Friday, December 02, 2011

Rara Zikry Dalam Kenangan...

Assalamualaikum & salam ziarah...

Ketika entry ini ditulis, jam telahpun menunjukkan pukul 3 pagi... (saya tak boleh tidur sebab sakit tekak, batuk dan selsema...) So saya menghabiskan masa dengan marking sambil melihat status2 di timeline Twitter saya melalui henpon... 

Dalam jam 1 lebih saya ada terbaca status SyuHoney tentang Rara Zikry telah meninggal dunia jam 8.30 pm (ada juga info yang kata arwah meninggal jam 10 pm) di Sunway Medical Center... (Innalillahi wa inna ilaihirojiun... terus saya terfikir, siapa Rara Zikry ni...?? Artis ke??) Saya terus Google tentangnya... disebabkan skrin henpon kecil sangat, so saya pun keluarkan lappy dan terus research... (oh, mujur saja anak2 sedang lena dibuai mimpi...)

Rara Zikry bukanlah di kalangan artis... dia cuma insan biasa, yang melalui kehidupan yang juga biasa... Seorang pelajar Lim Kok Wing, jurusan Interior Design... Umurnya baru 23 tahun... Muda lagi...! Dan Rara sangat cantik... Dari raut wajahnya, dari timeline Twitter rakan baiknya (@QalishaRay), dari blog-blog yang saya baca... saya berpendapat Rara seorang yang baik hati dan sangat disayangi oleh orang yang berada disekelilingnya... 

Sedih... rupanya penderitaan yang ditanggung Rara Zikry sudah agak lama...  Allahyarhamah Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri (itulah nama sebenarnya), pernah koma selama dua bulan, setelah diserang penyakit asma ketika sedang beriadah (ada yang kata ketika arwah sedang berbasikal, ada juga yang kata arwah sedang berjogging)... Sebaik sedar dari koma, kondisi arwah sangat tidak memberangsangkan... Disahkan menghidap 'Hypoxic Ischaemic Encephalopathy' (kekurangan oksigen ke otak) Arwah tidak boleh bercakap, tidak boleh bergerak...  :-(

Kisahnya menjadi perhatian media massa kerana ibubapanya, saudara mara, sahabat handai telah mewar-warkan kisah penderitaan Rara melalui Facebook, Twitter dan ramai juga rakan-rakan blogger yang menulis tentang arwah bagi meminta bantuan kewangan untuk menanggung kos perubatan dan rawatannya di hospital... 

Serius, saya tak pernah baca, dengar dan tahu akan cerita tentang Rara Zikry sebelum ni... Saya baru 'mengenalinya' dan ketika ini, dia sudah tiada... Apa yang saya mampu lakukan adalah mendoakan agar roh Allahyarhamah Zarith Nadhira dicucuri rahmat dan moga Allah menempatkannya dalam golongan orang yang beriman...  

Info dari @QalishaRay, jenazah akan disolatkan di Masjid SS19 esok (hari ni 2 Disember) jam 10 am... dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21 sebelum solat Jumaat... Mohon sesiapa yang berdekatan untuk menziarah Allahyarhamah Zarith Nadhira... Al-Fatihah...


Nota kaki:
Hebat bukan?! Memang benar internet berfungsi tanpa sempadan... Ruang inilah yang telah merapatkan 'hubungan' sesama manusia... Kita cuba meringankan beban, kita cuba berkongsi suka dan duka, kita berkongsi pengalaman, kita berkongsi ilmu dan sebagainya... (dan saya semakin sayangkan dunia blogging serta rakan-rakan blogger di luar sana... anda telah banyak mengajar saya.. dalam pelbagai cara... saya amat menghargainya...) Terima kasih... Saya sayang anda semua yang bergelar BLOGGER! <3 <3 <3






31 comments:

  1. AL-FATIHAH. Semoga rohnya ditempatkan bersama org yang beriman. muda dan cantik. tu la. bila ajal nk dtg, dia tetap dtg . cik tikah pun bru kenal pasal dia ni.

    ReplyDelete
  2. al fatihah buat arwah...

    saya pon baru tahu pasal rara hari ini selepas one of my fren cite di wall facebooknye...

    yes, she is sooo beautiful n i think very active person n hepy go lucky..for sure her close frens n family sngt rindukn die...

    oooh, i can feel it coz sy pon da kwn rapat yg periang n aktif spt rara yg tlh pergi selamanya...;(

    ReplyDelete
  3. al fatihah buat arwah...

    saya pon baru tahu pasal rara hari ini selepas one of my fren cite di wall facebooknye...

    yes, she is sooo beautiful n i think very active person n hepy go lucky..for sure her close frens n family sngt rindukn die...

    oooh, i can feel it coz sy pon da kwn rapat yg periang n aktif spt rara yg tlh pergi selamanya...;(

    ReplyDelete
  4. As salam,

    Salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Rara Zikry sekiranya mereka membaca entry anda ini.

    Benar dunia maya tanpa sempadan memungkinkan kita berhubung dgn nawaitu yang murni.

    Semoga kita sama-sama memanfaatkan ruang siber ini bagi tujuan yang murni, Insya Allah.

    ReplyDelete
  5. Cik tikah: tu la... baru kenal arwah... tu pun sebab nama dia kerap appear di timeline sejak tgh malam tadi...

    ReplyDelete
  6. fizanur & kami: innalillahiwa innailaihirojiun... sedihkan?!

    ReplyDelete
  7. Fuadah (angah): Ye.. moga kita sama2 memanfaatkan teknologi untuk perkara2 yg baik... seronok dpt terjah blog anda juga!!! :P

    ReplyDelete
  8. innalillah.alfatihah buat arwah..smga roh dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  9. madam, kisah rara ni pernah masuk nona, episod keberapa tah tak ingat, tapi kalau tak silap masa episod tuh ada pasal mutiara. madam carik lah kat tonton.com, seriously sedih tengok. :'(

    tak sangka dia dah pergi. masa kat nona tuh dengar suara dia yang meronta memang mengalir air mata lah di buatnya

    ReplyDelete
  10. AL-FATIHAH.
    Mula2 trtanya gak sapa ni..
    Pastu dah baca2 ok dh tau.. So sad..
    Tp arwah sangat cantik :)

    Smoga dia tenang disana...

    ReplyDelete
  11. Al-Fatihah..semuga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..masih muda & cantik org..dari allah kita datang dan kpdnya kita akan kembali..

    ReplyDelete
  12. Lany: dah tgk, mmg sedih... Moga dia tenang di sana...

    Lily & mama aini: kita yg masih hidup nilah yg kena doakan arwah moga ditempatkan di kalangan org yg beriman... anyway, thanks sudi singgah sini...

    ReplyDelete
  13. innalillahiwa innailaihirojiun...
    semoga arwah dtempatkan dikalangan orang-orang yang soleh, aminnn...

    ReplyDelete
  14. setiap yang hidup pasti akan mati..urm

    ReplyDelete
  15. Al-Fatihah.
    moga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman.

    p/s: jgn ingat malaikat maut tak ambil nyawa kita masa muda ni. masa muda la kena beringat.

    ReplyDelete
  16. cantiknya dia... semoga tenang dia di sana.. amin

    ReplyDelete
  17. innalillah wainnailaihi rajiun.
    kita juga menunggu masa utk dipanggil Allah cuma tak tahu bila.

    ReplyDelete
  18. Thanks bloggers... moga doa2 kita ini sampai kepada arwah... InsyaAllah... kepada semua... Thanks sudi singgah di blog saya... Moga anda semua berada dalam lindungan Allah s.w.t.. Amin..

    ReplyDelete
  19. yup same with me ..
    tak kenal dgn arwah ..
    bila dah meninggal baru tau ..
    tapi tak banyak cerita yg sy tau

    ReplyDelete
  20. tu pic die? memang cntikk..
    al-fatiha utk arwah

    ReplyDelete
  21. Cik Katun: tu mmg gambar dia... comelkan dia... hm... Al-Fatihah

    ReplyDelete
  22. al fatihah buat arwah walaupun arwah sudah pergi hampir setahun yg lalu, moga rohya di tempatkan dikalangan mereka yg beriman

    ReplyDelete