Tuesday, October 29, 2013

Kerana Nila Setitik...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Lepas lunch tadi, saya berurusan di cawangan bank yang pegawainya di tembak... Semestinya isu itu masih segar dan bermain di fikiran... Orang yang tiada perasaan kemanusiaan, mungkin tidak terusik dengan kes ini...

Walaupun saya berurusan di cawangannya di Melaka... Namun tetap ada perasaan takut. Semestinya saya extra careful... (sekarang  ni kat mana-mana pun kena extra careful... walaupun dalam rumah sendiri...
 
Sementara menunggu giliran, saya melayan seorang kanak-kanak berbangsa Cina bermain... Sebaya Alisya barangkali. Manakala ibu dan nenek kanak-kanak tersebut sedang berurusan di kaunter... 

Sesekali kanak-kanak itu tergelak besar bila saya mencuit dan menggeleteknya... Sesekali si ibu memandang... Memerhati anaknya... Dan tersenyum pada saya... Saya membalas...

Tiba-tiba si nenek menarik cucunya yang sedang bermain dengan saya... Kemudian ibunya seakan berbisik (tapi jelas pada pendengaran saya) pada anaknya, "jaga-jaga, nanti  dia tembak!" (translated)
 
Allahuakbar terkejut saya dengan kata-kata si ibu... Malah saya juga terkejut dengan pak guard yang berdiri tidak jauh dari saya... Padahal pak guard tu hanya memeriksa kertas mesin nombor giliran di sebelah saya... Even dia tidak memegang senjata pun! 

Disebabkan kes pengawal keselamatan menembak seorang pegawai bank tu, rata-rata orang memandang serong (baca sebagai "tidak hormat") kepada para pengawal keselamatan. Kesian pada sesiapa yang bekerja sebagai pak guard. 

Saya percaya bahawa pak guard yang sanggup membunuh tu, hanya dia seorang... Benarlah kata orang, 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'... Moga pihak polis dapat segera menangkap penjenayah tersebut... 
 
Innalillahi wa innailaihirojiun... Al-Fatihah buat pegawai bank yang  ditembak, Norazita Abu Talib... Moga rohnya dicucuri rahmat dan dan takziah buat ahli keluarganya mangsa... (sedih bila mengenangkan anak-anak yang ditinggalkan, moga mereka redha dan tabah...)


Nota kaki: Rasanya bukan family allahyarhamah je yang trauma... ramai dari kalangan kita pun turut trauma!

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


16 comments:

  1. Betul.. Bila jadi kes macam ni, ramai pengawal keselamatan yang perlu diselidik..

    http://puteriairyn.blogspot.com/2013/10/merahnya-apel-india.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga... nak bagi org pegang senapangkan... kena la selidik betul2 dulu...

      Delete
  2. jujur nyer saya pon turut trauma dgn guard ;(

    ReplyDelete
  3. kena sentiasa berhati - hati kat mana pun kita berada wpun sekadar pengangkut sampah kat depan umah ...

    ReplyDelete
  4. skrg nk pegi mn2 mmg kena extra careful...ya Allah lindungilah kami semua...

    ReplyDelete
  5. Betul tu kak, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kesian pak guard2 yang lain. Tapi yang menembak tu bukan orang malaysia pun kan. Indonesian beli kad pengenalan palsu. Ish...rasa geram je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la aini... tak dapat tangkap lagi tuh... haih... menakutkan...!

      Delete
  6. Sekarang ni rasa macam tak aman je.takut..mudah sangat orang membunuh.Follow di sini.singgah blog saya nanti ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... mmg kena jaga diri baik2... walau di mana pun...

      Delete
  7. Si ibu risau agaknye...tpi itu la....jenayah sgt berleluasa sekarang ini...bleh dikatakan, hr hr ada brita org mti dibunuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...?! mmg itulah berita yang kita dengar hari2...

      Delete