Friday, November 22, 2013

Dalam Kenangan: Ahmad Ammar Ahmad Azam

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Tidak pernah mengenalinya, namun melihatkan semangat dan perjuangannya benar-benar meninggalkan kesan kepada saya... Saat ramai di antara kita masih lalai dengan dengan dunia, Allah kirimkan perjuangan hidup Ahmad Ammar untuk menyedarkan kita. Allahuakbar...! 

Innalillahi wa innailaihirojiun... Kamu antara insan berpilih Ahmad Ammar... Tenanglah kamu di sana... kerana kami pula akan menyusul... Al-Fatihah...


Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.


Ahmad Ammar Ahmad Azam
15 Feb 1993 - 2 Nov 2013
Jenazahnya disemadikan di sebelah pusara Abu Ayyub al-Ansari r.a

Pautan untuk bacaan lanjut:
Al-Fatihah: Ahmad Ammar Ahamd Azam

15 comments:

  1. terasa insaf diri ni bila tgk video arwah ammar ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?! bagaimana agaknya kita menghabiskan umur kita selama ni...

      Delete
  2. inna lillah, al-Fatihah. takziah buat keluarga al-marhum

    ReplyDelete
  3. sedih saya tengok video tu kak.. Arwah buat saya "tersedar" dari lamunan.. Ya Allah.. tak tau nak explain camne...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ina?! moga kita pun ada kekuatan seperti allahyarham ammar...

      Delete
  4. Allah lebih menyayanginya ... al fatihah .

    ReplyDelete
  5. Tabah sungguh mak dan abah dia...
    semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..
    Makchaq tengok ni beberapa hari lalu.. wajah Ammar ni agak iras2 anak makchaq no 3, terus teringat kat dia.. bila makchaq call bagi tau dia pasai video ni, dia kata dah tengok, dia kenal dan pernah jumpa Ammar..

    ReplyDelete
  6. Alfatihah
    Banyak yg kita boleh belajar dari anak muda ini

    ReplyDelete
  7. inna lillah, al-Fatihah... tumpang gembira dan bersyukur krn jenazah arwah disemadikan bersebelahan dgn pusara Abu Ayyub :)

    ReplyDelete
  8. Anak muda yg sgt istimewa...sayu sgt..

    ReplyDelete
  9. sayu melihat video ni....

    ReplyDelete
  10. Alfatihah utk arwah Ammar..hari tu tgk video tu terus meremang bulu roma..sedih..

    ReplyDelete
  11. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman...

    Ikhlas, Bungkilan.com

    ReplyDelete