Wednesday, April 30, 2014

Tak Agak-agak Faris Pinjam Buku!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Anak bujang saya yang soleh ni, baru dapat kad library sekolah tiga minggu lepas kot... Punyalah excited tunjuk pada saya kad tu... Katanya dia boleh “beli” buku dekat sekolah untuk tiga hari. Saya cakap, bukan “beli” tapi pinjam tiga hari... Nanti kena pulang balik... Buku tu sekolah punya... Oklah, cerita pasal kad library tu habis di situ...
 

Tup tup minggu lepas dia pinjam buku... Nak tau buku apa yang dia pinjam? Ni ha... Kemain tak agak-agakkan? 


Saya: Kenapa Faris pinjam buku ni?

Faris: Faris nak baca la... Sebab nanti senang...

Saya: Apa yang senang? Ni susah ni... Ni buku untuk abang dengan kakak (merujuk kepada pelajar darjah 4, 5 dan 6), bukan untuk Faris... Darjah 1 belum pandai lagi baca buku macam ni...

Faris: Kena la baca sekarang... nanti senang nak pergi sini...

Saya: Faris nak pergi Singapore?

Faris: Bukan Singapore la mama, SINGAPURA! (oh, kemain betulkan mama dia!)

Saya: Ye la, Singapore tu English... Singapura tu bahasa Melayu. Ye ke Faris nak pergi sini?

Faris: Ye la... sebab tu Faris pinjam...

Saya: Naik kapal terbang?!

Faris: Kena naik kapal terbang ke? (muka cuak... Faris ni sejak MH370 hilang dia sangat takut bila cakap pasal kapal terbang)

Saya: Naik kereta pun boleh... Dulu mama naik keretapi... tapi sekarang dah tak de keretapi...

Faris: Mama dah pergi Singapura ke?

Saya: Dah! Dulu...

Faris: Apsal tak bawa Faris?

Saya: (Aduhai!!! Faris ni kalau tak tanya sampai ke akar umbi memang tak sah!) Dulu Faris mana ada lagi... mama pergi masa mama belajar...

Faris: Abah sekali?

Saya: Abah hantar mama kat keretapi je... Lepas tu mama pergi sendiri dengan kawan-kawan.

Faris: Kenapa abah tak ikut sekali? Best ke kat sana?!

Saya: Abah tak ikut sebab cikgu (pensyarah) pilih mama dengan kawan-kawan je pergi sana... Best... Tapi mama pergi sana sebab ada seminar...

Faris: Seminar tu apa?

Saya: Seminar tu orang duduk ramai-ramai dalam dewan... lepas tu belajar dengan orang pandai...

Faris: Ooo... kalau macam tu tak best la pergi Singapura... (haha sebab dia ingat pergi Singapura tu untuk belajar je... Jahat tak saya?! Kalau la dia tau kat Singapura tu ada Universal Studio Singapore... habis la... :p)

Saya: Nanti esok... Faris pergi sekolah, pulang balik buku ni kat library... Kalau Faris nak pinjam buku... pinjam buku cerita ke... buku-buku macam ni boleh... (sambil tunjukkan contoh buku cerita dan buku ala-ala aktiviti yang saya belikan untuknya)

Faris: Oklah!

Itu cerita minggu sudah... 

Semalam, Faris bawa balik buku ni... Saya cakap, “Ha... pandai pun... Buku macam ni la untuk Darjah 1 macam Faris...” Faris macam biasa... bila dipuji... sengih sokmo!


Alhamdulillah... at least saya tahu Faris dah boleh dengar dan faham apa yang saya cakap...


Nota kaki: Benda yang paling saya risau bila Faris sekolah... adalah, kalau dia tak faham apa yang cikgu cakap... Tapi saya rasa Faris dah cukup besar untuk faham sebarang arahan... Harap-harap gitu la...

* * *


Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


22 comments:

  1. Assalamualaikum kak nora, hahaha Faris ni lawak tau. muka cuak pula dengar pasal kapal terbang. hihiiii akak, kesian dia. Dia mesti nak pergi main kat USS tu kan. heee singgah menabung inti sini... teringat zaman dulu, suka betul pinjam buku cerita kat library... hihiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam.... hahaha jahatkan akak? dia tau USS tu... tapi dia tak tau la benda tu kat singapore... kalau tak abis la.. pegi petang siang malam ajak pergi...!

      Delete
  2. bijak Faris, biasalah tu kak, bebudak memula memang macam tu, lama2 sok dah semakin bijak memilih lah buku apa yang boleh dipinjam dan bersesuaian dengan umur mereka... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... sebab tu selalu ingatkan dia buku macam mana yang dia boleh pinjam, sesuai dengan umur dia... :D

      Delete
  3. he3x....faris sama la dgn murid2 sk akak, kalu msuk PSS ckp nk beli buku.. depa masih confius....tapi baguslah dia rajin meminjam buku..jgn lupa tulis kt buku rekod NILAM ye faris..nnti dpt sijil2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke? setakat ni faris tak pernah pula lagi bawa buku rekod nilam tu...

      Delete
  4. Owh...ada kad library erk. Bagusnya faris. Rajin baca buku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah ada kad library... hehehe tu la... harap2 bukan takat pinjam je la fiza :D

      Delete
  5. Wah, seronoknya dia. Yang penting dia ada minat untuk membaca. Anak akak tu, memang nan hado la. Cukup2 tak minat. Tapi betul lah, masa umur dia sebaya Faris dulu pun, sibuk dia nak pergi singapore. Bawakkan juga...tapi tu sekali lah. Dia tak jumpa apa yg seronoknya...hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah kan?! budak2 ni selagi dia tak sampai kat tmpt yg dia nak pergi tu mmg dia akan ajak je...

      Delete
  6. Pandai Faris beri hint kat mama dia suruh bawa jalan2 ke Singapore… Tapi mama lebih bijak berganda ganda menangkis permintaan Faris… both of you very cute :)

    Kejapnya boleh pinjam buku, tiga hari jer…. Faris kena cepat2 khatam la buku tu… Sistem kat sini pula, kena baca buku setiap hari… lepas baca, parent kena tandatangan :)

    ReplyDelete
  7. alhandulillah.
    syok pulak dgr dialog akak and anak ni
    bijak faris ni :)

    ReplyDelete
  8. tanda nak g singapore la tu...hehehehe....

    ReplyDelete
  9. wow.. pandai la dia. nak g singapore pinjam buku pasal spore..hebat.. hebat

    ReplyDelete
  10. Siap ada kad library bestnya..sekolah aiman sy tanya pinjam buku pun pakai main ambik je macam tu..buku pertama dia pinjam buku bola lagi..pastu semua buku cerita..bacanya tk,tu yg geram tu.huhu

    faris bagus betul pinjam buku singapore!hehe

    ReplyDelete
  11. pandai laa awak nie farisss..
    lg sekali terasa nak jumpa faris nie..
    pndai bercakap walaupun smpai ke akar. haha

    ReplyDelete
  12. Saya masa sekolah rendah dulu suka pinjam buku macam Faris, tapi tak baca pun. Cukup masa, pulang balik. Hehehe...

    Bagus Faris, kecil-kecil lagi dah ada minat membaca. Mudah-mudahan berkekalan sehingga dewasa.

    ReplyDelete
  13. salam, alhamdulillah anak2 mahu dgr kata...
    terima kasih jadi follower saya :) dan saya follow awak balik

    ReplyDelete
  14. hai Nora, teringat Nora Danishlah pulak....
    Apa-apa pun salam perkenalan di hulurkan.
    Jarang ada budak lelaki yang suka dengan buku, selalunya mereka lebih suka bermain dari mengadap buku. Tahniah, berilah dia lebih perangsang supaya dia lebih minat membaca kerana membaca itu jambatan ilmu.
    Mungkin juga anak-anak diperingkat ini, kita juga sama-sama membaca buku tersebut dengan cara yang teruja supaya dia juga teruja sama untuk membacanya.
    MET tak ada anak lelaki, anak mungkin senang sikit kot...

    ReplyDelete