Monday, March 18, 2013

Petua dan Doa Mendapat Zuriat


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah...

Terasa sebak apabila saya membaca entri ini ketika berblogwalking. Benarlah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya... Kita hanya mampu merancang, selebihnya Dia yang menentukan... dan sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik buat kita.

Saya sendiri pernah berdepan dengan situasi di mana orang asyik bertanya, "bila saya nak dapat anak" (saya mengambil masa lebih kurang 8 bulan untuk hamil anak pertama, satu jangka masa yang agak lama bagi masyarakat barangkali...). Even dah punya dua anak, orang masih bertanya "bila yang ketiga?". 

Memang kita tak boleh nak elak dari soalan-soalan begitu... Akhirnya, apabila ada orang bertanya soalan seumpama itu, saya akan jawab "Tolong doakan saya..." (jawapan ni sangat berkesan kerana... biasanya orang yang bertanya tu akan terdiam seketika dan mula mengubah topik...)

Dalam usaha saya untuk mendapatkan zuriat, selain menjaga pemakanan... mendalami ilmu keibubapaan, saya perbanyakkan bersedekah dan berpuasa sunat (kerana saya pernah mendengar tentangnya dalam satu majlis ilmu, juga tertulis dalam buku Doa dan Zikir Harian, oleh Ustaz Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru), selebihnya saya berserah kepada Allah kerana yakin akan perancanganNya. Walaupun saya rasa ketika itu saya dah bersedia untuk punyai anak dan menggalas tanggungjawab sebagai ibu, namun itu semua atas kemahuan dan ketentuanNya. Kun faya kun...

Selain itu, saya kongsikan juga ilmu yang saya petik dari rancangan Al-Kuliyyah, TV3 dalam episod "Doa Terhijab", panelnya adalah Ustaz Halim Din. Dimana dikongsikan doa untuk mendapat zuriat:


Doa ini perlulah dibaca oleh suami isteri yang ingin memperoleh anak, setiap kali selepas solat lima waktu... dan tambah Ustaz, perbanyakkanlah qiyamulail... Moga dengan doa dan kesungguhan tersebut, dapatlah pasangan tersebut memiliki zuriat yang baik akhlak dan peribadinya. Doa ini juga boleh dibaca oleh pasangan yang ingin menambah zuriat.

Saya doakan Cheqna, dan pembaca entri ini (yang inginkan zuriat) akan terus tabah dan sabar dengan ujian Allah ini. In sha Allah, Dia Maha Mendengar akan doa dan harapan hambaNya. Yang penting jangan berputus asa... berdoalah, berusahalah dan bertawakallah hanya kepadaNya. Sesungguhnya Allah suka pada hamba yang selalu merayu dan meminta kepadaNya...




25 comments:

  1. Bagus petua dan doa ni..boleh dipratikkan oleh semua pasangan2 yang masih belum di kurniakan cahaya mata. Teringat cikgu saya, dia dah 7 tahun kahwin, tapi tak dapat2 anak, dan dia cakap dia selalu amal doa ni. Alhamdulillah, baru-baru ni dia dah bersalin dapat anak kembar. Doa adalah senjata orang mukmin kan kak. ^____^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... kena sentiasa berdoa... dan bila dah dpt apa yang diminta... perlulah bersyukur... jgn alpa...

      Delete
  2. Apa yg penting jgn berhenti berdoa dan usaha.. In shaa Allah ada rezeki nnt.. :D

    ReplyDelete
  3. Untuk pasangan yang baru mendirikan masjid sangat baik doa dan petua ini namun untuk pasangan yang veteran.... doakan untuk pasangan muda-muda tu je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh tak pe je kalau berhajat nak tambah baby lagi :P

      Delete
  4. sebenarnya nasib n rezeki setiap org tak sama.mungkin Allah tak beri rezeki zuriat tp rezeki dr segi lain.yg penting jgn berhenti berusaha n berdoa.amalkan petua n tips diatas Insyaallah Allah makbulkan doa..

    semoga mereka yg belum punya zuriat diperkenankan doa utk dpt zuriat secepat yg mungkin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin... betul tu... rezeki ada dalam pelbagai bentuk... anak2 yg bijak, kehidupan yang selesa... dll..

      Delete
  5. bgus utk pasangan yg baru bkahwin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, juga pasangan yang nak tambah anak... :D

      Delete
  6. Sentiasa bersangka baik pada Allah.. Setiap yang berlaku ade hikmah nye..Kite adelah perancang, tapi yang menentukan adelah Allah..

    ReplyDelete
  7. perlu positif dan selalu bsangka baik...Allah xkn menzalimi hambaNya..smua yg blaku pasti ada hikmah yg tsembunyi...kan kak???huhuhu...fitrah dan lumrahny mnusia akan sedih bil bende yg di impikan xdpt..sikit2 sedih sudah,ngadu byk2 yg penting..ngadu pd siapa??pd yg Maha Mendengar, Allah SWT...(peringatan utk dri sdr..huhuhuhu...)

    ReplyDelete
  8. Kadang2 rezeki yg kita dapat..bukan tuk kita..mungkin utk orang lain..mcm kawan noe..8 thn x dpt anak..last2 ambik anak angkat, bagi susu badan semua..tak lama lepas tu..dia plak mengandung...

    ReplyDelete
  9. TERHARU SAYA BACA BLOG NI...ANAK ADALAH ANUGERAH YG TIDAK TERNILAI... BERDOALAH SUPAYA KITA DIKURNIAKN KEKUATAN UTK MENHHADAPI SEMUA UJIAN TUHAN.. TERUTAMANYA UTK YG BELUM DIKURNIAKN ANAK...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang... kita sebagai hambaNya kena yakin dan bersangka baik...

      Terima kasih sudi singgah di blog saya :)

      Delete
  10. Nice sharing. Terima kasih puan.
    Saya juga ada menulis sedikit tips dan doa untuk mendapatkan zuriat. Jemput singgah di blog saya ; www.caramudahhamil.com

    ReplyDelete