Friday, June 08, 2012

Tolong Ajar... Saya Tak Reti...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Kelmarin saya dihubungi seorang rakan lama... Katanya tiba-tiba teringatkan saya dan terus menelefon... Setelah bertanya khabar... Kedua-dua corong telefon sunyi... Agak weird sekejap... Lalu saya bertanya tentang familynya, dan kemudian tentang kehidupannya... Perbualan selepas itu, saya yang lebih dominan... Rakan saya cuma menjawab soalan-soalan saya... 

"Saya ada baca blog awak... dah jadi surirumah yea?" itulah soalan pertamanya selain bertanya khabar tadi...

"Ha ah... ikut husband," tersengih walaupun dia tak nampak... (dalam hati... dia baca blog aku?!?!)

Biar saya namakan rakan saya ni sebagai "Siti". Seorang yang pendiam dan pemalu... Sejak saya mengenalinya dulu, dia seorang yang suka meminggir diri... lebih selesa berada di luar kelompok rakan-rakan...

Pun begitu Siti seorang yang baik hati... tidak lokek dengan senyuman. Dia sangat kreatif... Jika bersendiri, pelbagai seni akan terhasil... dari benang la... dari pasir la...  dari daun-daun kering la... dari kertas pelbagai warna la... Memang kreatif!

Kini, Siti telahpun berkahwin atas pilihan keluarganya... dan telah dikurniakan seorang anak perempuan berusia setahun lebih... Apa yang mengejutkan, Siti tidak pernah berkomunikasi dengan anaknya itu... Percaya tak? 


 Itulah hakikat... Siti tidak pernah berkomunikasi, membelai dan memeluk anaknya bagi menunjukkan kasih sayang seorang ibu kepada anak...

Usap dan berkomunikasilah
dengan bayi dari dalam
kandungan...
"Habis? Masa pregnant kamu tak pernah bercakap dengan anak kamu?" tanya saya agak terkejut. (Siti bahasakan dirinya sebagai 'saya' dan orang yang dirujuk sebagai 'kamu')

"Tak pernah..." jawabnya ringkas.

"Masa menyusukan tak bercakap dengan baby kamu?" soal saya lagi...

"Tak pernah..." 

"Biar betul kamu ni... habis masa kamu mandikan dia... pakaikan baju dia..."

"Macam mana nak cakap? Saya tak reti... bila dia nangis saya bagi susu... bila waktu mandi... saya mandikan... bila pampers berat saya tukar lain... macam tu je lah" jawab Siti memotong ayat saya yang tak sempat habis tadi...

"Er... Kalau bukan waktu mandi... bukan waktu susu... baby kamu buat apa?" (ahh... saya dah betul-betul confuse sampai tanya soalan tah apa-apa)

"Saya biarkan dia main sendiri di tilamnya..." 

"Habis kamu buat apa? Kamu tak pernah main "cak cak" dengan baby kamu?" (tiba-tiba banyak sangat soalan nak tanya...)

"Tak pernah... Bila dia tak nangis, saya buat kerja lain... Menulis ke... melukis ke..."

"Siti... awak tipukan?" soal saya... (Saya rasa benda ni tak masuk akal!)

"Boleh kamu ajar saya?" Saya terdiam sekejap.

"Boleh ajar saya?" tanya Siti lagi... (Saya masih terkedu...)

"Saya baca dalam blog kamu... kamu ajar anak kamu macam-macam... kamu cakap dengan anak kamu... Saya pernah cuba... tapi saya kekok... saya tak reti..." (sedih saya dengar suara Siti... seakan bergetar dan putus harap... Kalau dekat tentu saya dah peluk dia...)

"InsyaAllah..." jawab saya ringkas... (dalam hati saya betul-betul confuse...)
 
Dalam hal ni, saya tak salahkan Siti... Siti dilahirkan dalam family yang sederhana (dari segi kewangannya)... Adik beradik seramai 8 orang... komunikasi dalam family mereka juga jarang-jarang berlaku... antara mak, ayah dan adik beradik Siti, komunikasi memang kurang... 

Pendek kata... mereka hidup sendiri-sendiri... Sebab tu Siti tidak pandai berkawan dan lebih suka memencil diri... Sifat itu terbawa-bawa sehingga Siti berkahwin dan mempunyai anak sendiri... 

"Husband saya banyak cakap... dia suka bercerita... tapi saya jawab sekali sekala... selebihnya saya angguk atau geleng je... Saya memang tak reti..." jawab Siti dengan suara yang bergetar... 

Saya percaya Siti cuba untuk berubah... Dari suaranya saya tahu dia sayangkan husband dan anaknya... Hati saya jadi tersentuh... Saya harap saya mampu bantu Siti...

Rakan-rakan bloggers... doakan saya agar dapat membantunya dan doakan Siti juga agar dia boleh berubah demi kebahagian dan perkahwinannya... 


Nota kaki: Maaf identiti "Siti" dirahsiakan bagi menjaga nama baiknya... kesudian Siti untuk "muncul" dalam blog saya juga atas jasa baik Siti yang membenarkan saya berkongsi cerita ini dengan rakan bloggers saya... Ayuh doakan yang terbaik buat Siti... 
 

34 comments:

  1. erkkk... ada jgk yg mcm ni eh...huhuhu sy pn di lahrkan dlm family yg besar.. 9 org adik beradik tapi sy tgok kakak2 sy ok jer...huhu bgtu jgk sy... hurm

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang macam xpercayakan?! tapi itulah hakikat... family Siti lack of communication... kesian dia...

      Delete
    2. huhuhuhu... kesian... akak kena bantu dia.. nanti anak dia akn trabai...dri sgi kasih syg...

      Delete
    3. InsyaAllah... akak tolong mana yang akak mampu... thanks atas sokongan... doakan akak yea...

      Delete
  2. salam puan nora., saya lahir dalam keluarga kecil (3 adik beradik - mak dan ayah saya cume menoreh getah je) tapi rasanya rumah kami riuh rendah gak., (sebab selalunya suasana kecoh bermula dari saya - selalu mengganggu abang ngan kakak termasuk opah) dari segi ekonomi kami mungkin antara yang termiskin di kampung, tapi alhamdulillah berkat usaha ayah ngan mak dan bantuan dari bapa dan emak saudara kami, akhirnya kami 3 beradik dapat meneruskan pelajaran (semampu kami) sehinggalah dapat merasa kehidupan yang agak selesa. Dalam soal komunikasi kami tak pernah ada masalah sebab opah, ayah dan mak sentiasa buat 'check and balance' kat kami (lebih-lebih lagi saya)., bapa-bapa saudara dan mak saudara pun sentiasa mengambil berat. bagi saya 'Lack of Communication' adala sesuatu yang perlu dititik berat dan perlu di atasi lebih-lebih lagi antara kita ngan anak-anak. Saya sendiri mempunyai 4 orang anak remaja. Dalam suasana sekeliling yang begitu mencabar seperti sekarang ini saya rasa kita perlu kembali mempraktikkan teknik pendidikan yang diberikan kepada kita semasa kita di zaman kanak-kanak dan remaja dulu. Keluarga kita memberikan kita kawalan yang secukupnya (walaupun mungkin perlu diubahsuai untuk menghadapi anak-anak zaman ini) macam yang sering di ucapkan oleh Ust. Fadhilah Kamsah supaya kita perlu tahu siapa kawan-kawan anak kita dan kemana mereka pergi selepas waktu sekolah atau waktu lapang dan apa yang mereka buat untuk mengisi masa lapang. Rasanya tak rugi kalau kita sering mengambil tahu dan 'berkawan' ngan anak-anak kita. Berbalik ngan dilemma kawan puan ( puan siti ) mungkin beliau boleh mengambil pendekatan secara beransur-ansur dan belajar dari kesilapan dan tidak takut untuk mengaku kesilapan disamping mohon pertolongan dan petunjuk dari allah.

    abah muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas perkongsian kisah abah muda... saya sangat2 hargainya...

      betul kita kena 'berkawan' dengan anak2 kita untuk sama2 mengharungi dunia yang semakin mencabar sekarang... moga abah muda, saya, siti dan semua ibu bapa di luar sana dapat mengharunginya...

      terima kasih juga kerana bersifat positif pada kisah Siti... sama2lah kita doakan yang terbaik buatnya... insyaAllah...

      Delete
  3. CiM beri sepenuh kpercayaan pd Nora utk bntu Siti. Jgn biar dia trus mnbisu, pstikn jg ada komunikasi brkesan antara Siti dgn hubbynya..nanti update status yea. CiM nj tau prkmbangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah... terima kasih CiM... saya akan cuba membantu Siti... kalau ikut cerita Siti, hubby dia mmg selalu communicate dengan dia... tapi kebanyakkannya dia akan angguk atau geleng... even dia tak berani nak bertentang mata dengan hubby dia...

      Delete
  4. Salam kenal dr kak Nurul dan follow sini.
    Kasihan dgn anak Siti tu,tp husbandnya perlu byk berkomunikasi dgn Siti sepatutnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal kak nurul...

      kesian siti kan?! husband dia mmg xjemu2 bercakap dengan dia... cuma dia yang tak reti nak berkomunikasi dengan husband dia... kesian dia... :-(

      Delete
  5. uhhh ye ke..hurmm susah jugak ni..boleh tu, kalau dia boleh bercakap dgn akak, dgn anak dia pn boleh..insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah anak pun harap gitu... sama2 la kita doakan dia...

      Delete
  6. Replies
    1. org macam ni mmg ada tau... cuma saya tak sangka kawan saya salah sorangnya...

      Delete
  7. hope akak dapat bantu akak siti...kesian dia...hana doakan kak siti akan boleh berubah ke arah kehidupan yang lebih bahagia bersama suami dan anak2 nya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik hana... akak akan cuba sedaya upaya... dan terima kasih juga sebab doakan siti...

      Delete
  8. ulya doakan agar dia dpt berubah dgn pertolngan akak dan izin Allah .

    tumpang simpati ngn dia .

    ReplyDelete
  9. err. terkejut baca entry ni.
    may all the best come to both of you.
    kirim salam kat dia okie :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks miss chillax... insyaAllah dia baca komen2 ni.. :D

      Delete
  10. terkejut sy baca entry ni...ape2 pun, harap akk dapat bantu kawan akk tu...insyaallah~

    ReplyDelete
  11. kesian dia.. mesti sangat tertekan... moga dia dapat keluar dari kepompong kehidupan asalnya...

    ReplyDelete
  12. tak sangka masih ada yg begitu ..tgk dlm drama je..btw,siti(BUKAN NAMA SEBENAR) ..Alhamdulilah masih sygkan husbnd n anknya..dah msih belum terlmbt untuk berubah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... mujur dia cepat tersedar nak nak baiki kesilapan...

      Delete
  13. Tak pernah dengar lagi kisah macam ni :)

    ReplyDelete
  14. Sgt terharu ana baca entry Nora kli ni...dh lh pgi td ana dgr citer ala2 gini gak kat Hot FM...semoga Nora berjaya membantu kawan Nora (Siti) untuk mampu berkomunikasi dgn anknyer n her hubby also...chaiyik..chaiyok...

    Bella Ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi bella Ana... lama tak dengar ceritakan?! tu la... tak sangka kawan sendiri macam ni... Ana ingat Nasuha?? Bila Siti call tiba2 teringat kat bekas student kita Ahmad Nasuha tu... Siti ni cam Nasuha tu la...

      Delete
  15. Ooo ye ker?...tragik gak...hari ni baru lega sket, tu yg follow n join entry Nora...apa citer ek Nasuha?...gitu lagikah dia?...tak sabar nak tunggu follow up citer Siti...so ana mendoakan yg terbaik buat Nora n Siti...

    Bella Ana

    ReplyDelete
  16. fiza harap puan nora dpt bantu kwn puan nora tu..
    kesian kat baby dia :( sedih sgt bila mcm tu
    takut nnt baby dah besar dia ingat mama dia xsyg dia pula....
    fiza doakan semua berjln dengan lancar :)

    ReplyDelete