Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Thursday, June 27, 2013

Eksperimen Menghidu & Merasa...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Mengajar anak-anak bukanlah hanya pada waktu khusus semata-mata. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa... Boleh dikatakan setiap masa! 

Bagi mereka yang mempunyai anak berusia 5 dan 6 tahun, anda boleh gunakan situasi sekitar anda seperti papan tanda, warna pokok dan bunga, bentuk bangunan dan lain-lain sebagai proses pembelajaran buat mereka.

Berkomunikasilah dengan anak-anak anda dengan kerap agar mereka akan lebih alert dengan keadaan sekeliling.

Selain tu, time makan pun anda boleh bereksperimen dengan anak-anak seusia AF saya (3 & 6 tahun). Kebetulan saya dan encik hubby order mee goreng mamak. Dan kebiasaannya, ada diletakkan limau kasturi untuk penyedap rasa.

Faris: Mama makan apa tu? (sambil tunjuk pada limau kasturi tu..)

Saya: Ni?! Ni nama dia limau... 

Faris: Sedap ke sayur tu? (tak sempat saya nak explain, Faris dah tanya soalan lain..)

Saya: Sedap! Rasa limau ni... masam! (sambil buat muka/rasa masam. Faris dah tersengih-sengih). 

Saya pun tunjukkan pada Faris (sambil diperhatikan oleh Alisya) macam mana nak perah limau pada mee goreng... AF saya khusyuk tengok... 

Faris: Em... bau wangi la mama... (bila bau limau yang diperah tu sampai ke hidungnya...)

Saya: Wangikan bau dia?! Cuba bau dekat-dekat... (lalu saya dekatkan limau tu pada hidungnya... Faris suka... tapi tidak Alisya... Alisya kata bau masam..) Kalau Abah balik kerja, bagi Abah bau limau ni... nanti Abah tak penat dah... (cuba menerangkan bahawa bau limau/lemon/citrus, boleh release rasa stress/tension, tapi dalam bahasa yang mudah difahami Faris...)

Faris: Ha ah, nanti Faris balik sekolah pun boleh bau limau... Mama dah masak pun boleh bau limau... nanti tak penat dah...

Saya: Pandai... Ni samakan macam yang mama tanam tu? (merujuk pada pokok limau kasturi yang saya tanam di depan rumah)

Alisya: Ha ah, sama...! Yang macam adik siram tu... (sambil buat gaya siram pokok. Sebab Alisya rajin tolong saya siram pokok limau tu)

Saya: Pandai Alisya... Faris nak rasa tak limau ni? (saya bagi dia rasa...

Mula-mula dia tak nak, bila saya cakap elok-elok, akhirnya dia rasa juga... Lepas rasa mimik mukanya memang nampak sangat dia dapat rasa kemasaman limau tu... 

Faris: Faris tak boleh makan la yang ni... Masam sangat.... tapi bau wangi!

Komen terakhirnya sebelum kami bereksperimen sekali lagi: memerah, menghidu dan merasa limau tu... Sampai sekarang Faris masih bercerita tentang kemasaman dan wanginya bau limau kasturi tu...  

Even, bila nampak limau kasturi ni di kedai, supermarket atau pasar malam, dia akan cerita semula pengalamannya menghidu dan merasa limau tu... Seronok sangat bila dia boleh kaitkan dengan previous experience dia...  (^_^)

* * *

Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25%-30% sebagai ahli  
(atas barangan Tupperware (25%), NatureCare, Nutrimetics, TupperClean) 
dengan yuran keahlian hanya RM70.00
Juga nikmati pelbagai lagi keistimewaan lain.

Call/SMS/Whatsapp: Nora: 019-3441384 / Kamarul: 012-6526556
Jom Sertai Kami! ^_^

13 comments:

  1. Bukan main seronok AF dapat bereksperimen... betul tu Nora, bila2 anak2 boleh belajar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?! mereka happy kalau dapat info baru... selain dari cikgu2 mereka...

      Delete
  2. bagus farris...ni..seronok dier biler dah tahu dan dapat bezakan rasamanis masam wangi tu yang dier ingat tu,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal... kita pun happy dia dapat ingat benda2 yang kita ajar tu...

      Delete
  3. wah seronoknya.
    alhamdulillah kan ank2 boleh trima cara pembelajaran yg secara tak langsung ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... dari yang tak langsung ni dia akan mudah ingat...

      Delete
  4. dah mcm masterchef pulak kikikiki

    ReplyDelete
  5. setiap detik kita bersama anak2 adalah pembelajaran buat mereka:)

    ReplyDelete
  6. bereksperimen tak kira tempat dn masa..yg paling penting anak belajar sesuatu

    ReplyDelete
  7. Betul....anak anak baye tu memang tgh mencari sebanyak boleh input sebagai proses pembelajaran...dapat pulak omak yg rajin bereksperimen hehe... mmg bagus!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...