Tuesday, December 17, 2013

Barakallahufiq Pak Anjang!! :D

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Pagi tadi lepas saya hantar ucapan birthday melalui WhatsApp pada abang saya... Saya terus beritahu Faris dan Alisya... Yang hari ni birthday Pak Anjang mereka... 

Saya: Hari ni birthday Pak Anjang tau!

Faris: Hari ni ke? 

Saya: Ha ah... Hari ni 17 Disember...

Alisya: Pak Anjang ada kek tak?

Faris: Mestilah ada kek... Eh tapi... kalau Pak Anjang ada kek... Siapa nak nyanyi lagu Happy Birthday?

Alisya: Pak Usu la... ngan Mak Ngah sekali...

Faris: Eh boleh ke? Tak boleh la... Anak-anak je boleh nyanyi lagu Happy Birthday... (nyanyi lagu Happy Birthday sambil tepuk-tepuk tangan)

Alisya: Jom mama!

Saya: Nak pergi mana?

Alisya: Pergi rumah Pak Anjang la... 

Faris: Ha ah... Pergi rumah Pak Anjang dulu... Lepas tu nyanyi lagu Happy Birthday... Lepas tu balik rumah kita balik... 

Saya: Hah?! Tak payah... Ucap kat telefon pun boleh... (sambil tekan button audio di WhatsApp untuk rekod mesej dari Faris dan Alisya)

Faris rekod: Pak Anjang... Happy Birthday Pak Anjang...

Alisya rekod: Pak Anjang, Pak Anjang ada kek tak?

Anak-anak begitulah... Sambutan hari jadi memang sinonim dengan adanya kek... Sebab tu kalau kata birthday siapa-siapa, soalan pertama mesti tanya ada kek ke tak... Padahal dorang bukan suka sangat makan kek pun... >_<

Apapun, moga abang saya panjang umur, sihat selalu, dan sentiasa dimurahkan rezeki... Amin...
Abang saya bersama anak-anak saudara... sweet pula gambar ni...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


21 comments:

  1. haha budak²kan.. anak saya pun macam tu jugak..

    selamat hari lahir buat pak anjang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan masya?! besday mesti relate dgn kek... hehe

      Delete
  2. elok juga bila anak2 sekecil tu tau nak meraikan utk org disekelilingnya

    ReplyDelete
  3. Betul la, anak2 suka kaitkan birthday dgn kek… masa birthday saya hari tu, entah berapa kali anak2 duk tanya, kenapa birthday ummi xde kek? Bukan apa, malas nak bakar kek utk birthday sendiri… hihihi, nak beli mmg tak der, kalau ada pun x kena dgn selera, manis sgt….

    ReplyDelete
  4. Budak2 mmg kalau sebut birthday mmg akan sinonim dgn kek kan...hehe..

    ReplyDelete
  5. happy birthday untuk pak anjang...moga panjang umur murah rezeki n heppi2 selalu..

    ReplyDelete
  6. selamat hari lahir juga
    sronokkan rai bersama anak anak sedara

    ReplyDelete
  7. wah!wah!kek!happy bday to him! :)

    ReplyDelete
  8. Sedap lah plak tgk kek tu. Happy belated bday pak anjang.

    ReplyDelete
  9. salam kenal..
    hepi besday pak anjang :)
    betuah pak anjang dapat anak buah yang spothing hehe

    ReplyDelete