Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Monday, September 21, 2015

Jumpo Waghih!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Lama dah saya tak jumpa saudara mara di Nismilian (Negeri Sembilan) ni... Sejak mak dan ayah saya tak de, kami memang jarang balik. Lebih-lebih lagi dulu saya duduk luar dari Kuala Lumpur, so, jarang dapat masa nak penuhi jemputan saudara mara.

Semalam, mak ngah Ani saya di Serting, buat majlis perkahwinan anak bongsunya... Kebetulan adik saya pun nak pergi, saya pun join sekaki. Encik hubby saya kerja. So, saya ikut la adik, abang dan kakak saya. Faris dan Alisya, kemain seronoklah bila kata nak balik kampung!

Yang kelakarnya, kami siap sosek (sesat)! Nampak sangat dah lama tak datang, sampai sesat-sesat dibuatnya... Kami sampai pun dalam pukul 3 lebih... Pengantin pun dah turun dari pelamin dan cuci pinggan mangkuk... Hahaha... Kena gelak tak ingat dengan orang kampung... Haih! Tak pe la... yang penting kami selamat sampai.

Tapi yang seronoknya dapat jumpo waghih... Mak Ngah Ani, Mak Long, Pak Teh... eh semualah! Part yang paling best bila dengar mereka cakap Nismilan. Punyalah lama tak dengar orang cakap Nismilan. Excited pula rasa. 

Dulu arwah mak dan ayah saya memang cakap Nismilan. Kami adik beradik ni tukang gelak. Tapi sekarang ni rasa rindu pula. Nak cakap sendiri, bunyinya tak sama macam orang Nismilan cakap! Dengar pakcik makcik cakap sedap je bunyinya.

Antara waghih-waghih....
Si Alisya asyik berkepit dengan anak kakak saya si Raihana tu...
Kemana-mana pun menempel je budak dua orang ni...

Oh ya, Faris dan Alisya punyalah seronok bila sampai kampung... Berlari sana sini, melawat kawasan, tegur sapa dengan atuk dan wan. Suka hati dia je tegur atuk dan wan yang dia nampak. Bukan kenal pun! Tapi sebab excited nampak atuk dan wan! Maklumlah sebab mereka tak sempat jumpa atuk dan wan mereka.


Nota kaki: Esok insyaAllah balik kampung encik hubby pula... Raya Aidiladha di Marang... AF macam biasa, excited bila kata nak balik kampung!!

21 comments:

  1. dah lama xbalik kampung sampai sosek terlupa jalan ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sosek kak... ya Allah sabar je la... hahahaha

      Delete
  2. Kakak, nenek zura sebelah emak org nismilan. Sedara mara mmg ramai la kat sana. Dulu - dulu balik negeri sembilan naik keretapi dari jerantut ke gemas. Mokde dan Paklang zura duduk area Palong. Kalau time raya selalu ke sana.

    Dulu - dulu masa tunggu keretapi kat stesen jerantut, kemain excited. Belum naik keretapi dah tukar longat. Sepupu zula selalu gelakkan zura dan adikberadik sbb dorang kata kitorg ckp nismilan kelakar.

    Now, kalau jumpa sepupu2 walaupun yang tak duduk nismilan, kemain cakap nismilan jugak. Hahahaha.

    Raya ni dengarnya ada org nismilan nak sambut Aidiladha sama kitorang. X sabar plak. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah tak sangka zura pun ada sedara mara nismilan... hehehe mmg la... kalau kita ni ckp mmg la bunyinya tak sedap... tapi kalau dgr org kampung ckp... mak aih... sodap dongar..!

      Delete
  3. haiii....yayac singgah sini blogwalking dari BW UZU.... NO.5 - www.yayacendana.com ^_^ done follow

    ReplyDelete
  4. hahhaa ingat jumpe Waris kejelebak kojolobu tadi.. bestnya jumpe sedara mara.. x sabar nak balik raya haji ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah saya dah agak dah masa tulis tajuk entri tu.... mesti org terpikir saya jumpa "waris" penyanyi tu... hahhaha

      Delete
  5. Salam kenal dari blog uzu, kisah emas putih
    Jom singgah blog : Nurfuzie.com

    ReplyDelete
  6. Memang seronok balik kampong sekali sekala....kampong apak akak pulak di bagan serai sana nun...raya nanti akak balik pontian kampong cik.boss

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah... utara selatan kak! best la... hehehe

      Delete
  7. Salam..jln2 blogwalking untuk hri ni kejap ;) dr blog emas putih....selamat Hari Raya Haji...sy follower ke1179 di sini ..

    http://ilovebunga89.blogspot.my/

    ReplyDelete
  8. Selamat pulang ke kampung! Salam Aidiladha :)

    ReplyDelete
  9. ehehe mnarik kan loghat2 ni.. fam mak cakap minang gak..
    cuma bukan minang nismilan =P

    ReplyDelete
  10. Apo lak xguno gps, kg kt soting mano tu... Dokek la ngan kg Cikna.

    ReplyDelete
  11. Nismilan tu Negeri Sembilan ke NK? Ke nama bahasa tu... Bukan sama dgn loghat NS yg selalu org cakap tu

    ReplyDelete
  12. Orang Nogori rupanya ya ^_^ Saya dulu belajar kat Kuala Pilah tapi biasalah bukan boleh pick up pun apa butirnya. Tapi saya memang suka loghat-loghat negeri ni. Rasa seronok mendengar walaupun tak faham pun kebanyakan butir-butirnya :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...