Monday, March 24, 2014

Jawapan Menenangkan Dari Seorang Anak...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Lama menyepi... Mengenangkan pesawat yang hilang... Duhai #mh370... Walau tiada siapa yang saya kenal di dalam pesawat tersebut... Namun, saya tetap merasai kehilangannya...

Sejak kehilangan pesawat #mh370, saya hanya menonton Astro Awani bagi mendapatkan info terkini... Info di Whatsapp dan Facebook cukup memeningkan kepala, ramai betul yang tidak sensitif dan tidak berperasaan di luar sana... Pelik! (mungkin kerana yang terlibat bukan ahli keluarga anda, tapi cubalah letakkan diri anda sebagai salah seorang keluarga mangsa...)

Semasa saya menonton perkembangan terkini dari Astro Awani, tak sedar air mata mengalir ketika menonton video kehilangan pesawat itu... Tiba-tiba Alisya hampiri saya, bila nampak saya mengesat air mata...

Alisya: Mama kenapa?

Saya: Sedih, kapal terbang hilang...

Alisya: Jangan sedih mama... Allah SIMPAN kapal terbang... DOA dulu banyak-banyak... Lepas tu SOLAT... Nanti Allah bagi balik kapal terbang tu...

Allahuakbar... Jawapan kamu sungguh menenangkan Alisya... Anak sekecil Alisya pun tahu bahawa kebergantungan pada Allah itu perlu... 

Moga ada perkhabaran baik buat semua penumpang yang ada di dalam #mh370. Teruskan berdoa... agar Allah berikan petunjuk kepada kumpulan SAR (search and rescue) dan melindungi semuanya.


16 comments:

  1. BOLEH LEGA DENGAR JAWAPAN MACAM NIE

    ReplyDelete
  2. semoga ada perkhabaran baik buat MH370, Alisya pun faham macam mana nak tenangkan hati mama dia... ^_^ budak2 cepat tangkap kak..dan cepat faham...

    ReplyDelete
  3. Alisya anak yang pandai..!! Betoi tu kak, kat Fb buat sakit hati je kan.. tak sensitif.. masa selawat perdana baru ni, menangis saya dekat umah smbil tadah tangan yg pasal doakan mh370 tu.. Ya Allah sedih sungguh.. pe2 pun, kita jgn berhenti berdoakan moga Tuhan temukan kita dengan mh370 walau dalam apa keadaan sekali pun... doa tu la senjata kita.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak, tersentuh dengar perbualan akak anak beranak.. pandainya Alisya~~~

    ReplyDelete
  5. Ya Allah alisya cerdik sungguh..semoga membesar jd anak yg solehah..
    semoga Allah kembalikan semua penumpang dan crew MH370.. :(

    ReplyDelete
  6. <333333 anak yg menyenangkan hati hihihi <33333

    ReplyDelete
  7. Terharu dengar jawapan anak sekecil Alisya yang boleh relate apa yang berlaku dengan kehendak Allah. Alhamdulillah.. Allah kurniakan anak penyejuk mata..penawar hati..

    Semoga Allah tunjukkan jalan untuk kita jumpa MH370..

    ReplyDelete
  8. bagusnya jawapan yg diberi..org ckap nak knal sikap parent..tgok sikap2 anak2 dlu..tambah yg kecil2 :P

    ReplyDelete
  9. budak pun rasa kesdihan ni kan kak
    anak-anak saya pun sama

    ReplyDelete
  10. Secangguh mana pun teknologi kena kembali kepada Pencipta.

    ReplyDelete
  11. Samalah kita NK....mula mula dulu memang Astro Awani le yg dihadap hari hari tp bila dah lama usahanya masih belum berjumpa...semangat tu kian pudar......

    ReplyDelete