Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Lama
menyepi... Mengenangkan pesawat yang hilang... Duhai #mh370... Walau
tiada siapa yang saya kenal di dalam pesawat tersebut... Namun, saya
tetap merasai kehilangannya...
Sejak
kehilangan pesawat #mh370, saya hanya menonton Astro Awani bagi
mendapatkan info terkini... Info di Whatsapp dan Facebook cukup
memeningkan kepala, ramai betul yang tidak sensitif dan tidak
berperasaan di luar sana... Pelik! (mungkin kerana yang terlibat
bukan ahli keluarga anda, tapi cubalah letakkan diri anda sebagai salah seorang keluarga mangsa...)
Semasa saya
menonton perkembangan terkini dari Astro Awani, tak sedar air mata
mengalir ketika menonton video kehilangan pesawat itu... Tiba-tiba Alisya
hampiri saya, bila nampak saya mengesat air mata...
Alisya: Mama
kenapa?
Saya: Sedih,
kapal terbang hilang...
Alisya:
Jangan sedih mama... Allah SIMPAN kapal terbang... DOA dulu
banyak-banyak... Lepas tu SOLAT... Nanti Allah bagi balik kapal
terbang tu...
Allahuakbar...
Jawapan kamu sungguh menenangkan Alisya... Anak sekecil Alisya pun
tahu bahawa kebergantungan pada Allah itu perlu...
Moga ada
perkhabaran baik buat semua penumpang yang ada di dalam #mh370.
Teruskan berdoa... agar Allah berikan petunjuk kepada kumpulan SAR (search and rescue) dan melindungi
semuanya.
BOLEH LEGA DENGAR JAWAPAN MACAM NIE
ReplyDeleteitu la pasal... tenang sikit rasanya...
Deletesemoga ada perkhabaran baik buat MH370, Alisya pun faham macam mana nak tenangkan hati mama dia... ^_^ budak2 cepat tangkap kak..dan cepat faham...
ReplyDeleteBetul tu Farah...
DeleteAlisya anak yang pandai..!! Betoi tu kak, kat Fb buat sakit hati je kan.. tak sensitif.. masa selawat perdana baru ni, menangis saya dekat umah smbil tadah tangan yg pasal doakan mh370 tu.. Ya Allah sedih sungguh.. pe2 pun, kita jgn berhenti berdoakan moga Tuhan temukan kita dengan mh370 walau dalam apa keadaan sekali pun... doa tu la senjata kita.. InsyaAllah..
ReplyDeletebetul Ina... doa senjata orang mukmin...
DeleteAssalamualaikum kak, tersentuh dengar perbualan akak anak beranak.. pandainya Alisya~~~
ReplyDeleteYa Allah alisya cerdik sungguh..semoga membesar jd anak yg solehah..
ReplyDeletesemoga Allah kembalikan semua penumpang dan crew MH370.. :(
<333333 anak yg menyenangkan hati hihihi <33333
ReplyDeletebijaknyerrr
ReplyDeleteTerharu dengar jawapan anak sekecil Alisya yang boleh relate apa yang berlaku dengan kehendak Allah. Alhamdulillah.. Allah kurniakan anak penyejuk mata..penawar hati..
ReplyDeleteSemoga Allah tunjukkan jalan untuk kita jumpa MH370..
bagusnya jawapan yg diberi..org ckap nak knal sikap parent..tgok sikap2 anak2 dlu..tambah yg kecil2 :P
ReplyDeletebudak pun rasa kesdihan ni kan kak
ReplyDeleteanak-anak saya pun sama
pandai alisya.Allah kan ada..:)
ReplyDeleteSecangguh mana pun teknologi kena kembali kepada Pencipta.
ReplyDeleteSamalah kita NK....mula mula dulu memang Astro Awani le yg dihadap hari hari tp bila dah lama usahanya masih belum berjumpa...semangat tu kian pudar......
ReplyDelete