Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Thursday, June 13, 2013

Jangan Sampai Halal Jadi Haram...


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Gambar dan kisah ini saya petik dari FB Mak Liza. Sesuatu yang menarik dan sepatutnya menjadi panduan buat kita semua... Moga kisah ini sedikit terkesan di hati kita semua... 

* * *

Semalam pi sebuah Klinik. Waktu dah hampir maghrib, oleh kerana kes kecemasan, tunggulah di klinik. Sementara tunggu giliran , nampak satu keluarga Arab Sudan, suami isteri dan bawa 3 anak baru lepas terima rawatan.

Tak lama, nama isteri dipanggil untuk ambik ubat dan buat bayaran. Dekat tepi kaunter bayaran ada satu bahan makanan yang sedang dipromosi seperti dalam gambar. Bukan bahan yang dipromosi saya nak cerita tapi akhlak seorang yang sangat menjaga amanah Tuhan.

Saya nak tanya, jika kita, faham akan apa maksud "PLEASE TAKE ONE"? Adakah seorang ambil satu atau sekeluarga ambik satu?

Jika kita faham seorang ambil satu saja, maka jika kebetulan kita datang bawa 3 orang anak, setiap anak boleh ambik satukan? Maka halallah untuk tiap orang anak makan benda tu.

Tapi apa yang saya perhati dan menarik perhatian saya ialah, bapa Arab Sudan tu faham ialah sekeluarga ambik satu. Jadi ketika dah nak masuk kereta , bapanya perasan 2 orang anaknya ambik setiap orang satu. Dia tegur anaknya suruh pulangkan satu. Just take one only. Haram! dia kata.

Maka salah seorang anaknya tu pun pulangkan semula sebungkus kat dalam kotak tu, dan berlalu masuk dalam kereta semula.

Subhanallah... begitu sekali seorang bapa menjaga amanah, memastikan barang yang halal masuk kedalam perut anak-anaknya.

Sedangkan kebanyakkan yang kita temui, jika ada barang free, diletakkan di kaunter mana-mana pun, katakan sepiring kerepek suruh rasa, kita lalu dan berhenti ambik makan untuk rasa, bila sedap, kita ambik segengaman dan jalan, bukan nak beli. Halalkah?

Saya pernah dengar dalam satu pesanan seorang 'orang soleh' kata, ketika itu kami sudah sampai di Ladang Kurma di Madinah, 'orang soleh' tu pesan, " kamu boleh makan sebanyak mana kurma yang dijamu di sini, ia halal, namun sebijik yang kamu masukkan dalam poket, dengan niat nak makan nanti atas bas, ia jadi haram."

Dengan kata lain jika kita pi mana-mana majlis, jika makanan tu dihidangkan di situ, kita cuma boleh makan di situ, TIDAK boleh bungkus dalam tisu seketul dua pun dan masukkan dalam poket dengan tujuan nak beri orang yang tak datang rasa tanpa minta izin dengan tuan majlis. Yang kita bawa balik tu telah jadi haram sekiranya kita tidak minta halal dengan tuan majlis. Maka berhati-hatilah dengan haram halal yang kita nak anak-anak makan.

Walaupun asalnya halal, makanan halal, jadi haram apabila kita tak berilmu dan amanah menjaganya.

Yang halal jadi haram apabila kita pandang remeh dan kata tak kisah. Kita lupa Allah berkira dan malaikat dikiri kanan mencatat segala-galanya dalam buku rekod amal peribadi kita.

18 comments:

  1. betul tu..bab2 makan minum nie kena betul2 jaga halal haramnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?! kadang2 kita terlepas pandang...

      Delete
  2. benda yg bakal jd darah daging kita mmg kena protect walau apa cara sekali pn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... tapi kadang2 kita terleka...

      Delete
  3. betul tu kak...bila dah kata please take one tu...cuma ambil satu jer la...nice sharing and thanks for sharing and trigger something to my mind... *_^

    ReplyDelete
  4. betul betul betul, setuju sngt! xleh juga nak remehkan bab halal haram ni t'utama skali mknn, sbb akn bcmpr dgn drah kita

    ReplyDelete
  5. Cantik dan indah peringatan dari N3 ini Nora. Ramai yg tak sedar. Tapi kalau kenduri-kendara tempat kakak memang dah sediakan utk bawa balik baki. Biasa tuan rumah akan kata plastik tepi meja itu utk bungkus mana-mana yg hendak dibawa balik. Tapi biasa kami faham kalau masih ada yg makan kami tak bungkus melainkan dah nak kemas barulah kami bungkus...

    ReplyDelete
  6. mmg kena jaga kan bab makan2 ni kan

    ReplyDelete
  7. betoi.. betoi... terima kasih untuk ingatan itu.. memang dalam kita berjagatu kadang2 kita lupakan... lupa sebab kita tengok orang lain buat kita rasa betoilertu pdahal tak betoikan...

    ReplyDelete
  8. saya pernah buat entry tentang ni.kadang2 kalau di kad undangan prkahwinan contohnya, tuan rumah tak tulis "keluarga" hanya suami isteri, kami akan tinggalkan anak2. iyalah..tuan rumah undang ber2 saja, bukan ber4..

    ReplyDelete
  9. Betul... kadang2 kita lupa. Terutama bab dapat free ni

    ReplyDelete
  10. terkesan dengan kisah keluarga pak arab ni.lepas nikena lebih berhati2..or kita mmg pantang dengan benda free..:)

    ReplyDelete
  11. setuju sgt. bab halal haram ni mmg kena hati2 kan.lagi2 la bab makanan kan.

    ReplyDelete
  12. Baru je lepas baca dalam blog SA

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...