Wednesday, March 21, 2012

Tips STRESS: Rela Hati Ikut "Boipren"!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Anda masih ingat kisah Fatihah yang dikatakan diculik ketika keluar membeli top up bersama adik dan sepupunya? Ala yang dekat Taman Tas, Kuantan tu?! Ingat? Satu Malaysia gempar dengan berita culik tersebut...

Akhbar hari ini melaporkan bahawa Siti Nur Fatihah Mahadi yang berusia 15 tahun itu sebenarnya BUKAN DICULIK, tetapi dia dengan RELA HATI MELARIKAN DIRI dari keluarganya untuk tinggal di rumah boyfriendnya di Pekan. 

Fatihah mengakui sendiri bahawa dia menelefon rakan-rakannya itu (dua lelaki dan seorang perempuan, yang pada awalnya dikatakan suspek yang menculik Fatihah) untuk menghantarnya ke rumah boyfriendnya itu. 


Gambar dari Goo
Dia dikatakan berada dalam keadaan tertekan dan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa, lebih-lebih lagi dengan ahli keluarganya... 

Habis je baca berita tu, saya terfikir... apa yang membuatkan remaja berumur 15 tahun ini tertekan? Kalau nak kata tertekan sebab sekolah... (sebab nak ambil PMR) mungkin juga... kalau nak kata familynya susah... rasanya tengok berita kat TV tu... tak la rumah kayukan? Mungkin family problem

MasyaAllah... Siapalah saya untuk menilai... Apa yang saya boleh cakap, ini adalah pengajaran buat semua ibu bapa... Kita kena sentiasa balance and fair kepada setiap anak-anak, terutamanya dari segi KASIH SAYANG... Anak-anak yang kurang kasih sayang, mungkin akan bertindak di luar jangkaan kita...

Berita yang kita dengar sekarang ni... ramai anak-anak yang mencabar kredibiliti kita sebagai ibu bapa... tak percaya? Cuba selak akhbar... Ada yang sanggup bunuh ibu dan bapa sendiri!! This is serious! Malah ada juga yang sanggup mempercayai orang lain selain dari ahli keluarga sendiri... Haish!



Bagi remaja yang STRESS, sedikit tips buat anda:

1. Jika anda merasa tertekan, tarik nafas dalam-dalam, tahan dan lepas perlahan-lahan... Latihan pernafasan yang konsisten akan membuatkan anda lebih tenang.

2. Anda perlu sentiasa berfikiran positif, rileks dan bertenang. Jangan buat sesuatu yang diluar jangkaan.

Sumber Google
3. Berdoa. Mohonlah kepada Allah agar dipermudahkan segalanya dan diberikan petunjuk untuk mengatasi masalah yang dihadapi... 

4. Membaca any bahan bacaan yang boleh memberikan anda inspirasi... 

5. Visualize kejayaan-kejayaan yang anda inginkan... contohnya, anda membayangkan anda mendapat result SPM straight A... Anda membayangkan anda menjadi pemidato terbaik sekolah dan lain-lain... (anyway, TAHNIAH kepada Amirul Hakeem Alias (adik ipar) kerana mendapat keputusan SPM yang CEMERLANG... clap.. clap.. clap)

6. Berbincang dengan ahli keluarga (kakak/abang/adik/ibu/bapa) atau rakan-rakan yang boleh dipercayai tentang masalah tersebut... dengan berbincang akan meredakan perasaan tertekan tu...

7. Jangan biarkan kelemahan menguasai diri anda... (jangan rasa mata sepet tak boleh berjaya... jangan rasa muka tak cantik macam Izara Aishah, orang tak sayang...) so anda kena ada keyakinan untuk berubah dan berjaya... 

8. Tak salah untuk anda menjerit, menangis atau menumbuk bantal, untuk meredakan tekanan yang anda hadapi... (eh tetiba terfikir... lama dah tak main boling... dulu main boling... selalu fikir pin-pin yang ada depan mata tu... orang orang yang saya tak suka... so bila dapat strike rasa puas sangat-sangat... hahah)

9. Belajar dari kesilapan dan sentiasa memaafkan diri sendiri dan orang lain... (jangan rasa sekali dah buat silap.. maka tiada lagi jalan nak berjaya...)

10. Libatkan diri dengan perkara-perkara yang anda suka... (contohnya anda suka pasukan seragam so, boleh la join Persatuan Bulan Sabit Merah ke... Kadet Malaysia ke... atau anda suka cupcake... so boleh la join mana-mana kelas buat cupcake...)

Moga tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda wahai para remaja... Jangan la ambil mudah akan perkara-perkara seperti melarikan diri dari rumah ni... Kasihanilah ibu bapa anda yang menjaga anda dari kecil... Masalah boleh selesai... Tapi semuanya bermula dari anda... Please take care of yourself ya!

9 comments:

  1. ha... kan cendol... (ish terasa nak makan cendol pulak...)

    ReplyDelete
  2. bagus tips2 akak share tu,hope lepas ni takder la bnda mcm ni berlaku lagi..ni la masalah remaja sekarang kan,sanggup ketepikan keluarga kerana mengikut kata hati....mesti sedih parents dia ...

    ReplyDelete
  3. cik hana - sbb tu la... akak masa baca berita ni... terpikir... apa yang dia pikir... dan apa yg parents dia rasa... hm...

    ReplyDelete
  4. y la these day bebudak ni suke sgt terlebih advance ! dolu2 time this age xde plak dgr budak lari ngan bf ke hape..terlebih makan vitamin kott..skang ni sangat ketara ke'advance' nan budak ni...huuu

    ReplyDelete
  5. betul la saufe... takutkan? budak-budak sekarang sangat berani!

    ReplyDelete
  6. kenapa banyak pulak kes macam ni akhir2 ni...remaja skrg terlebih berani

    ReplyDelete