Nuffnang Ads

Agoda Ads

Tuesday, February 28, 2006

Terkini Dari Dr Norli...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
 
Hari ni saya seorang je yang datang tengok mak waktu lunch.. adik-beradik yang lain menguruskan kerja-kerja yang ditinggalkan 2/3 hari lepas.

Hari ni merupakan hari ke-6 mak di Renal ICU... Keadaannya masih seperti 5 hari lepas... cuma kata doktor, ubat telah dikurangkan dari 3 kepada 2 jenis.. Ini kerana mak ada memberikan tindakbalas kepada ubat-ubat tersebut, walaupun tindakbalas yang minima... (alhamdulillah)

Kata doktor lagi, mak dah boleh buka mata bila orang panggil dia.. tapi.. dia tidak fokus, dan pandangannya seolah-olah tiada apa-apa... Dia juga masih tidak kenal pada dirinya sendiri.. apatah lagi orang yang ada disekelilingnya.

Cuma apa yg tak sedap didengar... bahagian belakang mak dah pun luka (melecet)... luka sepanjang 7cm dan selebar 4cm. Luka ni disebabkan tiada pergerakan (mak hanya terbaring sejak dimasukkan ke wad)... 

Walau bagaimanapun doktor pakar kulit telahpun datang dan memberikan ubat bagi mengatasi masalah tersebut.. Ini adalah bagi mengelakkan jangkitan kuman... Selain tu, mereka akan menukarkan posisi mak setiap 4 jam... dan mereka akan menggunakan tilam angin bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman di bahagian luka tersebut..

Sabarlah mak... :-( In sha Allah dengan izin Allah mak akan sembuh...


Update: Mak saya telah kembali ke rahmatullah pada 7 Mac 2006. Moga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

1 comment:

  1. Saya mendapat berita pagi ini ( 9:20am ) bahawa emak Nora telah pulang ke rahmatullah pada jam 8:45am. Marilah kita bersama-sama berdoa agar roh emak beliau dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan solehah. Al-fatihah.
    Buat Nora, bersabarlah menempuh dugaan yang besar ini. Sesungguhnya manusia mampu merancang tapi Allah maha mengetahui yang terbaik untuk makhluknya. teruskan kehidupan ini kerana yang pergi tak akan kembali.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...