Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Friday, June 14, 2013

Luahan Melalui Lukisan

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Baru sekejap ni saya melayan Faris melukis dalam bilik tingkat atas... Asalnya kami bercerita tentang shape... Bercerita tentang square, rectangle, circle, triangle... Kami kaitkan bentuk yang disebut dengan apa yang ada di sekeliling kami... Sampailah kepada bentuk diamond...

Faris: Mama diamond macam mana? (lalu saya lukiskan bentuk diamond...)

Saya: Ok ni diamond... Diamond macam apa..?

Faris: Kites! (sambil lukis layang-layang dengan tekun...)

Saya: Pandainya... 


Habis je lukis gambar ni... Dia buka helaian lain... Sambil tekun melukis lagi... Saya hanya perhatikan... Sambil mata dah mengantuk... Sekali sekala saya menguap... Tapi gagah tunggu dia siapkan lukisan tu...

Mula-mula dia lukis 4 layang-layang yang berbeza bentuk, bersama 4 orang lidi... 

Faris: Ok siap...! (suaranya separuh menjerit, buat saya sedikit terkejut...)


Seperti biasa saya akan tanya siapa orang-orang lidi yang dilukis tu... Katanya, ni papa (no 1, jiran sebelah rumah yang dipanggil papa), ni kakak (no 2, anak sulung jiran sebelah yang sebaya dengannya...), ni Adam Faris (no 3), ni Affan (no 4, anak kedua jiran sebelah)... Ok explanationnya habis di situ...
 
Saya: Ooo... Faris ikut papa, tak ajak mama dengan Alisya ye... Kesian mama dengan Alisya kena tinggal... (konon buat muka sedih...)

Faris: Eh, mama dengan Alisya ada... (sambil tangan ligat melukis mama dan adiknya..., so saya jadi no 5 dan Alisya no 6)

Saya: Ha baru betul... Eh tapi Abah mana? (tanya saya lagi...)  

Faris: Abah tak de... Abah keje... (jawabnya sambil lewa...)

Saya: Tak la... Abah cuti... Abahkan nak ikut? Kesian Abah... (sengaja saya usik emosinya...)

Faris: Abah keje je... Panas keje (merujuk pada hari siang), malam pun keje... (sebab semalam abahnya ada assignment malam...

Saya: Tapi Abah nak main layang-layang juga dengan kita...

Faris: Tak boleh... Abah pegi keje je... Ni tak muat nak lukis Abah... (oh betul kertas yang dilukis tu dah penuh...

Saya: Kesian Abah...

Faris diam tak de respon... Kemudian dia turun bawah... Tak lama lepas tu dia naik semula... Saya cuba pancing dia untuk berbual semula...

Saya: Ni papa ke Faris? (sambil tunjuk orang lidi no 1)

Faris: (lama dia diam) Tu Abah lah (no 1 yang asalnya papa dah tukar jadi abah)... Ni kakak (no 2), ni Adam Faris (no 3), ni mama (no 5), ni adik (no 6), ni Affan (no 4)...

Saya: Yey... One happy family with friends... (sambil tepuk tangan sama-sama...)

Nampak gayanya encik hubby kena banyak luang masa beraktiviti dan berkomunikasi dengan AF pada hari-hari tak bekerja... sebab Abah sangat jarang dilukis oleh Faris... Bila ditanya, jawapannya "Abah kerja"... Kalau dipaksa lukis pun, Faris akan tetap jawab "Abah kerja"...  

Tidak lama dulu saya ada menonton rancangan Assalamualaikum @ TV Al-Hijrah, ada perbincangan tentang luahan anak-anak melalui lukisan... Kata ustazah jemputan tu... sesiapa yang tidak dilukis dalam hasil lukisan anak-anak (baik, ibu, bapa atau adik beradik lain...) bermaksud orang itu kurang beri perhatian kepada diri si pelukis... 

Hm... Kalau macam tu... Abah kena take note la ni... Dalam entri ni pun Alisya ada sebut pasal "Abah kerja"

* * *

Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25% sebagai ahli (atas barangan Tupperware dan Nutrimetics) dengan yuran keahlian hanya RM70.00.
Jom Sertai Kami! ^_^

21 comments:

  1. Owh... nasib baik saya dan suami ada dalam lukisan adam. Mungkin sebab bertiga je kot?

    ReplyDelete
  2. Apa yang diluahkan oleh anak2 adalah gambaran hati dan jiwa mereka yang tulus dan suci. Malangnya kita sebagai ibubapa kadangkala enggan untuk memahami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak... Mungkin Faris rasa masa bersama Abah dia tu kurang... so lepas ni Abah dia kena spend more time bila hari dia cuti...

      Delete
  3. Kreatif nya Faris.. anak sy belum start melukis2 ni.. bila bagi colour banyaknya dipatahkan...hehe:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? Hehe... tak pe nanti2 dia start melukis... :-)

      Delete
  4. hihihi...pandai dia lukis... Ank2 sekarang pandai bercakap. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... memang petah bercakap sekarang ni...

      Delete
  5. nak tahu apa yg ada dlm fikiran dan jiwa anak2 , lukisan mmg platform yg tepat ...

    ReplyDelete
  6. Jujur jer anak-anak ni... mereka mmg tak pandai berbohong...
    Setuju dgn nora, mmg anak2 suka luahkan apa yg mereka tanya pada lukisan... sama juga dgn anak2 saya... saya pernah jumpa lukisan Aisyah yang lukis org dgn muka sedih... bila tanya Aisyah, dia terus cerita sbb dia sedih... begitu juga bila dia happy, dia byk lukis org yg dgn smiley face :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti aisyah happy disamping keluarga dan rakan2 di sana... kalau lukisvorg dgn smiley face tak de la kita risau sgt kan?

      Delete
  7. faris ni bijak budaknya..ye la abah kurang masa sbb kerja.utk carik duit nak besarkan anak jugak..tp anak kecik mana faham...bila ada waktu terluang abah kena spent time dengan anak2 la kan..:)

    so far sy n en suami ada dlm lukisan aiman..:cuma sejak dh ada adik ni belum nmpk lg bayang lukisannya,,:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada dengan dia sepanjang masa tak macam abahnya... sebab tu dia kata abah asik kerja dan tak spend time dengan dia...

      Delete
  8. bijak budaknya. baru tahu dari hasil lukisan kita akan tahu apa dalam fikiran kanak2 kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lukisan paling mudah nak trace apa yang ada dalam fikiran kanak2 termasuk emosi mereka...

      Delete
  9. budak² ni jujurkan.. anak saya kan selalu ckp bila org tanya sapa belikan baju ni, ibu.. sapa belikan seluar ni .. ibu ... mmg sy belikan tp kdg tu hubby bg duit sebenarnya sya bayarkan.. tp budak² kan.. dia nampak apa yg dibuat.. itulah yg dia paham...

    ReplyDelete
  10. krtip sungguh farris ni...kemain comel lagi dia lukis layang tu...

    ReplyDelete
  11. Hehe...emosi budakkan NK...mudah diselami melalui lukisan yg sia buat!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...