Friday, March 15, 2013

Surah-surah Hafalan: Ayuh, Jadikan Amalan


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Apa yang ingin saya kongsikan di bawah ini adalah dipetik dari rancangan Bicara Kifayah @ Astro Oasis. Tajuk yang dibincangkan dalam episod ini adalah "Menghafaz Al-Quran". Berikut adalah kebaikan bagi mereka yang menghafaz Al-Quran:

1. Orang yang menghafaz Al-Quran mempunyai masa depan yang cerah. (sebab ramai yang beranggapan orang yang menghafaz Al-Quran tiada masa depan.)

2. Menghafaz Al-Quran tidak sukar, lebih-lebih lagi jika diajar dari kecil (9 tahun adalah peringkat yang paling mudah untuk menghafaz) dengan syarat dia (anak itu) telah lancar membaca Al-Quran.

3. Menghafaz Al-Quran juga merupakan fardhu kifayah - maksud fardhu kifayah adalah perbuatan yang wajib dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan anggota masyarakat Islam, tanpa melihat siapa yang mengerjakannya. Apabila telah dilakukan maka hilanglah tuntutan kewajipan itu terhadap orang lain. Tetapi apabila tidak ada seseorang pun yang melakukannya, maka semuanya berdosa, seperti mendirikan tempat beribadat, rumah sakit, menyembahyangkan mayat dan sebagainya (A. Hanafi M.A, Ibid) 
4. Menghafaz Al-Quran merupakan kerja yang murni, yang mana ganjarannya di sisi Allah tidak terhingga.

Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud

* * *

Wirid daripada surah-surah dalam Al-Quran telah diamalkan oleh para ulama dan diulang setiap hari dan malam. Maka bersamalah kita menghafaz surah-surah berikut:

(a) Surah Yaasin: Daripada Ma'wal Ibn Yasaar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jantung Al-Quran adalah Yaasin, sesiapa yang membacanya dan mengharapkan keredhaan Allah dan di hari akhirat pasti dia diampuni oleh Allah. Bacalah Yaasin kepada yang mati di antara kamu."

(b) Surah Al-Mulk: Daripada Abdullah Ibn Mas'ud RA bahawa sesiapa yang membaca setiap hari, Allah akan menghindarkannya dari azab kubur. (dan pada masa Rasulullah SAW) kami namakan surah Al-Maniah (pencegah). Sesiapa yang membacanya pada malam hari, pahala dan kebaikan pasti diperolehnya berlipat ganda.

(c) Surah Al-Waaqiah: Sabda Nabi Muhammad SAW: "Barangsiapa membaca surah Al-Waaqiah pada tiap-tiap malam, tiadalah akan menimpa kepadanya kefakiran dan kepapaan."



18 comments:

  1. Lama dah tak baca surah2 pilihan tu.... NK

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak share.saya minta izin utk kopi pes ye:)
    peringatan utk diri :)

    *akak, order je dgn kak atie pemanggang ajaib tu. skrg ada patern baru.besar sikit :)

    http://azatiesayang.blogspot.com/2013/02/promosi-pemanggang-ajaib.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ada jual online ya? nak terjah la... thanks... hehe

      Delete
  3. Tima kasih nora atas perkongsian...walaupun dah tau...tapi nak buat tu yg mcm2 halangan..itu la cabaran / hasutan2 tuk elak kita beramal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... kena kuatkan semangat... moga surah2 ni boleh dihafal...

      Delete
  4. tempohari masa tgok drama kt oasis sy baru tau yg hafaz quran ni fardu kifayah..maknanya klu kt satu kawasan tu takde org yg hafaz quran semua penduduknya menanggung dosa la kan..baru jugak tahu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah betul tu... tak de org buat... maka seluruh kampung menanggung dosa...

      Delete
  5. cikgu teringin nak hantar firas ke sekolah tahfiz...hurmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu... niat dapat pahala tu... moga Allah makbulkan... Amin...

      Delete
  6. Sebenarnya penghafaz al-quran lah yang berjaya. Mudah masuk ilmu..selalu jumpa, kebanyakkan orang2 yang berjaya, adalah orang2 yang suka baca al-quran.

    ReplyDelete
  7. bila dah hafal, confirm jadi mainan lidah je kan?

    ReplyDelete
  8. Selalunya, yg hafaz quran ni bijak pandai.

    Kt sekolah dulu ada sorang ni dlm bilik. X pernah nmpk dia study. Mlm2 hanya sembahyang n ngaji. Tp, dia top student. Result spm x keluar lg pun, dh mcm2 offer dia dpt. Cukup sekadar belsjar dlm kelas.

    Kita jugak la yg kena berpulun study. Hihi

    ReplyDelete
  9. Ya Siiiiiin dan al-Waqiah tu Alhamdulillah...sekarang nak hafal al-Mulk pula..

    ReplyDelete