Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Wednesday, September 23, 2015

Kecelaruan Bahasa (^_^)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah, kami sekeluarga telah pun sampai di kampung encik hubby dengan selamatnya lewat petang semalam.

Sepanjang jalan adakalanya hujan lebat, adakalanya renyai. Kelihatan juga beberapa kemalangan berlaku mungkin disebabkan jalan licin. Untuk rakan-rakan yang akan pulang ke kampung, tak kira dekat ataupun jauh, pandulah kereta berhati-hati. Biar lambat, asal sampai dengan selamat.

Apa yang saya nak cerita adalah tentang Faris dan Alisya. Seperti yang saya beritahu dalam entri sebelum ni, mereka sangatlah seronok bila cakap akan beraya di kampung. Raya Aidilfitri hari tu, kami tak dapat nak balik kampung sebab encik hubby kerja. Jadi kami balik la Raya Haji ni...

Ahad lepaskan kami menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di Serting, Negeri Sembilan. Ahad tu Faris dan Alisya dengar la loghat Nismilan. Balik tu dapat la sebut, "apo kono ea jang?!" 

Tiba-tiba hari ni mereka dengar loghat Ganu pula. Sampai-sampai di rumah Tok De ni, jumpa la seorang budak kecil (encik hubby kata, budak tu dua pupu Faris dan Alisya). Macam biasalah kan, budak-budak kecil ni mudah berkawan. So, main sama-sama sampai berpeluh-peluh.

Masa nak pakaikan Alisya baju, saya tanyalah apa nama kawan Alisya tu? Alisya cakap, "tak tahu la Alisya tak faham dia cakap apa... dia cakap nama dia ipang ke... ifang."

Yang mamanya ni pun lupa sedang berada di Terengganu. Saya pun jawablah, "takkan la namanya pang... Alisya tanya la betul-betul." 

Lepas makan, sambil tengok tv terdengar Tok De nya panggil budak tu, minta ambilkan remote tv. Terus Faris tanya apa nama dia?! Tok De nya jawab, "Ifang" Faris tah berapa kali cakap "Ha? Ha apa?" Lepas tu Tok De sebut perlahan-lahan, "IRFAN."

Terus saya tergelak... betul la Alisya cakap tadi... nama budak tu ipang/ifang, sebab Ganu ada "g" belakang... 

Alisya cakap... "cikgu Alisya cakap Klate (gapo dio), kampung mama cakap Nismilan (apo kono ea jang), kampung abah pulak cakap Ganu (Ifang). Pening Alisya!"

"Ha... ni baru Malaysia!" jawab saya... (^_^)


Nota kaki: Selamat Hari Raya Aidiladha semua. Jaga diri baik-baik ya!


18 comments:

  1. Replies
    1. Kesian gak benornya... hahaha bila dok ganu ni, tah berapa kali faris dok "ha?" "Apa?!"

      Delete
  2. irfan terus tuka jadi ifang...kalau akak pon keliru kot....kikiki....tapi macam mana beza pon cara percakapan negeri lain akak suka je...selamat raya korban dik alhamdulillah dah selamat sampai kampong...akak esok baru gerak mintak2 jalan tak jem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak.. sama la saya pun suka dgr loghat negeri... walaupun kadang2 tak ku paham... husband saya nama irwan... masa mula2 kenal pelik betul kenapa org panggil iwang.. hahahaha tapi saya mmg jarang sgt dgt husband ckp ganu... bila blk kg la baru dgr....

      Moga perjalanan akak selamat... salam aidiladha kak... (^_^)

      Delete
  3. Hihihi dah sampai Ganu, hujung tu ada dengung sikit :)

    ReplyDelete
  4. haha kesian alisya kompius dia hihi, salam aidil adha buat Nora sekeluarga :)

    ReplyDelete
  5. Alash kesiannya Alisa....
    Salam aiduladha dari Bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha memang kesian dia... salam aidiladha bunda...

      Delete
  6. Selamat aidi adha buat keluarga Nora Karim

    ReplyDelete
  7. Sama nasib dgn Irfan saya... Duk teganu jadi IPANG, bila balik kelate jadi IPE.... kesian pula kat dia nak kena betulkan yg nama dia bukan IPANG or IPE...

    Hahaha, kiutnya Alesya bila kata dia konfius... Nasib baik tak pergi kelate... lagi bertambah pening dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kan?! Kesian irfan... tak pasal2 bunyi namanya lain... heheh

      Delete
  8. ini boleh tepok dahi.. hahaha.. dlu CT duduk kat kerteh tau 2 tahun.. time baby2..
    bila ayah mak citer balik.. punyaaaalah syukur dah pindah penang.. sebab tamo cakap ada slang sana.. tp skarng ni da besaq.. dapat nilai da.. tu dulu mentality budak2..

    ReplyDelete
  9. Haha.....kelakarlah!!
    Kalau kita jadi budak harus pening jugak tu NK...

    ReplyDelete
  10. Hahaha! Memang kelakar. Yalah, dalam negara pun selalu aje boleh berlaku kecelaruan bahasa. Pernahlah masa saya kecil dulu sebaya Faris kot. Datang KL pergi kedai runcit dekat dengan rumah sewa kakak. Saya pun selamba minta 'Lada hidup'(cili merah). Jawab peruncit tu - 'Kat sini semua lada dah mati, Dik! Takda yang hidup!'

    Nyampah tau kita....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...