Friday, March 30, 2012

Saguhati Pun Tak Pe...

Bismillahirahmannirrahim...
Assalamualaikum & salam ziarah,

Entry ini telah sebulan lebih diperap dalam draft. Baru hari ni berkesempatan update. Itupun setelah saya berkesempatan menonton sendiri video adik saya dalam pertandingan Maybank Idol 2012, yang diadakan di PWTC pada 25 Februari lalu (melalui pendrive miliknya)

"Yap dapat saguhati je..." SMS yang saya terima dari kakak saya lewat malam 25 Februari tu. (Oh, Yap adalah nama manjanya :P nama betulnya Mohd Ashrap... dan rakan-rakan memanggilnya Bob)


"Ala tak pe la... saguhati pun... Ada hadiah tak saguhati?" reply saya pada kakak saya.

"Dapat duit RM500," balas kakak saya ringkas.

"Oh... ok sangat la tuh... Ok apa... Dah la dapat sponsor tidur hotel bagai... layanan macam artis, pergi kelas vokal... perform depan orang ramai lagi... dewan PWTC pulak tu... Ok la tuh..." reply saya panjang lebar. 


Monday, March 26, 2012

Farah Alias Nak Review Belog Saya


Bismillahirrahmannirrahim…
Assalamualaikum & salam ziarah,


Tiba-tiba terasa nak join segmen Farah Alias ni... Kalau bernasib baik, dapat direview oleh seseorang best juga... Boleh la kita perbaiki lagi blog kita ni... Kan? Pada sesiapa yg nak join boleh klik sini.

 

Sunday, March 25, 2012

Tiga Punca Remaja Lari Rumah

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hi rakan bloggers! Saya ada menonton rancangan Al-Kulliyyah di TV3 pada 23 Mac 2012, baru-baru ni... Isu yang dibawakan adalah isu "Anak Siapa?". Panel yang dijemput bagi mengupas isu ini adalah Pakar Motivasi dan Kaunselor, Tuan Haji Hushim Salleh

Perbincangan ini saya rasakan sangat menarik sebab saya juga bergelar ibu. Sedikit sebanyak saya perlu tahu apa yang remaja inginkan... Memandangkan anak saya juga akan meningkat remaja tidak lama lagi.. Well orang kata persediaan dan pendidikan awal dari segi agama dan akhlak itu perlu agar anak mudah dibentuk... InsyaAllah...

Saya rasa kupasan Al-Kulliyyah ini ada kaitan dengan post @ entry saya sebelum ini... Klik sini untuk membaca. Saya nak kongsi dengan rakan-rakan bloggers sekalian (terutamanya yang telah bergelar ibu bapa) tentang tiga punca remaja lari dari rumah: 

Sentuhan penting bagi anak-anak
(Gambar dari Google)
1. Kurangnya sentuhan - Setiap ibu bapa, beranggapan anak yang telah menginjak dewasa, tidak perlu dipeluk atau dicium (ciuman di dahi dan pipi), kerana takut anak-anak merasa malu apabila mereka diperlakukan sedemikian. Lebih-lebih lagi dihadapan rakan-rakan sebayanya. So, di sinilah kesilapan kita (sebagai ibu bapa) yang pertama. Sepatutnya, sepanjang proses mereka membesar, kita perlu memeluk dan mencium mereka. Sentuhan akan merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak. Secara psikologinya, anak-anak yang kurang disentuh akan merasakan mereka tidak disayangi.


Komunikasi - boleh merapatkan jurang
(Gambar dari Google)
2. Kurangnya komunikasi - Ibu bapa yang kurang berkomunikasi dengan anak-anak akan menyebabkan mereka memendam rasa. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan mereka mencari orang ketiga (boyfriend @ girlfriend @ rakan-rakan sebaya) untuk meluahkan apa jua masalah yang terpendam dalam diri mereka. Remaja mudah tertekan dan ibu bapa perlulah sentiasa mengenalpasti tekanan tersebut dengan sentiasa berkomunikasi dengan mereka. Ibu bapa digalakkan untuk menyentuh emosi anak-anak agar mereka sentiasa rasa dihargai. Ibu bapa yang rajin berkomunikasi dengan anak-anak adalah ibu bapa yang merendahkan egonya demi anak-anak. Secara tidak langsung, anak-anak akan sentiasa menghormati ibu bapa.

3. Kurangnya perhatian - Ibu bapa perlu sentiasa memberi perhatian kepada anak-anak remaja mereka. Ambil tahu setiap aktiviti dan tindak tanduk mereka. Jika ada yang tidak kena, ibu bapa perlu menegur dengan cara yang berhemah. Jangan sampai anak-anak hilang rasa hormat kepada anda (sebagai ibu bapa). Tunjukkan rasa kasih sayang anda kepada mereka agar mereka merasakan andalah "pakar rujuk" kepada setiap masalah yang mereka hadapi. Jangan sampai mereka mengabaikan dan membelakangkan anda dalam setiap perkara yang mereka lakukan. 

Mungkin ramai dikalangan kita beranggapan ketiga-tiga perkara ini agak remeh. Tetapi inilah perkara yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak dan pemikiran remaja masa kini. Peranan ibu bapa sememangnya besar dalam membentuk anak-anak. Dan ketahuilah kita perlu mulakan sejak dari dalam kandungan lagi sehinggalah mereka dewasa... 

Ayuh parents jangan mengalah... kita masih berkesempatan untuk memperbetulkan segalanya bagi merapatkan jurang antara ibu bapa dan anak-anak. Till next post, bloggers jaga diri ya!! Muah :3


Saturday, March 24, 2012

4 Perkara Untuk Sihat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Terima kasih kerana anda masih sudi membaca blog ini... Saya sentiasa mendoakan agar Allah s.w.t sentiasa melindungi anda (ye, anda yang sedang membaca blog ini...). Terima kasih banyak-banyak...

Baik, apa yang saya nak tulis hari ini adalah tentang empat perkara yang boleh menjadikan kita sihat. Petua Imam Syafie ini saya petik dari Majalah Anis, keluaran Februari 2009, untuk panduan kita bersama...

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian daripada kapas

Friday, March 23, 2012

Pantang Larang Semasa Kehamilan

Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum & salam ziarah,

Gambar dari Google
Hamil memang sesuatu yang menyeronokkan!! Memang dalam apa jua perkara kita tidak dapat lari dari petua mahupun pantang larang org tua, termasuklah ketika hamil. Adakalanya ia tidak logik dan tak masuk akal. Namun jika tidak diikut dan kemudiannya terjadi sesuatu perkara yang tidak baik kepada bayi, tentu mereka akan mula mengungkit. Berikut ada beberapa pantang larang yang saya kumpulkan untuk panduan kita bersama... Moga bermanfaat!

a) Jangan minum air kelapa dan air nenas pada trimester pertama.
* dikhuatiri bayi akan gugur.

b) Jangan mengikat mati benang, plastik atau sebagainya.
* dikhuatiri ibu sukar melahirkan.

c) Jangan mengetuk dinding rumah.
* dikhuatiri uri bayi akan melekat pada rahim, biarpun bayi telah selamat dilahirkan.

d) Jangan mandi malam.
* dikhuatiri air ketuban akan berlebihan sehingga memudaratkan bayi dalam kandungan.

e) Jangan banyak minum ais.
* dikhuatiri saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan. Ada juga sesetengah pendapat mengatakan takut bayi mudah dijangkiti demam kuning.


Wednesday, March 21, 2012

Tips STRESS: Rela Hati Ikut "Boipren"!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Anda masih ingat kisah Fatihah yang dikatakan diculik ketika keluar membeli top up bersama adik dan sepupunya? Ala yang dekat Taman Tas, Kuantan tu?! Ingat? Satu Malaysia gempar dengan berita culik tersebut...

Akhbar hari ini melaporkan bahawa Siti Nur Fatihah Mahadi yang berusia 15 tahun itu sebenarnya BUKAN DICULIK, tetapi dia dengan RELA HATI MELARIKAN DIRI dari keluarganya untuk tinggal di rumah boyfriendnya di Pekan. 

Fatihah mengakui sendiri bahawa dia menelefon rakan-rakannya itu (dua lelaki dan seorang perempuan, yang pada awalnya dikatakan suspek yang menculik Fatihah) untuk menghantarnya ke rumah boyfriendnya itu. 


Saturday, March 03, 2012

Santai di Zoo Melaka

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hi bloggers! Moga anda sihat-sihat saja dan sentiasa dilindungi oleh Allah... Pada siapa yang tak sihat tu... Jangan lupa makan ubat agar anda segera sihat dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa... :D

Ok.. mungkin saya dah boleh start bercerita tentang tempat-tempat riadah yang terdapat di Melaka ni... So, sesiapa yang berhajat nak ke Melaka, mungkin boleh dapat sedikit sebanyak info.

Di sini memang banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Memang sesuai untuk membawa anak-anak bersantai... 

Dari kelmarin Faris cakap nak pergi Zoo... katanya nak tengok harimau... So, kebetulan semalam En hubby off, makanya lewat petang semalam kami pun pergi la ke Zoo... Faris nampak sangat teruja! 

Apa yang tak bestnya, hari kami berkunjung ke sana... Tram (keretapi) zoo tersebut sedang di perbaiki... so, terpaksalah kami berjalan kaki dalam Zoo yang serba luas tu! Memang lenguh kaki dibuatnya... Dan bermandi peluh... Tapi oklah... seronok juga...