Wednesday, February 27, 2013

Adab Bermasyarakat

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Kita disarankan untuk menjaga hubungan yang baik sesama insan dalam apa juga situasi. Tidak kira agama dan bangsa. Jangan lupa bahawa jiran kita pun akan menuntut haknya di akhirat nanti... 

Jiran?! Iye.. jiran... Kalau ada yang tak pernah bertegur sapa dengan jiran tu.. mulakanlah sekarang... Takut nanti kita tak 'terbayar' hak yang dituntutnya di akhirat kelak. Paling kurang pun tanyalah khabar... Ataupun kalau ada masak lebih tu, bolehlah beri jiran kita merasa...

Berikut adalah adab bermasyarakat yang saya petik dari rancangan Bicara Kifayah, Astro Oasis. Moga bermanfaat buat kita semua... InsyaAllah...

1. Menghindari diri dari menyakiti hati orang lain - elakkan diri dari bercakap atau buat sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang berkecil hati...

2. Merendah diri - ada juga orang yang suka menunjukkan? Beli sofa baru, kereta baru, habis dicanangnya... Tak baik macam tu... yang penting kita bersyukur, sebab rezeki tu Allah yang beri...

3. Tidak bermasam muka - berilah salam (Assalamualaikum), sesunguhnya salam itu boleh meruntuhkan benteng sombong dan bongkak.

4. Memberi layanan sama rata - dengan layanan  yang sama rata, insyaAllah tidak akan timbul fitnah dan selisih faham...

5. Menepati janji - jika kita tidak berdaya untuk menepati janji, maka janganlah kita berjanji... Sesungguhnya perkara ini juga akan mengeruhkan sesuatu hubungan...

6. Mengamankan perselisihan - janganlah pula kita menjadi 'batu api' dengan melagakan orang yang sedang bergaduh... sebaliknya, jadilah orang tengah yang berfungsi untuk menjernihkan keadaan...

7. Berbaik sangka - berbaik sangkalah kepada semua agar kita sendiri tidak terperangkap dengan sifat curiga...

8. Tidak meremehkan orang lain - janganlah memandang seseorang itu dari kelemahannya, sebaliknya pandanglah seseorang itu dari kelebihannya. Jika ada yang kurang, maka hulurkanlah bantuan.

9. Membantu golongan miskin - berilah bantuan terutamanya pada golongan yang miskin. Moga dengan bantuan yang kecil kita akan lebih menghargai kehidupan dan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita...

10. Mudah memberi maaf - berikanlah kemaafan kepada semua, agar kita merasa lebih tenang. Moga dengan memberi maaf kepada orang lain, kita juga akan dimaafkan... Mudah-mudahan... 



14 comments:

  1. tips yang sangat baik..kita kena selalu menjaga kata dan perbuatankan?

    ReplyDelete
  2. sumer penting...tp no 7 plg pnting! :D

    ReplyDelete
  3. tq mengingatkan...jiran org yg paling hampir dgn kita,..palinng dekat untuk meminta bantuan jika kecemasan...hargai jiran kita

    ReplyDelete
  4. susah nak jumpa jiran yg ada semua ciri2 di atas..berapa kerat ja ada..nak tak nak kta kena mulakan step dlu..ehehe

    ReplyDelete
  5. jiran i semua non malay... tapi tak pernah bersemuka nak borak2..balik rumah je tutup pintu... maklumlah duduk apartment...

    ReplyDelete
  6. betul tu akak...tp kdg kala kita kena berhati2 juga dgn msyrkt kita ni..sbb skrg tahulah dunia dah semakin kaya dgn arus duniawi semata..T_T

    ReplyDelete
  7. sebelum tidur maafkan semua orang... ehm nampak mudah tapi payahkan.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum ... kita digalakkan berbuat baik pada semua org wpun musuh kita ...

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..... setakat ni jiran2 munna... semuanya ok2

    ReplyDelete
  10. thanks for sharing nora...info yg bagus..

    ReplyDelete
  11. buat baik dengan jiran tetangga ni mmg kena.tp macam sy tinggal kt kuarters ni ramai yg suka buat hal sendiri..sy cuma rapat dengan akk depan rumah sy nie jer..:)

    ReplyDelete
  12. Macam2 jenis jiran dekat tempat saya ni..hehe. Terima kasih atas perkongsian kak.

    ReplyDelete
  13. jiran boleh membawa kita ke syurga atau ke neraka...

    ReplyDelete