Nuffnang Ads

Agoda Ads

Friday, February 24, 2006

Hari Ke-3 di Renal ICU, HUKM

Tiga hari di Renal ICU, mak masih belum sedarkan diri... Sedih melihat keadaan mak yang bertebuk sana sini... Wayar pun berselirat satu badan... lebih menyedihkan bila melihat kiri dan kanan leher mak ditebuk (untuk masukkan wayar bagi pelbagai ubatan dan proses mencuci kuman & darah)

Kata doktor, paru2 mak telah dipenuhi dgn kuman.. Kuman yg dtgnya dari persekitaran hospital (dr pesakit2 lain) dan kesan dari operation kaki kiri 2 minggu lepas.. Doktor mengesahkan, pakar perubatan telah memberikan mak ubat2an yg kuatnya paling maksimum.. Namun tiada sebarang tindakbalas dari mak sendiri... Mak bergantung sepenuhnya kepada mesin pernafasan.. mak tak berupaya untuk bernafas sendiri... MANDATORY, itulah perkataan yg sering appear di screen mesin pernafasan tersebut...

Tiga hari saya ziarah mak... namun keadaannya masih sama..
Mata mak terpejam rapat... muka pucat (walaupun kerap cuci & tukar darah)... bibir kering... kulit kecut... seluruh badan mak hanya ditutup dengan sehelai selimut... (tentu mak kesejukkan) :-( kaki kanan mak mula luka (mungkin kerana terlalu lama tidak bergerak atau bergesel dgn cadar)

Mak... bernafaslah untuk kami... kami semua perlukan mak... Jangan terlalu lama 'berhijrah' ke dunia lain mak... pulanglah kepada kami... :-(

p/s: Saya belum berkesempatan untuk memberitahu mak... Yg kaki kiri mak telah pun selamat dikebumikan di sebelah pusara ayah pada 23 Februari 2006.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...