Monday, December 31, 2012

Faris Solat...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Tarikh akhir bagi tahun 2012 ni penutup tahun yang paling bermakna buat saya, sejuk je perut bila Faris beria-ia nak mengerjakan solat Asar sebaik sahaja mendengar azan berkumandang... Berebut-rebut dia pergi bilik belakang dengan Mak Ngahnya untuk solat. Masa tu Faris pakai seluar pendek... Dialog dengan Mak Ngahnya lebih kurang macam ni:

Mak Ngah: Pakai seluar pendek mana boleh solat... Pakai seluar panjang! 

Faris: Ayies dah pakai topi dah... (merujuk kepada kopiah yang dibelikan encik hubby semalam)

Mak Ngah: Tak boleh... kena pakai seluar panjang...  

Maka berlari-larilah Faris ke depan bertanyakan tentang seluar panjangnya pada si abah. Bila dah dapat seluar terus dia nak solat... 

Mak Ngah: Eh, ambil wuduk dulu... baru boleh solat....

Faris: Ayies susah... (merujuk kepada nanti baju dan seluarnya basah)

Tapi akhirnya dia ambil wuduk juga sebab bersungguh-sungguh nak solat Asar.



Ni beberapa aksi yang sempat saya snap, kemudiannya kena tegur dengan Faris. Katanya orang solat mana boleh ambil gambar... hm...


Ini pula gambar selepas Faris solat... Sebab dah biasa tengok mama buat, Faris pun ikut... Kadang-kadang dia suka juga tiru saya zikir dengan kiraan jari... 


Opss dia perasan saya ambil gambar lagi... :p


Dulu Faris tak pernah beria-ia macam ni... kadang-kadang bila saya solat dia akan ikut di belakang saya, dengan berseluar pendek dan beralaskan tuala kecil... sama dengan Alisya. Bila dia dah mula beria ni mudah sikit nak diajarkan bacaan-bacaan dalam solat... Moga Allah permudahkan saya untuk mengajar AF untuk solat... Amin... 



12 comments:

  1. sejuk hati tgk faris solat... bijak betul faris ni sbb tegur si tukang ambil gambar, ekekkeke

    ReplyDelete
  2. Masa Nissa dgn Ainurin baru belajar dulu saya duk sebelah tolong bacakan untuk diaorang, so diaorang ikut baca dalam solat tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh bagus juga idea tu... nak buat gitulah... thanks MF...

      Delete
    2. Sama2 kita be
      Ajar dan cari panduan untuk memberi didikan yg terbaik buat anak2.

      Delete
    3. betul tu... ^_^ hari apply macam yg MF buat tu... oklah.. faris ikut baca walaupun sebutan tak betul... at least dia tahu bila rukuk n sujud, apa nak baca..

      Delete
  3. alhamdulillah, mudah mengajar bila anak sendiri yang mau belajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ann... kalau dipaksa mmg tak maunya... ni dia dah nak belajar senang sikit...

      Delete
  4. bagus faris nih.... ank2 mudah terikut dgn apa yg kita buat kan kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... sebab tu kita kena hati2 dengan perbuatan dan percakapan kita...

      Delete
    2. Yang ni mmg sgt setuju Nora, dh jadi pun tgk diaorang ulang pakai ayat yang pernah bagi kat diaorang.

      Delete
    3. betul... betul... selain percakapan kita... tv pun main peranan...

      Delete