Tuesday, July 24, 2012

Alisya: Bila Masuk Dapur...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Sempat lagi senyum untuk kamera
mama dia... :p
Alhamdulillah hari ni dah pun hari keempat kita berpuasa... So, setakat ni macam mana? Harap semuanya ok... :-) Saya doakan rakan-rakan blogger sihat dan bertenaga sepanjang bulan yang penuh barakah ini...

Tak de apa sangat nak cerita sebenarnya... just nak share beberapa keping gambar yang berjaya di snap ketika Alisya membantu saya memasak juadah berbuka... Alisya memang kerap membantu saya di dapur... tapi tak pernah dapat snap gambar dia... Hari ni baru dapat... (sebab Alisya ni camera shy - sebiji macam mama :p)

Kerja-kerja yang Alisya suka buat di dapur saya adalah menumbuk bahan-bahan untuk tumisan seperti bawang, halia dan cili... Mencuci beras, memotong sayuran dan mengelap minyak di lantai...

Hehehe sekurang-kurangnya ringan sikit kerja saya di dapur... :p Saya percaya, ramai ibu yang tidak akan membenarkan anak mereka berada di dapur ketika sedang memasak... Betul, dulu pun saya tak suka juga bila Alisya dan Faris asik keluar masuk dapur... Maklum la... bila lantai dapur berminyak, maka sampai ke depan la minyaknya... Selain tu, barang-barang di dapur agak bahaya jugakan? Dengan pisaunya, kuali panasnya, cerek dan sebagainya... 




Tapi bila Alisya selalu cakap dia nak tolong, saya pun bertolak-ansurlah... Lagipun saya ada juga terbaca tentang sifat ingin tahu kanak-kanak bermula seawal mereka mula berjalan... Jika kita menyekat keinginannya untuk belajar, maka mereka akan bosan dan tidak lagi berminat untuk melakukan perkara tersebut...

Apa yang boleh saya banggakan, Alisya lebih kenal barang-barang di dapur berbanding abangnya... Dia tahu mana satu bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia, kentang, ikan, ayam, cerek, beras, senduk, pisau, kuali, cawan, gelas, dan lain-lain (dia akan sebut dengan pelatnya sendiri - tapi taklah sepelat abangnya). Kalau dia tak tahu, dia akan tanya soalan yang sama sehinggalah nama barang tu melekat dalam mindanya... Bagus juga, sekurang-kurangnya dia belajar something...    

Kusyuk menumbuk...

Alamak, tiba-tiba rasa sangat mengantuk... saya sambung next entry la untuk tips membantu anak belajar di dapur... Sorry kawan-kawan saya dah menguap beberapa kali dah ni... Kena tidur untuk bangun jam 4.00 pagi pula... InsyaAllah saya sambung esok...

12 comments:

  1. comel alisya.. pandai.. tumbuk sampai lumat ker tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya dia akan tanya "dah ke belum?" merujuk kepada "nak lumat ke tak?" heheh

      Delete
  2. pandainya alisya..Bagus kecil2 ke dapur tolonh mak ye!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe mudah sikit mama dia ni, sbb ada org tolong... :p

      Delete
  3. alisha ank sy tu pun sk menumbuk.. pantang nampak sy guna lesung batu.. dia pun sibuk jugak nak tumbuk.. nak tlg jugak... hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh dia seronok kot tgk kita menumbuk pakai lesung tu... :D

      Delete
  4. kiutnya anak dara ni menumbuk...cabai ke tu...heheh..risau masuk mata....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawang + halia... dia pandai cover mata dia... hehehe

      Delete
  5. sronok ye dapat tolong ibu..
    sama2 rajin dengan alisha anak ina..dah la nama pon hampir sama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronoklah dia dapat tolong di dapur... ha ah betul sama macam anak ina tu... rajin budak nama alisya/alisha ni agaknya... hahaha

      Delete