Friday, June 15, 2012

Ayuh Hafal Asma'ul Husna

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Apa khabar rakan bloggers sekalian?! Semoga anda sentiasa berada di dalam lindungan Allah S.W.T... Bersyukur kerana kita semua masih lagi diberi peluang olehNya untuk meneruskan kehidupan... Semoga segala rezeki yang kita terima adalah yang suci dan terbaik dari Allah... Mudah-mudahan... Amin...

Cuba angkat tangan, berapa ramai di kalangan kita yang hafal Asma'ul Husna?! Ya... saya juga salah seorang yang kadang-kadang terlupa dan alpa tentang mengingati, menghafal dan menjadikan rutin untuk membaca Asma'ul Husna... 

Betul... Walaupun kita semua maklum bahawa terdapatnya khasiat atau kelebihan di sebalik setiap 99 nama Allah tersebut... tapi sayang... kita jarang sekali nak membacanya... Sedangkan tak salah jika kita membacanya walau sekali sehari! 


Sekarang ni dah banyak juga nasyid Asma'ul Husna yang dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi nasyid dalam pelbagai rentak... Ini secara tidak langsung menjadi salah satu kaedah yang mudah untuk  kita menghafal dan seterusnya menghayati Asma'ul Husna...

Asma'ul Husna dari Sami Yusuf ini sangat-sangat menyentuh hati saya... 


Dan video yang ini merupakan salah satu video yang akan saya buka untuk anak-anak saya dengar setiap kali sebelum mereka tidur... (biasanya ketika malam mereka akan lebih relaks dan mudah untuk mengingat...)


Ayuh kita mulakan dengan langkah yang kecil sekarang... agar kita boleh berlari pada masa hadapan... Moga Allah berikan kita kelembutan hati agar perkara yang mudah ini boleh dijadikan rutin harian buat kita malah juga buat anak-anak yang diamanahkan kepada kita... InsyaAllah... Amin...   

Sila ke blog rakan blogger, ZETTY untuk mengetahui "Kelebihan Asma'ul Husna" yang dipetik dari buku Khasiat Asma'ul Husna & Himpunan Ayat-ayat Al-Quran. Mudah-mudahan bermanfaat buat semua... InsyaAllah...


10 comments:

  1. Dulu hafal...

    Skrg da ingt2 lupa, if dgr lgu ayat tu blik, insyaAllah masih ingt.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... betul... kena selalu "nyanyi2" bila ada waktu senggang!

      Delete
  2. Salam Yong,
    Thanx for the beautiful uploads!

    ReplyDelete
    Replies
    1. as-salam... :D moga bermanfaat untuk semua dan saya juga...

      Delete
  3. sebab tak di amal sekarang dah tak berapa nak ingat..kena hafal semula.

    ReplyDelete
  4. thanks..

    peringatan yang bermakna..

    ReplyDelete
  5. zaman sekolah dulu hafal..sebab sebelom balik memang wajib baca..
    sekarang ni dah ingat2 lupa...
    selalu terlalai

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?! sekarang ni banyak sangat benda2 lain yang melekakan kita... padahal kita boleh nyanyikannya pada bila2 masa...

      Delete