Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label GA. Show all posts
Showing posts with label GA. Show all posts

Saturday, October 03, 2015

Terima Kasih, Ciksu! (^_^)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah, hadiah GA yang saya menang dari blog CikSu, dah pun selamat saya terima. Alkisahnya saya join giveaway anjuran CikSu ni, tak sangka la pula menang... Saya menang pun atas undian kedua... Sebab yang kali pertama tu, nama saya memang tak naik... Tapi tu la orang kata, kalau dah rezeki tak ke manakan? Walaupun yang saya menang tu hadiah saguhati... Tapi sakan juga saya berebut dengan Alisya hadiah tu... Mujur ada dua, kira saya punya satu, Alisya satu la... (^_^)

Apapun saya nak ucapkan terima kasih pada CikSu atas hadiah yang comel ni... Moga CikSu sekeluarga sentiasa dalam keadaan sihat walafiat, dan didoakan juga agar Ciksu sentiasa dimurahkan rezeki... InsyaAllah. Amin...



Nota kaki: Pssst... Saya juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Yana Yani. Kenapa? Biarlah rahsia... hahaha

Wednesday, February 05, 2014

IntaNBerlian Mega Giveaway 2014

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ngelat hantar dan ambil anak-anak dari sekolah hari ni... Hehehe... Encik hubby off, makanya saya menghadap lappy. :p Adilkan saya pun nak off...  (tapi masak dan kemas on sokmo... huhuhu)

Nampak ramai blogger buat GA... So, saya nak meraikan GA anjuran rakan blogger Ina a.k.a IntaNBerlian. Sesiapa yang ada kesempatan, boleh la join dan meriahkan lagi GA ni... :D  

Good luck juga kepada semua yang join GA yang sama... Moga ada la tempias-tempias rezeki kita... Amin... (^_^) (Alisha, sila cabut undi blog auntie Nora yea... hahaha) Untuk join, sila klik pada banner:

 http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2014/02/intanberlian-mega-giveaway-2014.html

Syarat Penyertaan:-

1) Blogger yang menetap di Malaysia/mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerlian Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry 
(ada syarat ke-5 & 6, sila rujuk blog penganjur... >_<  )

TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Saturday, July 27, 2013

Raya Giveaway by Tupperware Kiyter #2


Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Salam 13 Ramadhan rakan bloggers (^_^),
Teringin nak berkongsi kegembiraan bersama rakan bloggers yang banyak memberi sokongan pada bisnes Tupperware yang saya ceburi secara serius sejak 2 bulan lalu. 

Ada yang baik hati, LIKE Facebook Tupperware Kiyter... Ada yang tolong promote pada kawan-kawan... Ada yang buat entri khas dalam blog masing-masing... Semua usaha anda tu saya ucapkan ribuan terima kasih... Saya mungkin tak mampu nak balas jasa baik anda semua... Namun bantuan anda semua amat-amat saya hargai... Ada rezeki lebih, saya berikan anda hadiah ya! In sha Allah...

Sempena nak memeriahkan kedatangan Syawal tak lama lagi... Saya dan team Tupperware Kiyter amat berbesar hati menganjurkan RAYA GIVEAWAY

Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Luncheon Plates (4) dan Tumbler 230ml (4) ini secara PERCUMA, sila tinggalkan perkataan @Tupperware Kiyter di ruangan komen di Facebook ini, sebagai tanda penyertaan. 



Penyertaan dibuka bermula hari ini, 22 Julai 2013, Isnin hingga 27 Julai 2013, Sabtu, jam 11.45 malam.

Pemenang akan ditentukan melalui cabutan undi team Tupperware Kiyter. In sha Allah pemenang akan diumumkan pada 29 Julai 2013, Isnin depan

Selamat mencuba! (^_^)Y

* * *

Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25%-30% sebagai ahli  
(atas barangan Tupperware (25%), NatureCare, Nutrimetics, TupperClean) 
dengan yuran keahlian hanya RM70.00
Juga nikmati pelbagai lagi keistimewaan lain.


Call/SMS/Whatsapp: Nora: 0193441384 / Kamarul: 012-6526556
Jom Sertai Kami! ^_^

Tuesday, April 23, 2013

Maera Ismail Giveaway 2013

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Rasa terpanggil untuk join GA ni... Kalau rakan-rakan blogger nak join juga, boleh klik banner. Penyertaaan dari 5 April 2013 hingga 9 Mei 2013. Wish me luck! ^_^




Wednesday, March 27, 2013

Giveaway: Edy 3 Destinasi

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Disebabkan saya ni peminat fridge magnet, maka saya join giveaway by Edy Zaidi ni. Sesiapa yang berminat dengan FM juga boleh join... Mana tahu ada rezeki menang salah satu dari FM di bawah ni... (^_^) 

Tarikh tutup penyertaan 3 April 2013.


 







Wednesday, March 13, 2013

Mini Giveaway #2

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Dalam usaha saya dan suami untuk perbaiki diri, dan sempena ulangtahun ke-7 perkahwinan kami... Saya ingin menganjurkan Mini Giveaway #2. Seorang pembaca bertuah blog ini akan saya hadiahkan buku SIAPA ALLAH DI HATIMU?, terbitan Must Read Sdn Bhd. Buku susunan Ibnu Rijal, membawakan beberapa kisah yang menyentuh hati tentang kelalaian dan kealpaan manusia dalam mengingati Allah. (Memang tersentuh masa baca buku ni... kadang-kadang bergenang air mata... sesungguhnya masih banyak kelemahan dalam diri saya...

Seperti apa yang tertulis di belakang kulit buku:

DIA...
Kita berbicara tentang DIA,
Kau berdiri di bumi, tuhanmu tetap DIA,
Kau terbang di awanan, tuhanmu tetap DIA,
Kau berlari ke utara, kau merenung ke selatan, tuhanmu tetap sama, DIA,
Kau mentadbir siang dan memenuhi malam, kedua-duanya bersama tuhan itu juga, DIA,
Nendamu pada zaman silam, warismu pada masa hadapan, semuanya hamba tuhan yang sama, DIA,
Dunia pun DIA lah tuhan, akhirat nanti DIA tetap tuhan,
Dikau bertakwa pun DIA tetap tuhan,
Dikau derhaka pun DIA masih tuhan,
DIA tidak bergantung kepadamu, namun dikaulah yang sangat memerlukan DIA,
Lantas, siapa DIA di hatimu?  

Untuk penyertaan sila tinggalkan link blog anda di bawah entri ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 13 Mac 2013, Rabu, jam 11.59 malam. Senarai peserta akan saya keluarkan pada 14 Mac 2013, Khamis. Oh ya, giveaway kali ni saya akan minta tolong Encik hubby untuk cabut undi... 

Oh lagi satu... Kalau ada silent readers / anonymous ( kalau ada... :p ) yang tak punya blog dan akaun Gmail, tapi nak sertai giveaway ni, boleh tinggalkan Nama dan Email address di ruangan komen untuk penyertaan. Terima kasih... (^_^)



Tuesday, March 12, 2013

5th Anniversary Mini GA by Pink Ummi

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tertarik dengan hadiah yang ditawarkan oleh giveaway yang dianjurkan Pink Ummi, maka saya pun nak join... Kepada sesiapa yang juga berminat boleh klik pada header Pink Ummi ni ya... 



Hadiah-hadiah adalah seperti berikut:

Pertama: Cardigan labuh + tudung
Kedua: Tudung + kerongsang
Ketiga: Inner neck + kerongsang
Saguhati: Kerongsang x 3 pemenang

Jom cuba nasib... Mana tahu ada tuah... 



Friday, March 01, 2013

Mini Giveaway #1: Pemenang

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Alhamdulillah... Faris dah pun membuat cabutan undi untuk Mini Giveaway #1... Sebelum dia cabut undi tadi, dia baca doa lebih kurang macam ni... "Ya Allah, semoga apa yang aku pilih ini yang terbaik." (terkejut sekejap saya.. sebab saya suruh dia baca Bismillah je... tapi dia terus angkat tangan dan baca doa tu...) Tiba-tiba sejuk je rasa perut ni... (^_^)

So, nama yang dicabut oleh Faris tadi adalah milik:

Faris excited, tak sabar nak buka...
Taaraa... inilah pemenangnya...

Blog milik Ina a.k.a IntaNBerlian

Tahniah buat Ina dan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi join Mini Giveaway #1 ini... InsyaAllah, kalau ada peluang saya buat GA macam ni lagi... (^_^)

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...