Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Tuesday, September 08, 2015

Jom Amal: Pengasingan Sampah 2

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Seperti yang saya janjikan, dalam entri ni saya nak kongsikan cara saya mengasingkan sampah di rumah. Manalah tahu jika berguna boleh la rakan-rakan buat cara yang sama.

Saya mengasingkan barang-barang kitar semula dengan hanya menggunakan kotak saiz A4 seperti ini:


Disebabkan dapur saya di Melaka dulu kecil, maka saya tak boleh letakkan kotak-kotak recycle saya tu di dapur. Barang-barang yang boleh direcycle ni, bukan ada hari-harikan? Bukan macam sampah di dapur. Maka saya letakkan kotak-kotak A4 ni di luar rumah. Bukan apa, senanglah nak jual kalau lori "paper lama" tu lalu depan rumah...

Disebabkan kotak ni ada penutup, maka saya letakkannya secara bertindih. Saya alaskan kotak tu dengan plastik siap-siap. So, bila ada barang yang nak direcycle saya akan masukkan ke dalam kotak tu. Oh ya lupa, di depan kotak tu saya labelkan siap-siap. Satu kotak untuk plastik, satu untuk kaca dan satu lagi untuk kertas. So, senanglah. Tak la bersepahkan...


Kalau ada duit lebih, bolehlah beli tong macam dalam gambar ni di IKEA. :p Yang kecil tu harganya RM30++ yang tinggi sikit tu RM50++. Gambar ni adalah ruangan dapur apartmen yang kami sewa di Jepun dulu. Macam yang saya cakap dalam entri sebelum ni, rumah di Jepun memang ada lebih dari satu tong sampah di dalam rumah. Tong sampah IKEA ni macam menarik juga, sebab ia bersifat "kurus dan tinggi", maka tak perlukan banyak space. (^_^)

So, kawan-kawan, jom la kita mula mengasingkan sampah pepejal dan barangan yang boleh dikitar semula. Moga dengan usaha yang kecil ini, kita dapat menyelamatkan bumi demi generasi yang akan datang. 

* Bagaimana cara anda asingkan sampah?! Jom kongsi! (^_^) *

25 comments:

  1. Wahh cadangan yang baik dan boleh diguna pakai..thanx for sharing dear. InsyaAllah akan cuba buat kat rumah..

    ReplyDelete
  2. saya belum buat lagi. dlm operasi mencari tong sampah yg sesuai sbb space dapur sy mmg kecik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?! Ruang dapur kecik mmg masalah la... huhuhu

      Delete
  3. bagos gak idea nora ni...sebelom ni akak asingkan barang kitar ni dalam plastik je....lepas ni ingat nak pi mengendeng kotak kat kedai runcit sedara akak la...kikiki...mesti banyak kotak kosong kat kedai dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu pun saya letak dalam plastik... tapi nampak mcm bersepah la pulak... huhuhu sebab tu saya masukkan dalam kotak ni... sebab tak nampakkan... hehehe ala, bestnya ada org boleh provide kotak A4 tu...

      Delete
  4. baguslah idea ni...saya nak mulakan jugalah kan
    sebelum ni saya tak bersungguh
    ok..lepas ni saya akan lebih bersungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. chaiyok yana...!! jom sama-sama kita buat... hehehe

      Delete
  5. menarik idea nie...bleh cuba....haah, dpur kecil, luar rumah boleh la rietta buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa la buat juga... letak luar rumah kan rietta...

      Delete
  6. saya tak pernah asingkan. cuma surat khabar dgn majalah lama je yg diasingkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. botol2 plastik tu pun boleh jual kat paper lama... hehhe lepas ni boleh simpan n jual :p

      Delete
  7. Memang sebelum ni pun bunda dan anak2 dah terbiasa mengasingkan bahan2 kitar semula ni...
    Dah banyak anak2 terus bawa ketempat yang tersedia tong2 kitar semula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la bunda... kita mmg kena mula somewhere kan... sikit2 bantu bumi kita... insyaAllah...

      Delete
  8. Tu là kat putrajaya pun dah start ... penin pale mule2...skrang dah ok dah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lieya... mula2 mmg susah sikit... tapi kalau dah biasa buat insyaAllah makin mudah...

      Delete
  9. Memang bagus pengasingan sampah ni. Saya pon dah start buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belajar2 buat...saya pun tak la rajin sangat buat... cuma mmg kena paksa/ajar la...kalau tak mmg tak buat..

      Delete
  10. Saya pun buat begini di rumah. Tapi beli container biasa je. Cuma klu tin2 & botol2 makanan/minuman, saya rinse dulu supaya tak berbau/dihurung semut :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, betul.. betul... memang kena cuci dulu, kalau tak haru dibuatnya! Berhurung la semut dalam rumah...

      Delete
  11. assalamualaikum.. wawa singgah follow..")

    ReplyDelete
  12. Nice Idea kak Nora..berguna utk surirumah kat luar sana..kekadang kertas tak guna like surt khabar lama bole recycle balik bt lapik buntut periuk/kuali..hehehhehe

    ReplyDelete
  13. kt putrajaya dh tampal notis..tp sy xikut pun lagi..hihi..

    ReplyDelete
  14. Bagus jugak idea awak ni NK.....tengok kotak A4 paper yg dah ready tu pun okje dah rasa teruja nak asingkan sampah hihi.....
    Tak sabar rasanya nak komot komot kertas....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...