Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Thursday, June 13, 2013

Kisah Ganjaran dan Hukuman...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Setiap kali menjemput Faris balik dari Tadika, akan ada saja ceritanya... Tapi saya tak pernah jemu untuk mendengar dia bercerita, walaupun hanya tentang apa yang dimakan di tadika, mahupun tentang Zikri, Hafizzudin dan Atif... (rakan-rakannya) Semua ceritanya sangat menyeronokkan...! Kadang-kadang ceritanya buat saya senyum atau juga ketawa besar...

Tapi cerita Faris semalam buat saya fikir... Kanak-kanak juga akan terkesan dengan istilah 'ganjaran' dan juga 'hukuman'. Perbualan kami lebih kurang begini:

Faris: (cerita dengan muka dan suara yang ceria) Mama, tadikan Adam Faris dapat STAR (merujuk kepada sekeping kertas kecil yang dicetak gambar bintang. Kepingan ini diberikan kepada pelajar sebagai ganjaran jika berjaya membuat sesuatu yang baik/berkelakuan baik di tadika).

Saya: Ye ke? Faris dapat star lagi? Bagusnya...

Faris: Ha ah, Faris dapat lagi satu star (sebab sebelum ni dia ada dapat satu star...) sebab Faris pandai solat...

Saya: Pandainya Faris...  Siapa lagi dapat star

Faris: Faris sorang je dapat... Atif, Zikri dengan Hafizzudin tak dapat... sebab dia solat salah...

Saya: Oh... Nanti dekat rumah solat lagi sampai pandai ye...?! Cikgu simpan dalam beg ke star tu?

Faris: Tak de...

Saya: Aik, kenapa tak de? Tadi kata dapat star? Ke cikgu tak bagi lagi? (sebab biasanya cikgu akan letak star dalam pencil box dia...)

Faris: Cikgu ambik balik... (jawab dengan sedih)

Saya: Eh, kenapa cikgu ambil balik?

Faris: Tadi Faris dapat star, sebab Faris pandai solat... Tapi Faris tertumpah air... pas tu cikgu ambil balik star tu...

Saya: Alahai, ye ke? Macam mana boleh air tumpah? (soal saya nak tahu lanjut...)

Tapi sayangnya Faris tak nak cerita lagi... Reaksinya pun dah tak seceria memulakan cerita tadi... Kesian pula saya tengok dia... Dari riak mukanya tu nampak dia sangat frust sebab star tu dia dapat sekejap sangat... even tak sampai satu hari atas sebab tertumpahkan air tu... 

Tak pe la Faris, next time cuba lagi dapatkan star ye, sayang...! Malam tu Faris nak solat Isyak sama-sama, sambil tu saya semak bacaan solatnya... Lepas solat tu saya explain, sebab cikgu ambil balik star tu... dan saya minta dia berhati-hati agar incident air tumpah tak berlaku lagi...



Kredit gambar pada FB Tadika Ilmu Murni


* * *
Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25% sebagai ahli (atas barangan Tupperware dan Nutrimetics) dengan yuran keahlian hanya RM70.00.
Jom Sertai Kami! ^_^

12 comments:

  1. asslaamualaikum..kanak2 memg begitu..gembira sngat bila dapat ganjaran bila dia buat sesuatu.. tindakan cikgu ambil bintang tu pun bgus jugak..dapat didik anak-anak kecil...gud boy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam... betul tu... ganjaran dan hukuman ni mmg saya buat di rumah... bila dekat sekolah pun ada bagus la... dia boleh relate tentang kesan dan akibat...

      Delete
  2. baca dialong faris mmg nampak btl dia sedih star tu kene amik blk ... ajar solat penting untuk anak², alhamdulillah dah ada perkembangan mcm ni ka tadika kan.. anak sy pun dah mula di ajar solat... dulu saya darjah 1 baru belajar solat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... mmg dia nampak frust sangat... frust atas kesilapan sendiri...

      Delete
  3. alahaiiiiii sejuk perut ibu faris tgk faris da pandai solat kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah syukur... tapi dia mmg mula belajar solat di tadika, pernah ajar sebelum dia sekolah tapi mungkin teknik tak betul... sekarang dah mudah... tadika dia tu banyak bantu... alhamdulillah...

      Delete
  4. Bebudak kalo dpt ganjaran memang suka. Kimi pon selalu citer kat saya yg cikgu bagi gula2 lah, coklat lah ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul fiza... dorang mmg akan happy kalau dpt reward...

      Delete
  5. kesian faris.anak kecil mmg terkesan dengan ganjaran bila berkelakuan baik..moood hepy berubah bila ganjaran tersebut ditarik balik..:)

    ReplyDelete
  6. Ya Allah madam..saya dapat rasa perasaan Faris tu :'(..Berusaha lagi adik Faris yang bijak :*

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...