Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Sunday, March 02, 2014

Orang Lidi...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Nak mengimbas kembali lukisan-lukisan orang lidi Faris... Kalau tengok balik sure saya tersengih-sengih sendiri... Sebab setiap kali Faris lukis tu saya akan tanya siapa yang dilukis dan kenapa... Jom tengok... (。♥‿♥。) 


Faris ♡ Mama (14.5.2013): Yang kiri tu katanya saya... dan kanan tu Adam Faris... yang garisan luar tu katanya LOVE... "Faris lukis ni sebab, Faris sayang sangat kat mama..." Alololo, sweetnya...


Happy Family (14.5.2013): Tarikh yang sama Faris lukis gambar kami satu family... Dari kiri: Adam Faris, Abah, Mama dan Alisya Farha. Bila saya tanya kenapa lukis gambar ni?! Katanya, "Faris sayang semua... abah, mama dengan Alisya... Kalau tak sayang tak boleh pegang tangan macam ni..."  :p


Riadah time (14.6.2013): Saya pernah tulis entri tentang lukisan ni di sini... Luahan Melalui Lukisan...


Selamat Hari Raya (4.8.2013): Lukisan ni Faris buat dekat Tadika... ni sebenarnya kad ucapan hari raya... Fokus pada orang lidi tu... still 4 orang, dari kiri Abah, Faris, Mama dan Alisya... "Masa hari raya, kita semua pegang tangan... lepas tu pergi raya rumah Mak Ngah (rumah warna hijau)." Bila saya tanya rumah biru tu rumah siapa? Faris jawab, "rumah kita la..." Saya kata, "aik dekatnya rumah kita dengan rumah Mak Ngah?" Faris jawab, "dalam gambar memang la dekat... kalau nak pergi jauh... dekat KL..." (。⌒∇⌒)(Tokono den!!)  


Cinta 3 segi? (9.1.2014): Sejak masuk darjah 1, Faris jarang lukis kami...  sebab dia dah mula nampak kawan-kawan... (So, terasa sedih di situ...) gambar atas yang kiri tu boy, yang kanan tu girl tengah happy. Yang bawah tu boy lain tengah nangis... Ni explanation dia "Boy dengan girl ni kawan sama-sama... Boy ni (yang menangis tu) nak kawan dengan girl tu... Tapi girl tu tak nak... sebab tu dia nangis..." Saya cakap... "Kesian dia... Faris kawan la dengan boy yang nangis tu..." Faris jawab, "tak payah... Faris ada kawan lain..." OK sekarang, Faris pun dah tak de dalam lukisan... hahahah sebab saya tanya mana satu Faris... Selamber dia jawab, "Faris tak de dalam ni..."


Faris lapar (19.2.2014): Faris cakap dia lapar... Tapi saya buat tak tau je (sebab kitaorang baru balik dari jalan-jalan dan dah pun makan), lepas tu dia merajuk... Saya tanya, dia tak nak jawab. Tak lama tu dia bagi saya lukisan atas ni... Saya tanya, "apa ni?" Faris senyap. Saya tanya lagi, "apa ni?". Faris jawab, "Mama tak nampak ke ni Faris lapar... Tengok ni..." (sambil tunjuk-tunjuk lukisan dia) "La... lapar ke? mama ingat Faris kentut... sebab Faris gelak ni..." "Apa pulak kentut...?Ni perut Faris bunyi ni...." Lepas tu dia tergelak besar... (⌒∇⌒)   

Lately ni, orang lidi Faris dah gemuk-gemuk... hehe sebab dia dah nak mula lukis orang dengan betul... Maklum la budak darjah 1 kan ada subjek Dunia Seni Visual.... Bagus juga untuk Faris... Sekarang makin kerap dia melukis...  


Nota kaki: Teringat satu slot rancangan Fattabiouni, katanya melukis adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW... Sebab Rasulullah SAW, gunakan lukisan sebagai salah satu medium dalam menyebarkan dakwah. Ada juga dimaklumkan dalam episod tersebut, barangsiapa yang kerjayanya adalah pelukis, mereka telah melaksanakan salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah... (^_^)


* * *

Hanya dengan kami di Tupperware Kiyter. (^_^)





10 comments:

  1. Mcm2 cerita..
    Imaginasi faris. Yg perutnya..ada radio kot bunyi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasal... tapi mmg seronok melayan budak2 ni.. hehe

      Delete
  2. inilah lukisan paling senang dalam sejarah lukisan

    ReplyDelete
  3. hehe comellah faris ni
    afif pun gitu kak, memang rajin dok melukis
    ada aje benda yang nak dilukis

    ReplyDelete
  4. pandai faris melukis..terigt masa kecik dlu..itulah lukisan org lidi adalah lukisan pertama cik nor..:)

    ReplyDelete
  5. melukis tu sunnah rupany..sy baru tahu..tq atas informasinya..

    faris pandai lukis,walau org lidi,ada makna setiap lukisan dia..yg gambar lapar tu mmg lawak..:)

    ReplyDelete
  6. melukis sunnah rasulullah tu , saya baru tau ...

    ReplyDelete
  7. baru tau jugak melukis sunnah..

    wlpun orang lidi tp bijak la faris ni inteprate kan watak2 dlm tu..mcm2 cerita ada yea..hehehe

    ReplyDelete
  8. Mlm tadi dah dtg pakai Hp...tp tak leh nak komen...tenet lembab gamoknya...
    Mula mula org lidi, lepas tu dah gemuk dah perut dia tu hehe...sok lusa dah jadi Upin Ipin tu NK...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...