Thursday, May 03, 2012

CELCOM: Jangan Susahkan Saya!!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Sebulan ni, saya rasa 'sakit hati' dengan bil telefon saya yang semakin 'menggila' cajnya!! CELCOM tolong jangan susahkan saya dengan pelbagai push messages yang tidak pernah saya langgan/subscribe... Push messages yang dihantar ke telefon saya dikenakan caj sebanyak RM3 bagi setiap satu mesej. 

Saya telah dicaj RM72, untuk 24 push messages yang saya terima sepanjang bulan April. Langsung tidak munasabah!! Mesej yang masuk ke dalam TELEFON saya tanpa disubscribe... then saya pula yang kena caj/bayar? Apa celop?!

Malah sehingga post ini ditulis, saya baru menerima reminder daripada Celcom yang mengatakan bil saya hampir mencecah Rm300!! Hello... bil saya selama ni hanya RM90 tau!! Dan saya tak pernah pakai lebih dari RM100!!! Puas en hubby dail Celcom Customer Careline tapi tak dapat... kemudian saya search di internet dan terjumpa dengan artikel berikut, di Utusan Online bertarikh 12 April 2012. 



Celcom perlu jawab

SAYA merupakan pelanggan pasca bayar Celcom yang setia sejak sekian lama. Sebelum ini saya berpuas hati dengan khidmat Celcom termasuklah apabila saya ke luar negara.

Pada tahun lepas saya telah menyertai Pakej Post Paid 1+5 untuk saya dan tiga orang anak saya. Pada peringkat awalnya tiada sebarang masalah. 

Namun seorang daripada anak saya yang berumur 8 tahun mula menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari nombor 33138 pada 16 Januari 2010. SMS ini menawarkan pelbagai permainan, iklan sosial seperti "Awek Cun, Abang Macho" dan "Push Message". Setiap kali iklan ini dibuka dari "inbox", bayaran RM3 dikenakan. 

Anak saya telah menerima sembilan SMS ini dari 16 Januari hingga 7 Februari dan dicaj sebanyak RM27 telah dimasukkan ke bil Celcom. 

Saya telah menelefon Celcom Careline dan membuat laporan kerana Celcom telah memberikan nombor anak saya kepada syarikat ini dan akibatnya kami terpaksa menanggung kos tersebut.
Kebiasaannya bil untuk telefon anak saya kurang dari RM10 sebulan. 

Saya telah memohon Pegawai Celcom Careline mengambil tindakan bagi memberhentikan perkhidmatan itu. 

Namun beliau menyatakan bahawa hanya saya boleh memberhentikan SMS itu dengan menghantar mesej kepada nombor 33138 dengan mesej Stop All

Pegawai tersebut juga menyatakan bahawa saya wajib membayar kos SMS itu kerana ia telah dimasukkan ke dalam bil. Tindakan seterusnya hanya boleh diambil oleh Celcom sekiranya perkara itu berulang dan saya perlu membuat aduan di pejabat Celcom. 



Oh, rupanya bukan saya je yang terkena... malah ramai lagi... Saya telah menggunakan perkhidmatan Celcom dari tahun 2000, kalau perkara ni tak ada penyelesaian juga... maka perlu kot saya 'berpaling tadah' kepada perkhidmatan yang lain? Argh!

17 comments:

  1. susah susah pakai jer prepaid.. xde la tension sangat...

    ReplyDelete
  2. redlomo: dulu nombor saya mmg prepaid... tapi saya dah tukar ke pasca bayar sbb malas nak topup2... sekarang ni kalau nak tukar ke prepaid balik byk sangat prosesnya... cara lain saya kena tukar nombor la... tapi sayang... :-(

    ReplyDelete
  3. cabala walk in ke centre...insyaAllah akan ada pnyelesaiannya :)

    ReplyDelete
  4. QA's mamapapa: menda ni tak perlu berlaku... macam yg Dr tu tulis dalam forum tu... patutnya segala info pelanggan adalah rahsia...tak perlu didedahkan...

    ReplyDelete
  5. Salam kak..saya setuju dengan redlomo..urm..memg susah..tpi makcik saya lagi la, 10 hengget skali tolak, huk3.

    Tukar no baru pun, ada cabarannya juga..pa pun, smoga akak jumpa jalan penyelesaian yg terbaik ya :)

    ReplyDelete
  6. Salam Tinta Lana... Tolak sampai RM10? Lagi melampau!

    Kalau tukar no phone sayang la... Nombor ni, kawan2 lama senang cari... :(

    ReplyDelete
  7. kak nora, nasir rasa akak tukar prepaid jer, tapi minta guna no yg sama cuma ditukar kpd prepaid.. tapi kalau guna prepaid pun kena juga.. family sy ramai yg kena, call celcom marah2 baru dia pulang balik duit tuh..huhu

    ReplyDelete
  8. nasir: kalau pakai prepaid yang lecehnya bila kena topup2... nak2 kalau kecemasan, tapi duit dah abis... tragis!

    bil ni senang sikit... tak perlu topup2... tapi lain pulak masalah yang timbul...

    ReplyDelete
  9. ramai pelanggan celcom yg kena.. ada kawan pun sama, ada mesej dr pembekal perkhidmatan yg pandai menipu dgn mengantar mesej untuk kita reply..
    bila kita reply secara tidak sengaja, terus subcribe..
    celcom patut hentikan perkara ini.. dia boleh x byr kpd pembekal perkhidmatan atau dorang mmg dah berpakat?
    talian lain x der pun masaklah cam ni...

    Sop x pakai celcom.. hehehe

    ReplyDelete
  10. Sop... Betul la kot... Mungkin ni salah satu cara mereka 'cari duit lebih'...

    ReplyDelete
  11. Mak ai rm 300 !!! Dasat tuh... Hampeh tul yek

    ReplyDelete
  12. tukar pakai prepaid la akak.senang.no hidden charge.ehehe =)

    ReplyDelete
  13. Si Matatajam: kan? Selama ni bil x pernah lebih rm100... Ni naik 3 Kali ganda!

    Zack: line akak ni mmg dr prepaid ke bil.. so kalau nak tkr blk, ssh sikit

    ReplyDelete
  14. ummu basyir adiaruzaronDecember 5, 2013 at 2:24 PM

    Saya dah lama dirugikan oleh PUSH MESSAGE dengan kadar RM4.00 setiap sms yg diterima tanpa kerelaan. Sebulan hampir RM100.00. Akhirnya saya call celcom 1111 uutuk dapatkan hidden nombor PUSH MESSAGE. Caranya ialah taip STOP PLAY dan hantar ke nombor yang berkenaan seperti 21222 dan 39914. Tak sampai 2 saat pembekal perkhidmatan akan reply mengatakan pemberhentian sms PUSH MESSAGE. Nasihat saya, bertindaklah sekarang sebelum terus terusan bergelumang dengan kerugian dan pembaziran dr pihak yg tidak bertanggungjawab yg mungkin menyalurkan duit kita kepada Israel laknatullah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks share info ni... saya pun terlupa nak share entri saya selesaikan masalah ni...

      Delete
  15. ummu basyir adiaruzaronDecember 5, 2013 at 2:26 PM

    Taip STOP PLAY dan hantar ke nombor 39924

    ReplyDelete
  16. Taip STOP PLAY dan hantar ke 39914 atau 21222. Call dulu celcom 1111 utk semak nombor PUSH MESSAGE. Bertindak segera sebelum anda kerugian lebih banyak

    ReplyDelete