Monday, March 11, 2013

Ulangtahun Ke-7

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan kasih sayangNya, usia perkahwinan kami kini telah mencapai 7 tahun (11.3.2006). 

Lain sikit perasaannya berbanding masa saya sibuk bekerja dulu... Serious, dulu saya sering terlupa tarikh-tarikh penting ini... Tapi Encik hubby tak pernah lupa... Selalunya Encik hubby yang akan ingatkan saya tentang tarikh-tarikh penting kami... Teruknya saya! :-(

Hati saya sangat-sangat tersentuh... Bila memikirkan usia perkahwinan kami yang telah menjangkau 7 tahun... Lebih sayu lagi bila memikirkan perkahwinan orang lain yang kecundang di tengah jalan... 

Tertanya juga, apa sebenarnya yang kita inginkan dalam perkahwinan? Adakah atas dasar cinta semata? Harta? Agama? Suka-suka? Mengisi kesunyian? Mengambil kesempatan? Perbaiki diri? Zuriat? Atau... (ada banyak lagi kemungkinan kita berkahwin, terpulang kepada individu)

Namun pada saya... Perkahwinan sama keadaannya seperti kita menjaga baby... Yang pada usia kecilnya kita sangat sayang dan bertolak ansur... Tak kisah apa yang dilakukan pasangan kita, kita mudah menerima dan memaafkan... 

Pada usia 1-2 tahun kita dah boleh nampak apa yang positif dan negatif tentang dirinya... (dan biasanya kita akan attack apa jua peribadi negatifnya... atau dalam kata lain menjadikan kelemahan pasangan sebagai alasan untuk berpisah: barangkali!)

Meningkat usia 3-4 tahun, masing-masing akan cuba bersifat dominan... Ini menyebabkan perkahwinan sedikit goyah... Jika kita mampu mengawalnya, kita akan berusaha mencari jalan untuk mengekalkan perkahwinan tersebut... Jika tidak... Maka putuslah ia... Begitulah seterusnya... Anda lihat perkembangan anak-anak anda... Mungkin anda akan faham...

Yang pasti, mengenali dan memahami pasangan kita bukanlah pada setahun, dua tahun, tiga tahun pertama usia perkahwinan... tetapi HINGGA HUJUNG NYAWA... Sebenarnya, semakin lama kita bersamanya, kita akan dapat kenal pasti apa yang boleh diperbaiki demi memastikan relationship itu berkekalan. Sama-samalah kita perbaiki diri sendiri, dan berdoa agar pasangan kita juga akan menjadi sekurang-kurangnya seperti apa yang kita harapkan... 

Apapun, semoga tahun ini dan tahun-tahun mendatang cinta dan sayang kami; suami isteri... sentiasa segar dan makin mekar... Semoga Allah kurniakan kesabaran dan kekuatan kepada kami untuk lebih memahami dan menyayangi antara satu sama lain, moga Allah juga limpahkan rezeki kepada kami sekeluarga, serta doa saya agar cinta kami sampai ke syurga... Begitu juga doa saya ini buat rakan-rakan blogger yang sudah berumahtangga... Amin... 


Nota kaki: 4 hari sebelum hari pernikahan kami adalah hari pulangnya ibu saya ke rahmatullah... (7.3.2006) juga tahun yang ke-7 pemergiannya... Moga allahyarhamah ibu saya tergolong bersama orang-orang yang beriman... Amin... Al-Fatihah...


 

24 comments:

  1. al-fatihah buat arwah mak...

    semoga ikatan perkahwinan nora berkekalan hendaknya yer.. amin...

    ReplyDelete
  2. selamat ulangtahun perkahwinan kak... moga kekal hgga ke syurga...

    xdpt sy bayangkan perasaan akak time nk kawen tu... mesti sedih yg amat kan.. yela, ibu tersayang dh xda... pe2 pun, moga arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman

    ReplyDelete
  3. Hepy Anniversary NK.... moga kekal hingga ke Syurga..

    ReplyDelete
  4. tahniah nora & suami.. Happy 8th Anniversary!. Semoga Allah terus merahmati perkahwinan kita semua.

    p/s- akak memang suka baca blog nora. mesti ada jer tips dan ilmu yang dikongsikan. akak juga dapat tau perkembangan nora n AF selalu kut blog ni.. teruskan bloging ye..

    Juga Al-fatihah untuk arwah mak nora. ingat lagi cerita sedih nora tu menjelang hari perkahwinan. Semoga terus tabah dengan ujian Allah.

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Selamat ulang tahun perkahwinan, semoga berkekalan hingga ke syurga.

    p/s: Terima kasih diatas kunjungan ke Relaks Minda. Amat2 saya hargai, teruskan bersama RM :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah nora dan suami.. Berjaya harungi susah senang sepanjang tujuh tahun... Semoga kekaal bahagia...

    ReplyDelete
  7. selamat ulang tahun perkahwinan kak..semoga kekal hingga ke syurga..amin

    ReplyDelete
  8. selamat ulangtahun perkahwinan.usia perkahwinan kita sebaya..sy dis coming june 7tahun juga..:)

    Al-fatihah utk aruah ibu

    ReplyDelete
  9. selamat ulang tahun perkahwinan.. moga dipanjangkan jodoh ini sehingga akhir hayatnyer...
    tang nota kakitu terkedu sekejap membacanyer.. tak boleh bayangkan perasaan nora masatu...

    ReplyDelete
  10. Salam nora, tahniah, moga kebahagian dalam mengharungi alam rumahtangga ni kekal hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  11. Selamat ulang tahun perkahwinan.. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin..

    Al fatihah buat arwah ibu. Semoga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. Amin

    ReplyDelete
  12. Selamat ulang tahun...Semoga berbahagia selalu

    ReplyDelete
  13. selamat ulang thn yg ke 7 akak dan suami...smoga kekal bahagia hingga hujung nyawa...smoga murah rezeki, mndpt ank2 yg soleh dan solehah...hehehe


    Al-fatihah buat arwah ibu..smoga arwah d tempatkn bsama org2 yg beriman..Amin.

    ReplyDelete
  14. Semoga arwah ibu akak di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-7 kak. Semoga terus bahagia sehingga ke hujung nyawa dan hingga ke jannah.. Sentiasa di murahkan rezeki dan di kurniakan anak2 yang soleh dan solehah. Aamiin aamiin Ya Rabbal Alamin.

    ReplyDelete
  15. Selamat ulang tahun ke-7..hehe..moga terus kekal bahagia hingga jannah ya..inshaAllah..dan smoga arwah ibu ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman..amin.. :)

    ReplyDelete
  16. happy anniversary.... semoga jodoh berkekalan hingga hujung nyawa

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum ... aaamin , in shaa Allah . Tqvm bagi tips ni . mmg sesuai utk saya yg bujang nih .

    ReplyDelete
  18. selamat ulangtahun kak.
    semoga arwah ibu ditempatkan di kalangan orang yg beriman.amin

    ReplyDelete
  19. happy anniversary kak...moga ikatan perkahwinan berkekalan till jannah

    ReplyDelete
  20. Al Fatihah buat arwah emak Nora dan Tahniah atas kejayaan mengecapi kebahagian berumahtangga selama 7 tahun ini..

    ReplyDelete
  21. Selamat ulangtahun akak n suami, rindu akak hihi,semoga bahagia ke akhir hayat, aminnn

    ReplyDelete