Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Thursday, March 07, 2013

AF Dalam Mingguan Wanita

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Kelakar pula rasanya bila menyelak helaian muka surat majalah Mingguan Wanita ternampak muka anak sendiri. Bukanlah cerita penting pun... hanyalah cerita tentang pengalaman saya melahirkan Adam Faris dan Alisya Farha dalam ruangan Pengalaman Bersalin.

Asalnya seorang rakan sekelas dulu (Nisa, sekarang bertugas sebagai wartawan di majalah Mingguan Wanita) yang meminta saya menulis tentang pengalaman bersalin saya. Pada mulanya saya refuse untuk menulisnya dengan alasan, dah tiga tahun... dah ingat-ingat lupa... Tapi bila dipujuk dan memikirkan dia sahabat saya... maka saya tulislah... Kekok juga nak menulis, sebab sekarang ni penulisan saya lebih berbentuk santai dalam blog... (Oh ya... mamanya ni pun pernah keluar magazine Karangkraf ni dulu-dulu... ;p

Masa jemput Faris balik dari Tadika, saya tunjukkan muka surat yang ada mukanya tu... Terus dia tersenyum lebar... Yang kelakar tu soalannya yang ni:

Faris: Mama, siapa yang ambil gambar hensem Adam Faris ni... Ni letak dalam buku...? (sambil tunjuk muka dia dalam majalah tu...

Alisya: Mana... mana...? (padahal Alisya dah tengok dulu majalah tu...)

Faris: Adik tak hensem... Adam Faris yang hensem dulu... (maksudnya dia je yang comel... Alisya tak...) Mama, cepat telefon abah... Adam Faris nak cakap abah ni... masuk buku ni... (merujuk kepada majalah tu...)

Bila saya dailkan nombor phone abahnya... beria Faris cerita tentang mukanya dalam majalah. Kelakar betul... Bila sampai rumah pula, terus dia minta saya baca isi kandungan mukasurat tu... Tak sangka sampai macam tu Faris excited. Haih, macam artis pulak!

Kalau nak baca tentang pengalaman saya melahirkan AF, bolehlah dapatkan majalah Mingguan Wanita: 8 - 14 Mac 2013. Cover magazine Raja Ema & Nelydia dipasaran. 

*Artikel asal (versi saya) telah diolah semula sepenuhnya oleh wartawan... (^_^)*
 

Saturday, May 21, 2011

Nur Kasih The Movie...

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Wah, saya sangat excited dengan filem Nur Kasih ni... tak tahu la kenapa... Mungkin kerana saya memang mengikut drama sirinya dulu....Jika dulu, (ketika drama siri Nur Kasih ditayangkan), hampir setiap hari kami (rakan-rakan office) akan bercerita tentang watak-watak dan jalan cerita siri tersebut... Watak yang sering membuatkan kami bercerita adalah watak "Sara" adik kepada Nur Amina... Watak itu cukup menjadi dan terkesan dihati... Mana taknya, sikap iri hati, dengki dan dendam Sara, membuatkan kami bercerita hampir setiap masa. Malah, demam drama Nur Kasih ini terbawa-bawa sehingga ke kelas... setiap kali nak bagi example akan keluarlah perkataan "Nur Kasih".

Hm... itu dulu... ketika demam drama bersiri Nur Kasih... sekarang ni sedang hangat ditayangkan Nur Kasih The Movie yang menyebabkan saya mencari ruang untuk menonton filem tersebut... Ya, saya dah tonton! Tapi saya rasa impaknya tidaklah se'gah' jalan cerita drama bersirinya... Personally saya rasa saya agak kecewa...!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...