Tuesday, July 17, 2012

Barakallahufik, Faris...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Dah siap pack untuk
kawan-kawan
Alhamdulillah hari ni genaplah lima tahun usia Adam Faris... Syukur ke hadrat Ilahi di atas segala kenikmatan hidup buatnya... Tak sangka... Sekejap je masa berlalu... Semoga kami terus tabah dan sabar untuk membesarkannya menjadi anak yang soleh...

Dari hari Jumaat lagi Faris sangat sibuk mencari barang-barang untuk diberikan kepada kawan-kawannya... Mujur di sini pun ada Super Cowboy.... Dapat la beli beberapa barang untuk dimuatkan ke dalam paper bag. 

Hari Sabtu pula kami keluar lagi mencari kek birthday untuk dijamu kepada kawan-kawan Faris yang ada 25 orang tu... Merata juga mencari... Mencari yang halal dan berpatutan (susah juga nak cari kedai kek Melayu di Melaka ni)... Tapi nampaknya tak berhasil dan kami pulang kepenatan... Sambung esok pula cari kedai kek...



Barang-barang yang dimuatkan
dalam paper bag...
Alisya penat 'tolong' makan...
Hari Ahad Faris tolong saya masukkan barang-barang yang telah dibeli hari Jumaat hari tu ke dalam paper bag... Excited juga Faris masukkan barang-barang tu... Sambil cakap, "Ni semua untuk kawan-kawan..." (sambil tersengih-sengih) Oh, Alisya pun tolong juga... tolong makan benda-benda tu... mujur memang ada lebih...

Hari Isnin pula, encik hubby masih mencari Kedai Kek Melayu di sekitar officenya. Akhirnya ketemu juga Kedai Kek Melayu... dan encik hubby pun tempah kek birthday Spiderman untuk Faris... Maka lebih lebarlah senyuman Faris dengan kek yang ada gambar Spiderman tu... (kalau dapat kek birthday yang acik (Kak Cik) buat mesti lagi best!! :p)

Ingat malam sikit nak cari sebiji lagi kek untuk kami sekeluarga celebrate birthday Faris pula... sebab Alisya dari pagi tadi dok nyanyi lagu "Selamat Hari Jadi Alisya"... Kesian pula... Dia nak tiup lilin lagi kot... 

Inilah kek birthday Faris untuk kawan-kawan
di sekolah...
Semoga Adam Faris membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh... Moga bila dia dah besar nanti, dia akan jaga mama, abah dan adik Alisya dengan baik... Amin... 

8 comments:

  1. cantiknya kek...

    happy bzday faris ::-)

    ReplyDelete
  2. happy bufday adam faris...
    kakak doakan moga adam faris membesar jadi anak yg soleh dan berjaya di dunia dan akhirat..aaaminnnn

    ReplyDelete
  3. happy birthday faris.. moga jadi anak yang solehah dan membahagiakan keluarga!

    ReplyDelete