Tuesday, September 17, 2013

Ralat Fakta bagi Entri "Khasiat Buah-buahan Kering"

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Untungnya saya bila menulis entri dan kemudiannya fakta dibetulkan oleh pakar dari bidang yang sepatutnya... ^_^ 

Sebelum ini, saya ada menulis satu entri tentang Khasiat Buah-buahan Kering... Mungkin atas kekhilafan diri saya, saya telah silap menaipkan fakta pertama, yang saya petik dari rancangan Wanita Hari Ini (WHI) iaitu:

a) secawan buah-buahan kering khasiatnya adalah sama dengan secawan buah-buahan segar.

Fakta yang betul adalah "setengah cawan buah-buahan kering khasiatnya adalah sama dengan secawan buah-buahan segar"

Fakta ini diterangkan secara terperinci oleh Pakar Pemakanan dari Hospital Prince Court, Mushidah Zakiah Mohad Akran (panel yang sama dalam rancangan WHI yang saya tonton) dalam email kepada saya seperti berikut:

"Setengah cawan buah-buahan kering khasiatnya adalah sama dengan secawan buah-buahan segar. Ini kerana buah-buahan kering telah terhidrat dan mengandungi kurang air berbanding buah buahan segar. Oleh itu, kandungan gula dan nutrisi lain juga jauh lebih tinggi untuk kuantiti yang sama. Fakta ini amat penting lebih-lebih lagi untuk pesakit diabetes di mana mereka tidak sepatutnya mengambil buah buahan kering secara berlebihan."

Saya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Pakar Pemakanan Hospital Prince Court, Mushidah Zakiah Mohad Akran yang sudi menghantar email kepada saya bagi membetulkan fakta tersebut... Serious, fakta yang salah akan mendatangkan mudarat kepada sesetengah pihak... So, pencerahan sebegini memang perlu. Terima kasih sekali lagi buat Puan Mushidah kerana meluangkan masa membaca blog saya dan membetulkan fakta. Saya sangat-sangat menghargainya...

Rakan blogger boleh klik pada print screen di bawah untuk membaca email yang dihantar oleh Puan Mushidah kepada saya.



Nota kaki: Blog saya mungkin blog picisan... tapi secara tidak langsung ia mungkin appear dalam carian Google mahupun Yahoo (atau mana-mana enjin carian) bila ada perkataan yang berkaitan dengan carian seseorang. Dengan itu, saya amat berbesar hati jika ada yang perasan tentang kesilapan fakta pada entri-entri saya... Mohon ditegur supaya saya boleh betulkan fakta tersebut... ^_^      

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


13 comments:

  1. wah akak.. mmg betuah betoi akak ni... siap pakar sendiri yg emel...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum :)
    Singgah Pagi :)

    ReplyDelete
  3. Ok lah tu... At least ada gak pembaca yang sudi berkongsi, menegur dan juga memberi tunjuk ajar. Lagi pun semua info ni berguna untuk kita semua

    ReplyDelete
  4. wah,kalau saya mesti sgt bangga ada pakar yg sudi betulkan tulisan saya ;)

    ReplyDelete
  5. bertuah bila ada pakar yang sudi singgah ...

    ReplyDelete
  6. nasib baiklah pakar tu emailkan bg tau kan... kalau cik anon confirm x di layan kikikikiki ...

    ReplyDelete
  7. Walaupun blog picisan tapi femes pada SEO NK...bukan sebarang orang yg baca tu hehe Tahniah yeh NK!

    ReplyDelete
  8. Salam..saya nak mohon ambil info ni sbgai advertisement di fb compny saya boleh x...kami menjual buah2 kering dan pemakanan sunnah yang lain...Jika tidak keberatan jemputlah ke FB kami..Saudagar Kurma..https://www.facebook.com/saudagarkurma1949 ....;)
    Mohon diizinkan..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam... silakan razizah... ilmu kalau kita sebarkan lebih bermanfaat buat semua... :D

      Delete