambil masa lama untuk loading. Jom tengok caranya...

1. Log in blogger.com
2. Dashboard >> Layout >> Add gadget >> HTML/Javascript
3. Copy code (sila ke blog Fiza untuk coding ya kawan-kawan)
4. Paste ke dalam box HTML/Javascript 
5. Edit coding. 
6. Dah siap Edit. Save!

Ha... tengok caranya pun senang je kan? So, anda yang mencari widget top commentator bulanan ni, boleh la ambil code dari blog Fiza tu ya. Saya harap dengan perkongsian saya ni dapatlah panjangkan ilmu yang dikongsikan Fiza...

Selamat mencuba! (^_^)


Nota kaki: Saya personally nak ucap terima kasih banyak-banyak pada Fiza atas tutorial yang dikongsikan ni. Saya percaya ilmu ini bukan hanya bermanfaat pada saya, malah ramai lagi blogger di luar sana, lebih-lebih lagi blogger yang baru belajar blogging. Thanks Fiza. (^_^)

Thursday, June 13, 2013

Tutorial: Delete Blog

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tutorial ini adalah atas permintaan seorang bekas pelajar saya yang ditinggalkan dalam salah satu entri saya.


Mungkin Izzati ada sebab kenapa nak delete blognya... tapi macam sayang pulakan?! Atau Izzati nak create blog baru? Apapun saya share jugalah tutorial untuk men'delete' blog. Moga sedikit sebanyak membantu.

1. Log in seperti biasa dalam blogger.com

 

2. Bila dah log in, biasanya page dashboard yang akan dipaparkan. Kemudian klik pada blog yang ingin di'delete'.



3. Anda akan dapat lihat page Overview sebaik sahaja klik pada blog yang dipilih. Di sebelah kirinya anda boleh lihat beberapa menu, yang membolehkan anda membuat pengubahsuaian pada blog.


4. Pilih menu Settings. Dan dalam drop menu Settings itu, pilih Other.


5. Anda akan nampak paparan seperti ini. Jika benar-benar ingin men'delete' blog anda, bolehlah klik button Delete Blog.




6. Setelah anda klik pada button Delete Blog, anda akan dapat arahan pengesahan seperti ini.



7.  Anda boleh export blog tersebut (jika mahu), atau jika anda benar-benar yakin anda boleh delete blog tersebut. Pun begitu, anda boleh restored blog yang di'delete' dalam tempoh 90 hari. 

Selesai sudah proses men'delete' blog... Selamat mencuba! ^_^ 

* * *

Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25% sebagai ahli (atas barangan Tupperware dan Nutrimetics) dengan yuran keahlian hanya RM70.00.
Jom Sertai Kami! ^_^

Monday, September 24, 2012

Hargai Blogger Dengan 'SMTI'

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,


Mungkin ramai yang dah tahu tentang idea yang diberikan oleh Mazidul Akmal Sidik dalam blognya yang bertajuk "Saya Membaca Tampalan Ini (SMTI)". 

Dah setahun pun perkara ini dicadangkan oleh Mazidul... dan saya percaya ramai blogger yang menggunakannya. (biasanya yang dah tahu selok belok berblog atau yang dah berblog lebih dari setahun... mungkin sekali dua akan pakai SMTI ni...)

Ini sekadar perkongsian semula memandangkan sejak sebulan yang lalu ketika saya berblogwalking, terjumpa banyak juga blog yang baru. 

Malah ada satu dua blog yang saya "tertinggalkan" huruf-huruf S.M.T.I di ruangan komen mereka (ini sangat-sangat jarang berlaku... tapi kalau memang saya dah tak tahu nak komen apa saya akan tulis SMTI), tapi direply semula oleh pemilik blog tersebut dengan "Apa yang akak SIMPATIkan?", "Apa maksud akak SMTI?" (adeh... :-( )

Sunday, April 15, 2012

Tutorial: Iklan Nuffnang Dalam Post Entry

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Wah ini adalah first tutorial yang saya nak buat... Itu pun apabila hati iza ada meninggalkan soalan berkenaan bagaimana meletakkan iklan Nuffnang di dalam post entry dalam Cbox saya... 


Moga entri ini sedikit sebanyak dapat membantu...

1. Tulis entri seperti biasa. Kemudian buka akaun Nuffnang anda... dan pilih menu Add Ads seperti di bawah.


2. Pilih To put between contents dan copy coding tersebut.



3. Buka kembali post entry anda, dan kenalpasti di mana anda inginkan iklan Nuffnang diletakkan... Macam dalam post ni, saya nakkan iklan Nuffnang saya berada di bawah gambar Dominos Pizza yang diletakkan selepas ayat Ok jom tengok websitenya.


4. Untuk memasukkan iklan Nuffnang, anda perlu klik pada button HTML. (seperti di atas, no. 2) dan anda akan dapat something seperti ini. (Ouh memang leceh sikit, sebab anda akan nampak banyak coding yang memeningkan kepala.. tapi kalau dah biasa... OK je.. :p ) 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...