Nuffnang Ads

Agoda Ads

Friday, December 07, 2018

Bahagianya Mereka...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Beberapa hari lepas, kami bersarapan di restoran Mamak. Teringin nak makan tosei kosong. Faris dan Alisya pun kata nak makan puri dan roti canai telur.

Selesai memesan makanan, saya memerhati sekeliling restoran. Tiba-tiba saya tertarik melihat sebuah keluarga di sebelah kiri meja saya.

Sepasang suami isteri bersama tiga orang anak, dua orang lelaki berusia dalam lingkungan lapan dan lima tahun. Dan seorang lagi bayi perempuan dalam lingkungan lima atau enam bulan.

Bayi perempuan tersebut di ribaan si suami. Sambil dua anak lelaki tadi sedang mengagah dan bermain "peek-a-boo" dengan adik perempuan mereka. Terkekek-kekek si adik ketawa. Comel sangat, melihat keakraban mereka adik-beradik.

Saya perhatikan di atas meja mereka.

"Eh, si ayah belum makan lagi," bisik saya dalam hati. Di depannya ada sekeping roti canai yang belum terusik.

Isterinya sedang perlahan-lahan makan nasi goreng. Anak-anak lelaki tadi sudah selesai makan, walaupun makanan di dalam pinggan masih berbaki.

"Bagusnya suami dia... dia beri si isteri makan dulu, sementara dia meriba anak mereka yang kecil."

Saya masih asyik mencuri pandang pada mereka sekeluarga. Seronok sangat melihat mereka.

Si isteri makan dengan sangat perlahan. Mungkin kerana nasi goreng masih panas. Tapi si suami sedikit pun tidak berbunyi atau menyuruh isterinya cepat.

Dibiarkan isterinya menikmati makanan itu, sementara dia dan anak-anak lelakinya bermain dengan si kecil.

Sebaik isterinya selesai makan, barulah suami  makan. Bayangkan roti canai yang telah lama di depan matanya, baru dikunyah. Dah tentu sedikit liat, tidak segaring ketika mula-mula sampai di atas meja itu.

Tetapi kerana kasihnya kepada isteri, dia memberi laluan kepada si isteri untuk makan dahulu sementara dia menjaga bayi mereka yang kecil.

Subhanallah, bahagia sangat keluarga tersebut. Bahagia, rapat, akrab.

Saya doakan keluarga itu sentiasa diberkati oleh Allah. Semoga pasangan suami isteri dan anak-anak mereka, terus berkasih sayang sampai ke syurga.

*****

Situasi seperti ini sangat sukar dilihat. Selalunya, si isteri yang akan "berperang dengan anak-anak di meja makan".

Biasanya suami makan tanpa kisahkan anak-anak, dan apabila selesai makan, diajaknya pulang. Sedangkan si isteri masih belum habis makan.

Nora Karim
Dikurniakan sebuah keluarga bahagia juga nikmat.

7 comments:

  1. betul tu, selalunya isteri yang busy jaga anak sampai tak sempat nak makan. Bukan selalu dapat tengok suami pentingkan anak isteri dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat. Saya jarang-jarang tengok. Sebab tu bila nampak depan mata, rasa 'alahai, sweetnya...'

      Delete
  2. Betul.. Sangat beruntung si isteri. Syukur juga, suami ku pun begitu :)

    ReplyDelete
  3. kadang seronok tgk gaya2 perwatakan manusia2 kalu kita mkn kt kedai mkn kan kak... tp kan sgt jarang sya nampak gelagat mcmni... selalunya yg biasa dana nampak anak2 sibuk layan anak sedangkan laki sedap2 mkn sambil tgk hp...
    kadang mcm nk amik gambar n viralkan je...

    kita ni tak la ckp laki kita baik ke apa, tp nsbla dr aiyan kecik mmg dia akan suruh dana mkn dulu, ni aiyan dh bsr pun dia yg akan suap aiyan mkn... kih3....

    ReplyDelete
  4. ya akak jarang tgk pasangan suami isteri mcm tu.. bahagia kalau dpt tgk

    ReplyDelete
  5. Susah nak jumpa suami yang bertindak begitu.. Alhamdulillah.. semoga keluarga itu terus bahagia.. Aamiin..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...