Wednesday, June 27, 2012

Resipi Mudah: Sup Telur

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Apa khabar agaknya rakan bloggers hari ni... Mudah-mudahan semuanya sihat... Untuk post entry yang serba ringkas, saya nak share dengan rakan semua satu resipi mudah SUP TELUR.


Bahan-bahan yang diperlukan:
Sedikit minyak
3 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
Air secukupnya
1 kiub ayam 
3 biji telur
Carrot- potong memanjang
Cendawan - diracik
Daun sup 
Daun bawang

Cara-caranya: 
1. Tumis bahan tumbuk dengan sedikit minyak sehingga naik bau.  
2. Masukkan air secukupnya dan kiub ayam. Biarkan mendidih.  
3. Kecilkan sedikit api dan pecahkan telur perlahan-lahan. Biarkan sehingga telur masak.  
4. Masukkan carrot dan cendawan. Kacau rata dan biar seketika.  
5. Tutup api dan masukkan daun sup dan daun bawang. Siap! 

* Saya tak masukkan garam sebab kuib ayam tu dah cukup perasanya! (^_^)

Selamat mencuba kawan-kawan... :-)

25 comments:

  1. Saya pun suka jugak masak mcm nii...
    Sedapkan..mesti bertambah2 bila mkn nye tuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lauk ni favorite anak-anak... kalau saya masak ni memang dorang makan bertambah2... :D

      Delete
  2. resepi mudah tapi nampak sedap sekali.

    ReplyDelete
  3. betul2... kalau tgh lapar... telur goreng pun sedap sangat... hihih

    ReplyDelete
  4. senang je yer... sedap je nmpk telur tu.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah senang je... buat makan anak2... cuba la... mana tau alisha suka... hehehe

      Delete
  5. Replies
    1. cuba... jgn tak cuba... simple dah sedap... makan cam tu je pun kenyang tau!!

      Delete
  6. masukkan garam x?sori...sy baru nk blaja masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu garam dear... sebab kiub ayam tu dah cukup perasanya... (^_^) good luck ya...

      Delete
  7. tak pernah buat kak.. kena try nanti :)

    ReplyDelete
  8. dapat resepi baru ni...mesti cuba...cuma saya je yang belum boleh makan cendawan dan telur tu...baru lepas pembedahan dan keguguran kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo dah habis pantang nanti boleh ka cuba... :)

      Delete
  9. slm sis.mmg fav saya kalau mood memasak ke lautttttt ngeee.msk ni simple campak2 je,n then buat sambal belacan,grg ikan/ayam atau ikan masin pun masyukkkk....

    ReplyDelete
  10. terima kasih untuk sup telo ni.... hihiii boleh buat tok kai sup kat umah ni.. heheh

    ReplyDelete