Thursday, February 28, 2013

Mini Giveaway #1


Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Dalam usaha Faris nak menghafal beberapa doa harian... Saya berbesar hati ingin menghadiahkan sebuah buku himpunan doa (sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa), kepada seorang pembaca bertuah blog ini. 



Sila tinggalkan link blog anda di bawah entri ini sebagai tanda penyertaan... Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Februari 2013, Khamis, jam 11.59 malam. 

Senarai peserta akan dikeluarkan pada 1 Mac 2013, Jumaat.

Cabutan undian akan dibuat oleh Faris sendiri. Pemenang akan diumumkan pada 2 Mac 2013, Sabtu.



 


Wednesday, February 27, 2013

Adab Bermasyarakat

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Kita disarankan untuk menjaga hubungan yang baik sesama insan dalam apa juga situasi. Tidak kira agama dan bangsa. Jangan lupa bahawa jiran kita pun akan menuntut haknya di akhirat nanti... 

Jiran?! Iye.. jiran... Kalau ada yang tak pernah bertegur sapa dengan jiran tu.. mulakanlah sekarang... Takut nanti kita tak 'terbayar' hak yang dituntutnya di akhirat kelak. Paling kurang pun tanyalah khabar... Ataupun kalau ada masak lebih tu, bolehlah beri jiran kita merasa...

Berikut adalah adab bermasyarakat yang saya petik dari rancangan Bicara Kifayah, Astro Oasis. Moga bermanfaat buat kita semua... InsyaAllah...

1. Menghindari diri dari menyakiti hati orang lain - elakkan diri dari bercakap atau buat sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang berkecil hati...

2. Merendah diri - ada juga orang yang suka menunjukkan? Beli sofa baru, kereta baru, habis dicanangnya... Tak baik macam tu... yang penting kita bersyukur, sebab rezeki tu Allah yang beri...

3. Tidak bermasam muka - berilah salam (Assalamualaikum), sesunguhnya salam itu boleh meruntuhkan benteng sombong dan bongkak.

4. Memberi layanan sama rata - dengan layanan  yang sama rata, insyaAllah tidak akan timbul fitnah dan selisih faham...

5. Menepati janji - jika kita tidak berdaya untuk menepati janji, maka janganlah kita berjanji... Sesungguhnya perkara ini juga akan mengeruhkan sesuatu hubungan...

6. Mengamankan perselisihan - janganlah pula kita menjadi 'batu api' dengan melagakan orang yang sedang bergaduh... sebaliknya, jadilah orang tengah yang berfungsi untuk menjernihkan keadaan...

7. Berbaik sangka - berbaik sangkalah kepada semua agar kita sendiri tidak terperangkap dengan sifat curiga...

8. Tidak meremehkan orang lain - janganlah memandang seseorang itu dari kelemahannya, sebaliknya pandanglah seseorang itu dari kelebihannya. Jika ada yang kurang, maka hulurkanlah bantuan.

9. Membantu golongan miskin - berilah bantuan terutamanya pada golongan yang miskin. Moga dengan bantuan yang kecil kita akan lebih menghargai kehidupan dan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita...

10. Mudah memberi maaf - berikanlah kemaafan kepada semua, agar kita merasa lebih tenang. Moga dengan memberi maaf kepada orang lain, kita juga akan dimaafkan... Mudah-mudahan... 



Monday, February 25, 2013

Nanti adik beli kapal terbang!

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Dah jadi kebiasaan bila masuk toilet, Alisya akan bawa satu mainan bersama. Walaupun dia hanya nak buang air kecil! Tadi dia bawa helikopter masuk bilik air...

Mama: Bestnya naik helikopter!

Alisya: Ni bukan kopter... ni kapal terbang...

Mama: Ooo kapal terbang... 
(iye kan je, walaupun itu adalah helikopter) Alisya nak naik kapal terbang?

Alisya: Nak...

Mama: Mama boleh naik sekali tak?

Alisya: Boleh... Nanti adik beli kapal terbang...

Mama: Iye ke? Nak beli kapal terbang untuk mama?

Alisya: Ha ah...

Mama: Tapi siapa nak bawa kapal terbang?
 

Alisya: Abang bawa... Mama naik... Adik naik... Abah tak payah... Abah pegi keje...

Mama: Oh, abah tak payah?

Alisya: Ha abah tak payah... Abah keje je...

Mama: Kalau macam tu tak payah beli kapal terbang la... beli helikopter je... kecik sikit...

Alisya: Ok... Nanti beli...


Lepas tu dia terus lari lepas saya pakaikannya seluar... Hai la anak... Comelnya kamu...!  

Nota kaki: Bertanya soalan dan berkomunikasi dengan anak-anak merupakan tips mudah untuk membentuk keyakinan diri mereka. Dengan berbual secara santai juga, akan memupuk kemahiran berfikir dan kreativiti mereka dalam memberikan jawapan. Mudahkan?! So, jangan pernah jemu berbual dengan anak-anak...  kerana moment itu sangat indah!

Friday, February 22, 2013

Arwendanish GA FM Aussie

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hehehe... disebabkan saya suka fridge magnet (FM) makanya saya join giveaway ini. Kepada peminat FM juga, jom join ramai-ramai. (^_^) Tarikh tutup adalah pada 28 Februari 2013.



 

Thursday, February 21, 2013

Doa Elak Santau

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Anda pernah dengar tentang santau gemuk? Saya baru hari ni tahu bahawa adanya santau gemuk, apabila menonton Wanita Hari Ini di TV3 sebentar tadi... 

Santau jenis ini dikatakan sama seperti terkena santau angin/tuju dan lain-lain, cumanya mangsa akan mengalami kegemukkan walaupun mengamalkan diet dan melakukan senaman yang kerap.  Kegemukkan itu akhirnya akan membawa kepada kematian. Na'uzubillah...

Seseorang boleh mengenalpasti jika terkena santau apabila, kuku berwarna biru/hitam, batuk berpanjangan, bermimpikan ular/mendukung bayi atau mimpi jatuh dari tempat yang tinggi. Selain tanda-tanda itu, jika mangsa santau memakan limau atau nanas, mereka akan serta merta muntah darah...Kerana santau akan bertindak balas dengan benda yang masam.

Takut pula saya bila Ustaz membincangkan hal tersebut. Apa pun sentiasalah kita bermohon dari Allah agar dijauhkan kita semua dari terkena santau... Antara doa yang dikongsikan oleh Ustaz Suhaimi adalah seperti berikut: 
 

Maksudnya: Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, 
dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak 
akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.  
- Surah Al-A'raf ayat 17. -

Sempat juga saya menyalin alamat dan nombor telefon Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah untuk kemudahan sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan. Moga Allah sentiasa melindungi kita sekeluarga. InsyaAllah... 
    
No 62A-2 Jalan SM 3A,
Sunway Batu Caves, 
Selangor Darul Ehsan.
012-508 1525/019-269 1525/019-205 9351/019-308 1525

* * *


Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, February 20, 2013

Wordless Wednesday #10







IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013


Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah, 

Akhirnya dapat juga saya luangkan masa untuk join giveaway ni... Lama mencari peluang selain mencuci mata dan tergoda dengan hadiah yang ditawarkan. So jom meriahkan lagi IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 ini. Mana tahu ada rezeki... Kalau berminat nak join, klik banner ya! (^_^)


Berikut adalah penaja bagi giveaway ini... Moga ada yang menjadi milik saya... :p Tak salah mencuba nasibkan?!
Jangan terlewat ya... tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Februari 2013.