Nuffnang Ads

Agoda Ads

Saturday, December 15, 2018

Suri Rumah Juga Perlu Waktu 'Bertenang'

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Para peserta Bengkel Penulisan
Komrad Buku

"Kak, kau dah pandai menulis... tapi kenapa kau masih pergi bengkel penulisan?" kata seorang rakan berpangkat adik pada saya.

"Saja... tambah ilmu," jawab saya ringkas.

"Aku tengok kos pergi bengkel ni bukan murah kak. Yang ni RM100 yang hari tu kau pergi RM350 kan? Yang 'online' hari tu pun ratus-ratus juga harganya. Tu belum masuk 'e-book' penulisan dan buku-buku yang sekali sekala kau borong bukan main banyak tu. Kau kan tak kerja, macam mana kau bayar, kak?"

Lalu panjanglah perbualan kami bercerita tentang itu ini, begitu begini.

Rasanya tak ada apa yang pelik bila seorang suri rumah tidak bekerjaya melakukan apa yang dia suka.

Contoh pergi bercuti bersama rakan-rakan baik, menghadiri seminar atau bengkel, malah membeli apa yang disukainya.

Tujuannya satu.

Hilangkan stres!

Tugas seorang suri rumah ni, sama beratnya dengan mereka yang bekerja. Jika orang yang bekerja memberikan 'reward' kepada diri sendiri sebaik dapat gaji, samalah seperti kami.

Tak ada beza pun.

Cumanya yang bekerja boleh beli atau lakukan terus apa yang dihajati sebaik dapat gaji bulanan. Tapi kami, kena bersabar dan menyimpan sikit-sikit.


Macam saya, minat saya lebih kepada penulisan dan buku. Jadi saya simpan sikit dari pemberian suami setiap bulan.

Kadang-kadang RM50, kadang-kadang RM100, kadang-kadang RM200 ikut berapa yang saya mampu simpan untuk bulan tersebut.

Saya tak membeli sangat baju baru, seluar baru, tudung baru, 'handbag' baru atau apa sajalah yang baru. Selagi semuanya masih elok, maka itulah dipakai sampai betul-betul rosak.

Yang penting adalah keperluan rumah dan keperluan anak-anak. Keperluan sendiri tu boleh 'adjust' ikut masa yang bersesuaian.

Biasanya saya akan membeli sesuatu yang saya suka hanya apabila ada jualan murah.

Contohnya, untuk belian pukal atau borong buku-buku, saya tunggu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Big Bad Wolf atau jualan gudang 'online' dari rumah-rumah penerbit. Memang jimat banyak.

Penting ke untuk suri rumah buat apa yang dia minat?

Sangat penting!

Kalau tak nak stres, maka uruslah masa agar dapat buat apa yang kita minat. Suami pun kenalah bertolak ansur. Beri masa dan peluang untuk isteri 'refresh' daripada rutin harian.

Suri rumah juga perlu waktu bertenang...

Macam mana nak bertenang?

Buatlah apa yang kita suka.



Nora Karim
Suri rumah tak bergaji.

12 comments:

  1. ya laa kan.. suri rumah pn ada perasaan.. sesekali nk 'me time' jg kn kak?๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  2. betul tu kak, suri rumah ke yg kerja ke ttp perlukan masa utk dia buat apa yg dia mahu... sesekali nk jgk lari dr kerja, lari dr jd suri rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat tu. Letih juga bercakap dengan periuk belangakan.. Sekali sekala dapat keluar dan tambah ilmu memang lega rasa.

      Delete
  3. Betul tu, akk pun setuju...��
    Perlu masa utk diri sendiri dan buat apa yg kita suka supaya hidup x stresss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... lama-lama dekat rumah pun tepu rasanya. ๐Ÿ˜…

      Delete
  4. Betul tu sis..'me time' perlu untuk release stress

    ReplyDelete
  5. bestnye....btul, setiap org ada kesukaan dia sendiri dan jika dapat yang disuka itu, boleh hilangkan stress...

    ReplyDelete
  6. ya utk diri sendiri org lain cara lain ye tak

    ReplyDelete
  7. Betul tu sis. Sempat jd surirumah almost 2 years cari hobi utk hilangkan bosan dn stress dgn menjahit, baca novel, meniaga on9 dn review.
    Salam perkenalan sis. Jemput singgah blog kami www.diariashmira.blogspot.my

    ReplyDelete
  8. Setuju sangat tu NK... nak jugak ber me time kan. Kalau dpt suami sporting oklah...

    Pandai menyimpan awak ye NK... Bagus! Hakak pulak jenis suka beli baju... Asal dpt duit hujung bulan nampak baju cantik, beli, asal berkenan tudung, beli...Asal teringin nak makan, makan .... Sudahnya belum sampai hujung bulan duit
    dah habis

    ReplyDelete
  9. Suri rumah dan wanita berkerja.. Kedua-duanya punya stress.. Walaupun berbeza tapi tetap ada.. Kena ada waktu me time ni.. Untuk release stress..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...