Nuffnang Ads

Agoda Ads

Thursday, June 15, 2006

Mak - 100 Hari

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Mohon maaf sebab dah lama tak update blog ni.. bukan apa... dah tak tahu nak tulis apa sejak arwah mak meninggal dunia... memang ramai yang nak tahu kehidupan saya setelah pemergian mak & ayah serta sejak berstatus isteri... Hm, tak de byk bezanya... Kehidupan masih seperti biasa... Terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang diri saya... terima kasih banyak-banyak... 

Semalam merupakan genap 100 hari mak meninggalkan kami adik beradik... Rindu?! Memang rindu... lebih-lebih lagi bila tibanya Hari Ibu... Biasanya saya akan membelikan hadiah buat arwah mak... Bukan bermaksud pada hari ibu saja baru nak hargai mak atau nak hadiahkan something pada hari tersebut.. cuma... rasa excited bila mak pun tahu hari tersebut adalah Hari Ibu. Hakikatnya hadiah yang  paling bermakna buat seorang ibu adalah kasih sayang, perhatian, kejayaan, keikhlasan dan sebagainya.. Cuma sambutan Hari Ibu merupakan bonus bagi semua ibu...

Hadiah terakhir saya pada mak tahun lepas adalah set pinggan mangkuk yang berwarna merah jambu... Merah jambu bagi menzahirkan rasa sayang pada arwah mak.. Hm, mak memang sukakan pinggan mangkuk... Buka saja almari dapur.. pasti ada pelbagai jenis pinggan mangkuk yang dibungkus kemas oleh arwah mak... Bila ditanya kenapa banyak sangat pinggan mangkuk... 

Arwah mak akan jawab "senang nanti kalau buat kenduri... tak payah nak pinjam dari orang.." Hadiah yang saya berikan tidak dipakai oleh arwah mak, sebaliknya disusun dalam almari kaca... Kata mak, sayang nak pakai... Dan sekarang saya yang gunakan set yang dihadiahkan kepada mak tu... Setiap kali makan... teringat akan masakan arwah mak...

Kami sedang merancang untuk mengadakan kenduri tahlil buat arwah ayah, mak, abang Rudi, atuk Sahar serta semua sanak saudara yang telah kembali ke Rahmatullah... dalam masa yang sama, batu nisan arwah mak akan 'dinaikkan'. Tarikh... masih blum lagi ditetapkan.. InsyaAllah mungkin minggu depan.

Kehidupan kami adik beradik... macam biasa... tetap tinggal di bawah satu bumbung (kecuali abang sulung - tinggal Rawang)... Memandangkan semuanya bekerja, kami hanya bertemu pada sebelah malam... Tang makan.. hm, semuanya sendirian berhad... kami hanya akan masak pada hujung minggu... kalau weekdays.. biasanya sebelum balik rumah, kami memang dah siap makan di luar.. maklum la.. dah balik kerja, penat.. tak de siapa nak masak...

Hm... lain-lain? Semuanya macam biasa... yang hidup.. teruskan kehidupan kerana kita juga akan menyusul kemudian... Al-Fatihah buat semua kaum muslimin dan muslimat yg telah kembali ke Rahmatullah...

"Kau ampunilah dosa-dosa mereka ya Allah, lapangkanlah kubur mereka, terangilah kubur mereka & jauhilah mereka dari azab kubur... Tempatkanlah mereka di samping orang-orang yang beriman... Amin..."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...