Nuffnang Ads

Agoda Ads

Tuesday, July 18, 2006

Bila April + Biarlah Rahsia = Mungkir Bahagia...

Setelah Siti Nurhaliza mengumumkan tarikh perkahwinannya dgn Datuk K... pelbagai kata/cerita yg saya dgr... baik dari rakan2 sepejabat, ahli keluarga mahupun org sekeliling... Wah... Siti & Datuk K jadi bualan seluruh Malaysia! Di opis.. di kedai mamak.. dlm bas.. di mana2 je la... Lebih hebat ceritanya berbanding kisah tsunami yg berlaku di Indonesia.

Rata2 media memaparkan kisah Siti di muka depan... Begitu juga berita di TV3 semalam (17 July 2006), 15min pertama adalah berita kisah pengumuman Siti... Tak kisah la... Pd saya alhamdulillah... itulah jodoh Siti.. Jodoh yg telah ditentukan Tuhan.. Biar dengan siapa pun dia berkahwin kita sepatutnya mendoakan agar dia dan pasangannya berbahagia, bukan sahaja hingga ke anak cucu tapi sehingga ke akhir hayat. Saya gembira gak bila dpt tahu Siti dah ready untuk umumkannya semalam... Kira bagus la tindakan yg dia buat tu... (teringat kisah Norman dan Abby rujuk blk lps becerai tu... masa tu mmg puji betul la sikap Norman dan Abby yg x menyalahkan antara satu sama lain sebaliknya tahu kesilapan masing2 dan berjanji takan ulangi lagi...)

Apa yg saya nak kongsikan adalah 3 lagu yang sering berkumandang di radio sejak akhir2 ni, yg pertamanya Bila April (Fazley) diikuti dengan Biarlah Rahsia (Siti Nurhaliza) dan Mungkir Bahagia (Hazami)... tak tau la mungkin secara kebetulan... tapi bila dihayati ketiga2 lirik ni... hm.... tak tau la nak ckp... Macam ada something (atau mungkin perasaan saya je.. al maklum la... cerita Siti ni dah memenuhi setiap ruang kehidupan kita semua - pendek kata terpengaruh ngan isu semasa la ni...).

Umum dah sedia maklum dengan lagu Siti dan Fazley tu... ye la... kata org lagu Bila April tu Fazley tujukan khas buat Siti... Kononnya lagu yg penuh pengharapan dan penantian jawapan... Lagu Siti lak, yg lbh kepada tunggu dan lihat atau gantung tak bertali la :P... dan lagu Mungkir janji ni pulak.. mcm lagu duet Siti dan Fazley... Apapun ni semua kebetulan..... tak de kena mengena ngan mereka bertiga sebenarnya... pendek kata nak kasi tau 3 lagu ni antara top 10 di mana2 carta radio... tiga2 lagu ni mmg best!! :D


Mungkir Bahagia

Dihimpit dicengkam rindu ini
Gerimis duka ku
Menggamit kenangan silam
Resah dan pilu menghampiri

Sunyinya malamku kelam
Pedih kemelut cinta
Dingin kelu bicara
Tuk mengungkap rindu

(Korus)
Sayang ku mungkir pada kejujuranmu
Menolak segala bahgia dihadapanku
Kasihku mungkir pada kata janjiku
Berlari aku jauh dari cintamu
Ku kesali

Dihanyut dilambung ombak lara
Sepiku berkelana
Melayari jiwa nestapa
Menggagahi rasa kesayuan

Leburlah harapan cinta
Namun kesetiaanmu
Kugenggam bagai hukuman
Mengheret langkahku

(Ulang korus 2x)

Maafkan daku
Kekasih hati cinta kita berakhir
Maafkan daku
Kerna ku memungkirinya

Maafkan daku
Kekasih hati cinta jadi begini
Maafkan daku
Ku mungkir bahagia


* Semoga Siti akan jadi isteri dan ibu yg baik nanti... Amin...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...