Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam
ziarah,
Kelmarin Faris tak boleh
tidur malam, hampir sepanjang malam dia batuk berterusan. Masa saya
jenguk dia di bilik, dia sedang batuk dan air matanya mengalir...
Kesian, kuat sangat batuknya tu...
Disebabkan keadaannya itu,
Encik hubby ajak bawa Faris jumpa doktor. Maka semalam Faris
MC. Kata doktor, nafas Faris berbunyi sikit... Itu menyebabkan dia
agak sukar untuk bernafas dan akan cepat berasa letih dan penat.
Betul la tu, saya tengok Faris semalam dan hari ni, bila naik turun
tangga, dia seakan mencungap... Kesian anak bujang mama ni...
Doktor kata, disebabkan
bunyi nafas tu sikit, maka tak perlu bagi nebulizer. Memadai dengan antibiotik, ubat batuk, ubat cairkan kahak dan ubat selsema. (Seingat saya, Faris pernah sekali je pakai nebulizer ni, masa umurnya 6 bulan gitu...)
Sebenarnya pagi tadi encik
hubby siapkan air mandi Faris. Saya pula sibuk masak nasi
lemak untuk bekalkan pada Faris. Sekali encik hubby tengok
semula MC yang Faris dapat semalam. Rupanya doktor bagi Faris MC 2
hari. Saya dan encik hubby ingat sehari je...
Tapi encik hubby
siapkan juga air untuk mandikan Faris... Katanya nanti Faris
tertinggal banyak pula di sekolah, sebab cuti dua hari... Tapi saya
pula rasa tak sedap hati... Kalau tak teruk sangat batuk Faris,
mungkin doktor bagi MC sehari je kan?! Dah diberi MC 2 hari, saya
percaya doktor nak Faris rehat betul-betul.
So, saya kata tak
payah la hantar Faris ke sekolah... Kalau jadi apa-apa di sekolah
mesti sekolah tak bertanggungjawabkan?! Sebab doktor dah bagi MC 2
hari... Lagipun cuaca yang sedikit berjerebu ni memang tak sesuai la untuk Faris. Nanti susah pula nak baik.
Tapi
jangan ingat dapat MC boleh tengok kartun tau!! Sebelah pagi tadi
sebelum Faris makan ubat, saya suruh dia buat ejaan dua suku kata...
Bila dia tak tahu nak eja, "kain", "perut" dan
beberapa perkataan lain, dia cakap, "Mama ni... Fariskan tak
sihat... Nanti Faris lagi kuat batuk kalau eja-eja ni..."
Ceh!
Sabar je la...
Dia yang nak sangat eja pakai laptop... hai, macam-macam... Katanya pakai pensel boring! |
Sedikit tip
bagi mereka yang ada anak-anak kecil (yang dah mula batuk)... Dalam
keadaan cuaca yang sangat panas ni...
1. Tukarkan
minuman manis (seperti milo, nescafe, teh, air kotak dll) kepada air
suam. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan dehydrated.
2. Kurangkan
juga meminum ais, kerana ia boleh menyebabkan tekak anak anda
kemerahan (sakit tekak).
3. Elakkan
berada di luar kawasan rumah terlalu lama.
4. Jika
badan anak mulai panas, kerapkan mereka untuk mandi.
5. Jika
demam yang tinggi, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Nota
kaki: Apapun, pantau tahap kesihatan anak-anak agar tiada perkara
yang tidak baik berlaku... Moga Adam Faris saya pun segera sembuh
dari batuknya... Insya Allah... Amin...
get well soon
ReplyDeletetq :D
Deletealasan tak boleh tahan nak gelak auntieni tau.. tanda bijaktu...
ReplyDeletememang senang nak dapat sakit dengan cuaca sebeginikan...
Sian faris. Smoga cepat sembuh. Qhalif pon dah start batuk2 nih.
ReplyDeletesemuga faris cepat sembunh
ReplyDeletesalam singgah, ...jaga kesihatan diri dan keluarga semoga anda dan keluarga dirahmati Allah sentiasa.
ReplyDeletealasan si anak.. hehe.. tringat masa kecill2 dulu. nak buat homework pun ade jeee alasan.
ReplyDeleteAssalam, ziarah petang
ReplyDeletemusim panas kering camni memang anak-anak mudah jadi tak sihat kan?
sian faris ye, afif pun tak ke sekolah hari ni
ReplyDeletesekolah bagi notis cuti sebab jerebu
milo x leh eh..
ReplyDeletepatut lah.
musim tak menentu sekarang ni..anak2 mudah sakit
ReplyDeletekalau nak mandi pun kene siram kaki dulu bila badan panas ni.. lepas tu barulah siram badan dan kepala.. jgn terus siram kepala kan..
ReplyDeletedlm keadaan cuaca panas serta jerebu nih , byk penyakit blh hinggap ...
ReplyDeleteget well soon faris, sekarang ni musim orang tak sihat, suami saya ni pun demam dah ni sakit kepala sangat dah pulak, risau dibuatnya kak... hopefully bukan denggi lah...
ReplyDeleteoo dia tak nak eja2 takut tak sihat
ReplyDeletehehe, lucu
btw take care :)
get well soon dear...
ReplyDeletesalam kenal dan follow
ReplyDeletetorascool(dot)blogspot(dot)com
semoga faris cepat sembuh...kesian tgk anak2 klu dorang batuk, waktu tgh mlm & awal pagi la yg paling teruk... tk henti2 dok batuk...mungkin masa tu sejuk sgt kot...
ReplyDeleteada kena mengena ekk eja dengan batuk main teruk?comel betul alasan faris.hehe semoga batuk faris cepat lega
ReplyDeletecuaca sekarang ni tak berapa nak sihat utk budak2 kan?
ReplyDeleteget well soon faris...lgi2 sekarang musim jerebu kan..tu yg byk batuk n demam...
ReplyDeleteCuaca macam ni memang senang budak-budak nak jatuh sakit. Memang risau bila keadaan berjerebu begini. Kalau orang dewasa macam kita ni sakit takpalah, tau nak buat apa. Kalau budak-budak ni, susah sikit. Moga Faris dah sihat sekarang ya!
ReplyDelete