Nuffnang Ads

Agoda Ads

Friday, September 18, 2015

Perkongsian Jumaat: Terjemahan Surah Al-Kahfi: Ayat 49

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam Penghulu Hari,

Play Store: BAYAN QURAN

Terjemahan Surah Al-Kahfi, ayat 49:
Lalu diserahkan suratan amalan masing-masing untuk ditimbang. Ketika itu, orang yang berdosa, mukanya pucat lesi, takut melihat suratan amalan yang mereka sudah dapat meneka kandungannya. Bisik hati mereka: Apakah begini lengkap catatannya, sehingga tidak meninggalkan sedikit pun amalan yang aku buat? Semua tercatat dengan jelas. Demikianlah caranya Allah menunjukkan keadilanNya supaya tiada yang boleh menuduhNya zalim.

Peringatan buat diri sendiri:
Setiap amalan baik mahupun buruk, amalan kecil mahupun besar, amalan tersembunyi mahupun nyata, segalanya dalam pengetahuan Allah SWT. Segalanya dicatatkan selengkap-lengkapnya tanpa ada yang tertinggal... Allahurabbi... (T_T)


Nota kaki: Sudahkah kita membaca Surah Al-Kahfi hari ini? Jika tidak juga punya masa untuk baca, dengarlah melalui MP3/YouTube/Aplikasi Quran. Moga ini juga menjadi amalan kecil untuk dicatatkan dalam buku amalan kita... InsyaAllah. Amin.  

17 comments:

  1. Jadikan renungan bersama.
    Kakak memang setiap malam jumaat selepas ajar bebudak mengaji kakak akan baca suroh Al-Kahfi ini NK. Moga Allah beri kakak kekuatan dan kesihatan yg baik utk terus istiqomah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak... saya terkadang pun tertinggal juga... moga saya juga turut istiqomah...

      Delete
  2. jadikan amalan membaca surah ini pada hari jumaat kerana menurut yg alim keselamatan n urusan kita terjaga insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. Moga kita semua tidak lupa amalkan baca surah ni tiap mlm@ hari jumaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... moga kita dilapangkan masa utk ini...

      Delete
  4. nice sharing.. salam jumaat yang penuh barakah... amalan sunnah amalkan surah al-kahfi setiap jumaat

    ReplyDelete
  5. tq dik kongsi kan kat sini agar sama2 kite dapat menfaatnye....

    ReplyDelete
  6. Tq berkongsi ilmu ni...insyaAllah akn jd amalan

    ReplyDelete
  7. Terimakasih share,sama2lah kita jadikan amalan .

    ReplyDelete
  8. Tq kerana mengingatkan NK....lama tak baca Surah Al Kahfi ni sebenarnyan.....susahnya nak istiqomah.... . Huhu sedih dgn diri sendiri sebenarnya.....Insyaallah kena pasang azam nampaknya lepas ni...

    ReplyDelete
  9. Bagus perkongsian ini...
    Singgah dari blogwalking emas putih....

    ReplyDelete
  10. Terima kasih utk peringatan ini :)

    ReplyDelete
  11. tq kongsi

    azney singgah BW dari segmen Emas Putih :)

    http://www.azneyshamsuddin.com/

    ReplyDelete
  12. lama dah ni x baca =( huurm..
    bila jadikan alasan bizi mmg xleh diterima kan.. slalu je pop up naik reminder kat hp tpi buat dono.. huurm..

    ReplyDelete
  13. Tak cukup istiqamah lagi. Kalau nak diikutkan sibuk, sampai bila pun tak habis sibuknya. Kalau tak sibuk di pejabat, sibuk di rumah pula. Makanya sibuk bukanlah alasan yang baik, kan!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...