Nuffnang Ads

Agoda Ads

Thursday, December 22, 2005

Second Peritoneal Dialysis..

Hari ni mak masuk spital lagi tuk 2nd peritoneal dialysis... Kata doktor kena duk wad dlm 3 hari... Kami adik beradik dah naik pening berurusan dgn doktor2 HUKM tuh... Yg sorang ckp gini.. yg sorang ckp gitu... x tau nak ikut ckp sapa...

Semalam saya dgn abg Zaini anta mak utk ujian darah (mmg arahan doktor sebelum ni.. ujian darah akan dilakukan seminggu sekali.. sehingga la tarikh kitaorg anta semalam...) Bila result darah kuar... doktor ckp mak kena tahan wad... sebab toksin dalam darah dah byk + kaki mak dah bengkak (menandakan air dah turun ke kaki dan terpaksa dikeluarkan)... bila mak ckp tak nak masuk wad... doktor PELATIH tu mula takutkan mak... Katanya kalau tak masuk wad, bila2 masa je mak boleh koma dan masuk ICU... (rasanya sorang doktor yg profesional tak guna helah cam tuh tuk pesakit masuk wad!)

Tetiba lak dia ckp... "Siapa yg suruh makcik asik ambil darah je? Makcik ingat dgn selalu ambil darah, buah pinggang makcik boleh baik ke? X makcik... buah pinggang makcik dah rosak teruk..." - masalahnya, sejak mak kuar wad (2 bln lps), doktor (pelatih yg lain) ckp mak kena buat ujian darah sekali seminggu SEHINGGA DIBERITAHU PLAN SETERUSNYA... Ni la masalahnya bila ramai doktor yang jaga sorang pesakit... doktor pelatih pulak tu...!! Mmg menyakitkan hati!!

Kami pun masa tu dipaksa untuk segera melakukan pembedahan untuk memasukkan fistula atau tank (CAPD).. kami digesa utk memberikan jawapan dengan segera... Kaedah memasukkan fistula mmg saya dah study.. CAPD saya pernah terbaca.. tapi baru semalam dgr doktor tu sebut.. terus saya minta dia jelaskan dengan lebih terperinci ttg kaedah CAPD...

Selama lebih kurang 30 jam kami dok dgr pasal CAPD... habis je sesi tu.. doktor tanya nak buat yg mana? Fistula or CAPD..?? Berdasarkan penerangan tadi.. saya rasa kaedah CAPD nampak lebih mudah berbanding fistula... apa pun saya ckp kat doktor tu... saya nak berbincang dgn adik beradik dulu + study pasal CAPD + kena jugak tanya tuan empunya badan yg nak jalani pembedahan tu... (mak)...

Tapi hari ni lain pulak ceritanya... mak nangis2 tepon saya & bg tau yg seorang doktor lelaki (semestinya pelatih) yg marahkan mak bila mak ckp, mak lebih prefer nak buat CAPD... tak nak buat fistula... Dia ckp mak tak boleh buat CAPD... tapi MESTI buat fistula... Bila tanya apa alasannya, dia ckp sebab mak ada masalah mata (laser mata)... Then mak ckp.. mak akan decide kemudian sebab nak bincang ngan kitaorg... terus doktor tu naik angin & ckp.. "Kalau makcik degil (xnak masukkan fistula)... makcik balik je la rumah.. saya boleh lepas tangan..." Yg peliknya... apsal dia nak angin satu badan bila mak x nak buat fistula...

Mlm tu lepas keje... saya trs ke HUKM & tanya doktor (kebetulan mlm tu shif doktor lain)... Bila saya cite balik apa yg doktor laki tu ckp kat mak... doktor tu ckp... "Eh, tak de.. kita mmg akan bagi kelonggaran pada pesakit untuk pilih kaedah mana yang lebih selesa... kita xkan paksa.." (dah lain pulak!) - SO MANA SATU NAK CAYA NIE?!?!

Further info on CAPD

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...