Tuesday, January 21, 2014

Buku Yang Ditunggu Dah Tiba...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Buku Ahmad Ammar yang saya tunggu-tunggu dah pun selamat sampai ke tangan saya... 

Sebaik melihat sampul Pos Ekspres dalam peti surat, saya memang mengharapkan buku Ahmad Ammar ini yang sampai... 

Alhamdulillah... Saya baru sempat menyelak beberapa helaian muka surat, mengintai gambar-gambar Allahyarham Ahmad Ammar dan membaca beberapa petikan dalam buku tersebut... 

Bergenang jua air mata... Berjuang dalam senyap... Membuatkan saya kagum dengan semangat anak muda ni... 

Jika dulu suatu ketika pernah adanya fenomena "Tsumawi" sekarang fenomena "Ammar" mengambil tempat... Sejak pemergiannya, ramai yang tersedar ke mana dihabiskan usia hidup kita... Penuhkah dengan amalan atau sia-sia?! 

Tak sabar nak baca buku ni... Buku ini tiada di pasaran... jika anda berminat untuk mendapatkan buku Ahmad Ammar ini, boleh pesan terus dari blog Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD). Penulisnya adalah Mejar (b) Mohammad Qayyum A. Badaruddin. Harganya adalah RM24.00 (termasuk pos). 

Info  updated: 
Buku Cerita Cinta Ahmad Ammar yang diterbitkan oleh Karya Bestari Sdn Bhd sedang dalam proses cetakan dan akan berada di pasaran dalam 4 minggu lagi... Jika berminat untuk membuat pre-oder dengan diskaun 20%, boleh klik di sini.

Sinopsis Buku

"Satu Kematian Yang Hidup"

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah Perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat Nabi, auliya', panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga Allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.

Kisah syahid seorang anak muda telah menjadi bualan yang serius di kalangan rakan-rakan, masyarakat Malaysia dan telah menjangkau ke banyak negara yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang beliau. Anak muda ini tidak menonjol dalam rutin hariannya. Namun beliau yang merupakan pelajar cemerlang mempunyai tahap intelek dan emosi pada tahap yang tinggi. Beliau merupakan seorang "syahid yang tertangguh". Pemikiran dan keterlibatan beliau dalam kerja-kerja dakwah amat mengagumkan. Pada usia 20 tahun beliau telah terlibat dalam pelbagai misi dakwah dan kemanusiaan termasuk di Syria.

Subjek sejarah yang beliau pilih merupakan kesinambungan visi yang tertanam dalam diri iaitu untuk menguasai sejarah dan menguasai dunia. Kerana bagi beliau sejarah adalah kunci umat Islam. Sejarah kegemilangan Sultan Muhammad al-Fateh menguasai Konstantinopel perlu diulangi. Namun Allah lebih menyayangi beliau. Tanggal 2 November 2013, gugurlah seorang insan berjiwa al-Fateh. Pemergian yang ditangisi oleh rakan seluruh dunia. "Kematian yang hidup" bermakna beliau menjadi terkenal dan berjaya menyuntik semangat pada anak muda selepas kematiannya.


 - - - - -

(Untuk rekod) Baru-baru ini Allahyarham Ahmad Ammar diumumkan sebagai salah seorang penerima Anugerah Maulidur Rasul 1435H, atas bakti dan sumbangannya kepada agama dan negara.


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


14 comments:

  1. al-fatihah buat arwah ammar.. dulu pernah nak bg nama anak ammar sekali x jadi tukar amir sb ada sedara nama ammar dah ...

    buku ni xde jual kat pasaran ke, kene beli online jer yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masya... buku ni mmg tak jual di pasaran... nak kena beli di blog GPTD...

      Delete
  2. mmg jual online je ke?
    xde jual kat kedai buku?
    berminat jugak nak beli sbg koleksi
    tq berkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah irfa yang ni mmg dijual online sahaja... yang buku cerita cinta Ahmad Ammar tu terbitan karangkraf... dah ada di pasaran... :D

      Delete
  3. Menarik nie....mnat juga nak baca...thanks awk for the share...nak terjah sanz kejap...

    ReplyDelete
  4. beliau menjadi idola remaja yang sepatutnya... wah dah dibukukan... mesti bagus untuk pembacaan ni...

    ReplyDelete
  5. bapa arwah sgt2 sy kenali tetapi sekali pn x penah berjumpa dgn arwah

    ReplyDelete
  6. saya pun nak beli juga buku ni
    kagum dengan allahyarham

    ReplyDelete
  7. Meremang lak bulu roma baca..semoga beliau menjadi sumber inspirasi mujahid dan mujahidah..teringin nak dptkan 1 lak..

    ReplyDelete
  8. SubhanAllah.. Thanks kak Nora. Thanks sebab share pasal nie. Sekarang jugak Zura order..

    ReplyDelete
  9. dikenali selepas pemergiannya disebabkan usahanya memperjuangkan Islam .

    ReplyDelete
  10. semoga arwah menjadi ikutan anak-anak remaja sekarang.

    ReplyDelete
  11. Rasa sangat sedih dan cemburu bila baca kisah2 Ahmad Ammar di Facebook.

    ReplyDelete
  12. Ahmad Ammar memang hebat suka sangat baca buku yang terbitan karangkraf tu...teringin jugak nak baca yang terbitan ni juga...

    Dalam buku Cerita Cinta Ahmad Ammar saya paling suka part perkongsian dari emak ammar...saya ada buat sedikit ulasan perkongsian dari buku tersebut...jemput ke blog saya untuk berkongsi yang baik baik insyaAllah

    http://haikalhiyoko.blogspot.com/2014/04/pemilihan-sekolah-ahmad-ammar.html

    ReplyDelete