Tuesday, March 04, 2014

Tips Jika Anak Alami Batuk

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Kelmarin Faris tak boleh tidur malam, hampir sepanjang malam dia batuk berterusan. Masa saya jenguk dia di bilik, dia sedang batuk dan air matanya mengalir... Kesian, kuat sangat batuknya tu...

Disebabkan keadaannya itu, Encik hubby ajak bawa Faris jumpa doktor. Maka semalam Faris MC. Kata doktor, nafas Faris berbunyi sikit... Itu menyebabkan dia agak sukar untuk bernafas dan akan cepat berasa letih dan penat. Betul la tu, saya tengok Faris semalam dan hari ni, bila naik turun tangga, dia seakan mencungap... Kesian anak bujang mama ni...

Doktor kata, disebabkan bunyi nafas tu sikit, maka tak perlu bagi nebulizer.  Memadai dengan antibiotik, ubat batuk, ubat cairkan kahak dan ubat selsema. (Seingat saya, Faris pernah sekali je pakai nebulizer ni, masa umurnya 6 bulan gitu...) 

Sebenarnya pagi tadi encik hubby siapkan air mandi Faris. Saya pula sibuk masak nasi lemak untuk bekalkan pada Faris. Sekali encik hubby tengok semula MC yang Faris dapat semalam. Rupanya doktor bagi Faris MC 2 hari. Saya dan encik hubby ingat sehari je... 

Tapi encik hubby siapkan juga air untuk mandikan Faris... Katanya nanti Faris tertinggal banyak pula di sekolah, sebab cuti dua hari... Tapi saya pula rasa tak sedap hati... Kalau tak teruk sangat batuk Faris, mungkin doktor bagi MC sehari je kan?! Dah diberi MC 2 hari, saya percaya doktor nak Faris rehat betul-betul.   

So, saya kata tak payah la hantar Faris ke sekolah... Kalau jadi apa-apa di sekolah mesti sekolah tak bertanggungjawabkan?! Sebab doktor dah bagi MC 2 hari... Lagipun cuaca yang sedikit berjerebu ni memang tak sesuai la untuk Faris. Nanti susah pula nak baik.

Tapi jangan ingat dapat MC boleh tengok kartun tau!! Sebelah pagi tadi sebelum Faris makan ubat, saya suruh dia buat ejaan dua suku kata... Bila dia tak tahu nak eja, "kain", "perut" dan beberapa perkataan lain, dia cakap, "Mama ni... Fariskan tak sihat... Nanti Faris lagi kuat batuk kalau eja-eja ni..." 

Ceh! Sabar je la...

Dia yang nak sangat eja pakai laptop... hai, macam-macam...
Katanya pakai pensel boring!

Sedikit tip bagi mereka yang ada anak-anak kecil (yang dah mula batuk)... Dalam keadaan cuaca yang sangat panas ni... 
1. Tukarkan minuman manis (seperti milo, nescafe, teh, air kotak dll) kepada air suam. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan dehydrated.
2. Kurangkan juga meminum ais, kerana ia boleh menyebabkan tekak anak anda kemerahan (sakit tekak).  
3. Elakkan berada di luar kawasan rumah terlalu lama. 
4. Jika badan anak mulai panas, kerapkan mereka untuk mandi.
5. Jika demam yang tinggi, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.


Nota kaki: Apapun, pantau tahap kesihatan anak-anak agar tiada perkara yang tidak baik berlaku... Moga Adam Faris saya pun segera sembuh dari batuknya... Insya Allah... Amin... 
 

22 comments:

  1. alasan tak boleh tahan nak gelak auntieni tau.. tanda bijaktu...
    memang senang nak dapat sakit dengan cuaca sebeginikan...

    ReplyDelete
  2. Sian faris. Smoga cepat sembuh. Qhalif pon dah start batuk2 nih.

    ReplyDelete
  3. salam singgah, ...jaga kesihatan diri dan keluarga semoga anda dan keluarga dirahmati Allah sentiasa.

    ReplyDelete
  4. alasan si anak.. hehe.. tringat masa kecill2 dulu. nak buat homework pun ade jeee alasan.

    ReplyDelete
  5. Assalam, ziarah petang

    musim panas kering camni memang anak-anak mudah jadi tak sihat kan?

    ReplyDelete
  6. sian faris ye, afif pun tak ke sekolah hari ni
    sekolah bagi notis cuti sebab jerebu

    ReplyDelete
  7. musim tak menentu sekarang ni..anak2 mudah sakit

    ReplyDelete
  8. kalau nak mandi pun kene siram kaki dulu bila badan panas ni.. lepas tu barulah siram badan dan kepala.. jgn terus siram kepala kan..

    ReplyDelete
  9. dlm keadaan cuaca panas serta jerebu nih , byk penyakit blh hinggap ...

    ReplyDelete
  10. get well soon faris, sekarang ni musim orang tak sihat, suami saya ni pun demam dah ni sakit kepala sangat dah pulak, risau dibuatnya kak... hopefully bukan denggi lah...

    ReplyDelete
  11. oo dia tak nak eja2 takut tak sihat
    hehe, lucu
    btw take care :)

    ReplyDelete
  12. salam kenal dan follow
    torascool(dot)blogspot(dot)com

    ReplyDelete
  13. semoga faris cepat sembuh...kesian tgk anak2 klu dorang batuk, waktu tgh mlm & awal pagi la yg paling teruk... tk henti2 dok batuk...mungkin masa tu sejuk sgt kot...

    ReplyDelete
  14. ada kena mengena ekk eja dengan batuk main teruk?comel betul alasan faris.hehe semoga batuk faris cepat lega

    ReplyDelete
  15. cuaca sekarang ni tak berapa nak sihat utk budak2 kan?

    ReplyDelete
  16. get well soon faris...lgi2 sekarang musim jerebu kan..tu yg byk batuk n demam...

    ReplyDelete
  17. Cuaca macam ni memang senang budak-budak nak jatuh sakit. Memang risau bila keadaan berjerebu begini. Kalau orang dewasa macam kita ni sakit takpalah, tau nak buat apa. Kalau budak-budak ni, susah sikit. Moga Faris dah sihat sekarang ya!

    ReplyDelete